teks

^_^ ..
apa yang ditaip ini sebagai sebuah perkongsian dan buat bacaan siapa yang sudi ^_^ ..
sekadar ruang menulis dari lubuk hati ^_^ penulis, berimaginasi sendiri dan diluahkan dalam bentuk cerita. terima kasih pada yang sudi membaca. semuanya hanyalah taipan jari jemari penulis blog hijau ^_^ ini...


PsssStt ; buat yg sudi follow
jgn lupa tinggalkan link pada shoutbox ya ^_^
nanti boleh saya jenguk sana pula..

Followers

Wednesday 28 September 2011

hari hari yang lalu

hari-hari yang lalu sampailah ke saat ini penulis masih memerah otak. macam mana nak perah tu? tapi benar-benar buntu. Idea dah kering. Dah tak berjalan nak kena bagi minyak pelincir ni. jadi masa-masa yang terluang ini penulis baca dulu apa yang ada.

Penulis suka baca kisah inspiratif (ayat Indonesia sikit) udahnya buku yang dibaca adalah buku terbitan dari Indonesia. Sebelum tamat belajar di Indonesia penulis mengumpulkan beberapa novel dari sana. Penulis bukan jenis yang tahu kumpul satu jenis novel sahaja dan seorang pengarang saja. Tapi tak kira pengarang atau penerbit asal berkenan di hati. capai ajalah...

Kadang-kadang kisah cinta islami dari novel Indonesia menarik hati penulis (pandangan penulis aja sih) tapi terbukti juga seperti penulis Habiburrahman al-Shirazy. Tatabahasa ataupun ayat penulis mungkin ada tersimpang dan mengikut cara Indonesia sekalipun bukan lumayan bagus. Namanya baru pulang dari sana. Jadi gaya bahasanya masih ada.

Malahan sekarang penulis lagi nekun baca karya dari sana. Padahal kalau pengen nulis harusnya penulis baca bahasa penyampai dari penulis kita. Iyalah perlu membaiki kembali kosa katanya. Tapi penulis membaca karya dari seberang rasanya ada manfaat juga. Bahasa romantisnya menarik banget. (bahasa indonesia sendiri lintang pukang huhuhu. kalau bercakap lain pula)

Ya di coba aja dulu nambah pengetahuan dan jalan ceritanya tidak ada yang salahkan?

Jadi selepas ini Penulis harus banyak membaca lagi karya penulis-penulis kita. Penulis k.Ain Maisarah lumayan juga karyanya untuk membaiki bahasa penulis. Ya banyak lagi pengkarya-pengkarya yang bagus. Juga dari group KEN ramai yang sudi berkongsi infonya.

Jadi sekarang JOM MEMBACA !!!!

terime kasih sudi baca.. dan sudi-sudi la komen..

Friday 9 September 2011

Kerana Nusaibah...

Menelusuri jalan yang menyerupai lorong kecil yang diapit pagar dua buah rumah kampung untuk ke Surau Hijau Makmur menjadi kebiasaan Aniq. Seminggu yang berlalu membuat Aniq betah berada di tempat baru. Rumah yang disewanya kebetulan pula hampir dengan surau berwarna hijau yang damai, sedamai memandang pepohon yang menghijau dan makmur dengan jemaah yang tak lekang berkunjung.

Sudah tiga hari umat Islam menyambut bulan penuh barokah iaitu bulan Ramadhan, dan ini kali pertama buat Aniq berpuasa jauh dari keluarga. Menyambut tugas sebagai seorang guru, sekalipun dihantar jauh tak membuatkan Aniq mengundur diri kerana menjadi pendidik adalah impiannya. Namun bagaimana seronok nya mengenal tempat baru, rindu dan sepi tetap datang mencengkam hati Aniq. Tiga hari berpuasa bermakna sudah tiga hari dia bersahur sendiri. Memaksakan diri untuk belajar hidup sendiri.

Dinihari itu Aniq menyempatkan dirinya hadir di Surau Hijau Makmur. Seperti pagi-pagi yang lalu, sebuah jalan kecil yang sempit menjadi laluan Aniq kerana jalan itu paling hampir menghubungkan rumah sewanya untuk ke surau. Dari kejauhan surau hijau itu kelihatan damai dan makmur sesuai dengan namanya Surau Hijau Makmur. Lampu-lampu di surau itu kelihatan megah bercahaya. Menyambut tetamu-tetamu Allah yang hadir untuk memakmurkan rumah Allah.

Aniq mempercepatkan langkah. Di tangannya terpegang kemas bekal yang dibawa untuk bersahur. Untung-untung dapat dia berbagi rezeki di tangannya sambil mengikat ukhuwah dengan jemaah yang ada. Sepanjang jalan sempit yang dilaluinya itu amat sepi dan suram, hanya diterangi sedikit cahaya bias daripada sebuah bilik milik rumah dua tingkat yang berada di sebelah laluan kiri jalannya.

Tidak seperti malam-malam sebelumnya. Sewaktu kali pertama Aniq melalui jalan itu langkah Aniq begitu berhati-hati dan tangannya meraba-raba sekelilling pagar, keadaan yang begitu gelap dan sunyi, kebetulan pula lampu suluh miliknya rosak. Tapi malam ini langkah Aniq yakin dengan diterangi bias samar cahaya dari sebuah kamar rumah dua tingkat itu. Langkah Aniq perlahan tidak mahu menganggu penghuni rumah yang mungkin sedang tenggelam dalam khusyu’ munajat malam atau lena di alam mimpi.

Pandangan Aniq dari jauh sudah menangkap kelibat ahli surau yang sudah hadir sedang tekun mengadap Al-quran melantunkan ayat-ayat Al-Quran bagai dengungan lebah yang menghurung madu. Lembut di pendengaran dan terasa manis di hati. Pagi yang masih muda itu masih belum dapat di manfaati oleh anak-anak muda lain, yang ada hanyalah warga tua ataupun pertengahan. Salam Aniq bersambut dan pagi itu Aniq duduk di dalam taman yang di janjikan Allah. Sebuah tempat belajar ilmu itu adalah di bawah panji sayap malaikat dan di umpamakan taman syurga.

Aniq Addin leka dan tenggelam dalam pembacaannya. Sesekali dia mencari waktu untuk berbicara dengan Imam surau itu. Hj. Syukor. Berbicara tentang kalamullah dan isinya. Mereka saling duduk berhadapan, bertilawah dan bertadarrus bersama-sama. sungguh itulah peluang yang dicari Aniq. Sehinggalah mereka berhenti untuk menikmati sahur bersama. Solat subuh berjemaah pagi dingin itu terasa damai bila bahu-bahu saling bersentuhan dan saling menyokong pergerakan solat. Terasa ada ikatan dan kekuatan yang utuh dan membagi energi.

**************************

Dalam perjalanan pulang ke rumah setelah seharian berada di sekolah. Aniq menghampiri sebuah rumah kayu yang dibina indah dengan ukiran kayu cengal.

Kelibat Hj. Syukor kelihatan sedang membaca akhbar, “Assalamulaikum, ustaz.” Aniq menyapa.

“Waalaikumussalam, cikgu Aniq. Baru balik dari ‘ngajor’ ke?” pekat bahasa Terengganu Hj. Syukor. Tangannya dihulur ke arah pemuda itu yang kelihatan terdiam dengan senyum terukir.

“Ah, Ya! ustaz.” Aniq menyambut huluran salam dari Hj. Syukor.

“Bila sekolah mula cuti?”

“Lagi dua minggu Insyaallah,”

Hj. Syukor mengangguk-angguk kepala. “kamu cuti ‘kekgi’ balik raya?”

“Balik Insyaallah.” Jawab Aniq yakin. Yakin yang dia faham soalan Hj. Syukor yang kedengaran pelik ‘kekgi’?

“Pak cik ni cikgu, maaflah orang tua pekat sikit bahasanya. Harap-harap cikgu pahamlah ya?” Hj. Syukor seakan-akan mengerti melihat wajah Aniq yang terkulat-kulat mahu menjawab soalannya. Mungkin sedang mencerna bahasa yang dia gunakan.

Aniq tersenyum. “Insyaallah ustaz. Lagipun saya ini anak yang merantau. Memang patut saya belajar bahasa daerah tempat saya tinggal.”

Hj. Syukor yang mendengar patah kata anak muda di hadapannya merasa senang dengan akuan itu. Aniq memang anak muda yang tak menyombong diri dan mudah diajak bergaul.

“Petang ni jemput datang surau, ada majlis berbuka puasa,”

“Insyaallah. Saya datang. Boleh saya berkenalan dengan warga masyarakat sini,”

“Hah! Eloklah tu, petang ni datanglah awal sikit ya,”

“Insyaallah, saya balik dulu ustaz, nanti berjumpa di surau. Assalamualaikum,”

**************************************

Petang itu penduduk kampung yang berhampiran dengan Surau Hijau Makmur hadir membawa juadah untuk berbuka puasa. Saling bertukar dan membagi. Riuh rendah suara anak-anak muda yang hadir di selangi bicara warga tua. Anak-anak kecil dan wanita turut hadir memeriahkan suasana. Surau Hijau Makmur begitu meriah. Dapatlah Aniq meluang waktu dan mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan ibu bapa anak-anak didiknya dari Sekolah Rendah Sri Makmur.

Aniq sempat membeli beberapa biji kuih dari bazar Ramadhan untuk dibawa ke surau. Bahagian wanita ditugaskan membuat air untuk berbuka, dan tempat paling hampir dan mudah untuk membuat air, tentu sahaja dari rumah dua tingkat di tepi jalan kecil tempat biasa Aniq lewat untuk ke surau. Juadah berbuka yang dibawa masing-masing penduduk kampung dihidang dan diatur memanjang.

Langkah Aniq laju berjalan bersama dua orang anak muda untuk menolong mereka mengambil dan mengangkat air masak yang disediakan dari rumah yang berhampiran.

Hampir sahaja di muka pintu dapur rumah dua tingkat itu Aniq memberi salam.“Assalamualaikum!”

“waalaikumussalam.”Mereka disambut oleh seorang budak lelaki yang juga merupakan salah seorang anak didik Aniq.

“Nanti sekejap cikgu. Kakak saya tak sempat pakai tudung,” Danial terjengul di muka pintu. Sambil matanya melilau memandang ke dapur yang agak tersorot. Setelah dipastikan kakaknya telah beredar dari dapur dia persilakan cikgu dan dua pemuda itu untuk masuk. Mereka bergotong royong mengangkat bekas yang berisi air untuk dibawa ke surau. Danial turut membantu dengan membawa cawan plastik yang sudah dibersihkan.

Aniq memandang langkah Danial yang tergesa-gesa selepas membantu mereka, “Danial tak berbuka kat surau ke?” Aniq menyoal anak didiknya yang berada di darjah 5 bestari itu.

“Taklah cikgu, saya temankan kakak, dia seorang di rumah. Ummi dah ada kat sini,”

Aniq mengangguk faham mendengar penjelasan Danial. Anak kecil itu berjalan cepat untuk sampai ke rumah yang tak berapa jauh.

Petang itu dapatlah Aniq merasakan kemanisan ukhuah yang baru. Ukhuah yang terbina di antara dia dan penduduk di situ. Jumlah penduduk di situ tidaklah berapa ramai tapi surau ini sememangnya megah dengan kadatangan jemaah. Aniq merasakan kepuasan dan rindunya pada kampung halaman sedikit terubat. Di sini betapa dia dialu-alukan oleh penduduk dengan hati yang terbuka.

************************

Aniq mempercepatkan langkah. Suasana susur jalan yang sentiasa dia lalui malam ini nampak lebih terang dari biasa. Aniq mendongak rupanya cahaya dari sebuah bilik dari rumah dua tingkat yang sentiasa terbuka hari ini lebih terang. Dua buah jendela kecil di pintu itu terbuka, menyebarkan cahaya ke atas jalan.

Aniq memandang jarum jam yang bergerak dengan perlahan. Pukul 1 pagi. Siang tadi selepas berbuka dan bertarawikh dia terus sahaja pulang tanpa sempat mengikuti program selanjutnya yang berjalan di surau. Selesai sahaja majlis berbuka puasa siang tadi, Ustaz Hassan yang menjadi bilal di Suaru Hijau Makmur mengumumkan pada malam ini akan diadakan Ihyaullail. Jemaah yang ingin mengikuti terutamanya jemaah muslimin amat di alu-alukan. Tentatif yang diberitahu Ustaz Hassan tadi iaitu sebaik sahaja selesai terawikh akan di adakan sedikit kuliah sempena bulan Ramadhan. Dan selepas itu mereka akan melakukan sedikit tadarrus beserta solat Sunat Tasbih berjamaah.

Aniq tidak dapat mengikuti kuliah sebaik selesai tarawikh kerana tergesa-gesa pulang untuk menyiapkan tugas yang dijadualkan untuknya esok. Tapi di hatinya bertekad untuk hadir seawal yang mungkin agar masih ada kesempatan untuk dia sama-sama mengecapi ibadah yang dilakukan berjemaah.

Kedengaran suara halus melantun ayat suci al-Quran, perlahan tapi amat dekat dan sayu. Aniq memperlahankan langkah. Hatinya cepat terkesan dan kepalanya mendongak keatas, kearah bilik milik rumah dua tingkat itu. Ya dia yakin dari bilik itulah tadi dia mendengar suara alunan yang membaca ayat suci al-Quran. Aniq meneruskan langkahnya menuju ke surau. Malam itu sempat Aniq membaca satu juz ayat suci al-quran kemudian sama-sama mendirikan solat Sunat Tasbih. Muslimat yang hadir untuk menunaikan solat sunat tasbih berjamaah hanya beberapa orang, berbanding muslimin yang hadir hampir memenuhi ruang yang ada. Namun apa yang perlu difikirkan. Kerana kedua-duanya ada tanggung jawab masing-masing yang diamanahkan Allah di atas bahu tiap hamba-NYA baik lelaki mahupun perempuan.

**********************************

Hari berganti hari bulan ramadhan makin menghitung waktu dari lima hari ke 13 Ramadhan dan sudah berlalu pada hari yang ke 19 Ramadhan. Aniq masih setia mengunjungi Surau Hijau Makmur di sebalik kesibukannya sebagai guru, pada setiap malam di hujung minggu Aniq akan melangkahkan kakinya ke arah surau itu. Tidak mahu melepaskan setiap program yang ada malah baginya pada bulan Ramadhan ini patut dia mengutip sebanyak-banyaknya ganjaran yang diberi dan kesempatan ini hanya hadir setahun sekali.

Aniq memperlahankan derap langkanya. Dan seperti malam-malam yang lalu. Jalan yang dilaluinya masih terang di terangi bias cahaya. Lampu dari kamar kecil itu seolah penghuninya tidak tidur atau sengaja dibiarkan lampunya terpasang. Langkah Aniq menjadi perlahan mendengar suara halus yang sama sewaktu kali pertama dia mendengar alunan itu dulu. Sebutan dan nada yang dari lantun suara itu mengasyikkan Aniq. Jelas tajwidnya dan juga bunyi harakat yang kena pada tempatnya. Aniq seakan terpaku dan leka. Sesaat dia tersedar, seakan hatinya ditepuk, dan ada debaran perlahan yang hadir. Aniq beristighfar dan meneruskan langkah.

******************

“Lagi seminggu lebih kamu akan bercutikan?” Hj. Syukor memandang wajah pemuda di hadapannya.

“Iya ustaz. Lagi seminggu lebih sekolah akan mula cuti.” Aniq mengiakan. Di bibirnya tersungging senyum. Matanya seakan dapat menangkap suasana rumah yang akan di serikan dengan kepulangan ummi dan adiknya dari tanah suci nanti.

Hj. Syukor menepuk-nepuk bahu Aniq. “Sabarlah, nanti kamu dapatlah hilangkan rindu,” uajarnya seakan memahami apa yang difikirkan Aniq.

Aniq hanya tersenyum. Petang itu seperti biasa selesai sahaja mengajar dia pasti bertandang ke rumah Hj. Syukor. Mujurnya Hj. Syukor tinggal berseorangan jadi dia tidaklah menganggu ahli rumah lain jika ada. Lebih-lebih lagi Hj. Syukor yang beria mengajaknya, sampaikan dialukan Aniq untuk tinggal terus bersamanya sepanjang bulan Ramadhan. Hj. Syukor sendirian selepas kematian arwah isterinya setahun yang lalu. Apatah lagi Hj. Syukor tidak di kurniakan anak.

“Ustaz, bukan saya menolak tapi saya baru sahaja sampai di kampung ni. Apa pula kata orang kampung?” ujar Aniq suatu petang ketika Hj. Syukor mengajaknya tinggal di rumahnya.

“Apa kata orang kampung? Soal Hj. Syukor kembali. “Pakcik ni duduk sendirian cikgu. Arwah isteri dah setahun pergi. Anak pun tiada. Selama ini saya menumpang kasih pada anak saudara saja. Rasanya tak salah pak cik mengalukan cikgu tinggal bersama, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramdhan ni,”

Aniq terdiam mendengar kata Hj. Syukor.

“Ustaz. Rasanya buat masa sekarang mungkin elok saya tinggal di rumah sewa saya dahulu. Lagi pun sekarang saya banyak kerja untuk diselesaikan. Rasanya lebih selesa saya membuatnya di rumah sewa. Iyalah takut juga kerja saya menganggu ustaz nanti.”

Hj. Syukor hanya tersenyum nipis mendengar akuan pemuda di hadapannya. “Iyalah,”

***************************

Malam ini malam ke dua puluh satu Ramadhan. Salah satu malam yang dinyatakan sebagai malam Lailatul Qadar. Malam Lailatul Qadar yang di janjikan berada di antara 10 hari di akhir bulan Ramadhan mengikut kiraan ganjil 21, 23, 25, 27, 29. Dan seperti malam-malam lain Aniq masih Aniq di awal Ramadhan dulu. Kakinya masih gagah untuk melangkah ke masjid. Hatinya kental jiwanya sebati dengan suasana Masjid itu. Malah Aniq bertekad tidak akan meninggalkan waktu yang berlalu, akan di tambatkan masa dengan hatinya sentiasa mengingati Allah. Jika sebelum ini dia di himpit kerja baru yang dia terima sebagai amanah untuk menjadi pendidik. Sehingga adakala dia tidak dapat hadir untuk bertarawikh berjemaah di surau itu. Dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan jadual waktu.

Dia tidak ingin menyiakan waktu merebut malam Lailatul Qadar. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 12 malam. Aniq menelusuri jalan biasa dengan langkah perlahan. Ingin bersama jemaah bermunajat pada-NYA dan mengaminkan doa bersama. Malam yang manis bagi Aniq. Aniq ingin Ihya'ullail sekali lagi, selepas ihya'ullail yang lepas. Bukan senang untuk dia merebut peluang begini.

Dia ingin menghidupkan malam memohon ketenangan pada hatinya, dengan membawa satu doa untuk dipohon pada yang Maha Esa. Di antara doa yang sering dia utarakan dalam munajatnya. Kesejahteraan kaum muslimin dan mohon ampun atas dosanya dan dosa ibu bapanya memohon kesejahteraan ke atas keduanya dan memohon keberkatan kepada guru-gurunya. Meminta agar hatinya dan hati sahabat handainya sentiasa dilindungi dan di tunjukkkan jalan yang lurus. Diakhir doanya malam ini, dia menambah dengan rendah hati penuh permohonan untuk kesekian kali dia meminta agar dirinya di pertemukan pendamping hidup. Di mana dan siapa dengan ketentuan yang Maha Esa. Aniq hanya memohon agar hatinya di tenangkan agar dia tidak lalai pada ibadahnya pada tanggung jawabnya sebagai hamba Allah dan juga sebagai pendidik pada anak bangsanya.

“Ya Allah andai di luar sana ada hawa untuk aku, sebagai pendamping dan peneman perjuangan. Satukan hati kami kerana jalan-Mu ya Allah. Engkau Maha pengampun lagi Maha mengetahui” Aniq meraup wajahnya perlahan. Panjang permintaannya, tapi dia tahu Allah Maha Mendengar dan sentiasa berada disisi hamba-NYA yang bergantung harap pada-NYA.

Selesai solat berjemaah subuh di surau, Aniq kembali menelusur jalan kecil untuk pulang. Suasana hening subuh dan udara yang segar menyerbu diri Aniq. Terasa tenang diberi nikmat menghirup udara segar pagi yang belum tercemar. Derap kakinya seperti biasa diperlahankan agar tidak menganggu penghuni rumah. Langkah Aniq terhenti lagi. Tepat di bawah jendela kamar atas yang terbuka. Telinganya menangkap suara gemersik yang melantun ayat suci al-Quran dengan tertib tenang dan terang. Hati Aniq terusik. Terasa damai dengan alunannya yang tidak menekankan tarannum yang berlebihan tetapi lebih kepada tajwid dan sebutan makhraj yang betul. Indahnya.

Aniq memandang jendela yang terbuka di bibirnya ada kuntuman senyum. Tiada apa-apa perasaan yang terbit tapi hatinya terasa damai. Tangannya mendakap erat al-Quran tafsir yang sering dia bawa ke dada. Terngiang-ngiang suara ibunya yang merupakan seorang qariah melantun ayat suci al-Quran. Suara ibu yang indah, yang sering dia jadikan penguat dan pedoman.

Hatinya berbisik ‘Ibu hati anakmu juga tenang di sini,’ Matanya melirik ke arah jendela yang sedikit terbuka suara itu masih kedengaran walau perlahan mungkin kerana suasana yang masih sepi. Maka alunannya menembus sunyi pagi. Lembut.

*****************

Malam yang menjengah membawa malam seribu keberkatan di bulan Ramadhan. Di antara malam-malam 10 terakhir. Umat Islam saling berebut mencari malam Lailatul Qadar dan juga saling berlumba menghabiskan waktu untuk beribadat kepada-NYA. Aniq masih dengan kebiasaannya untuk menapakkan kaki ke Surau Hijau Makmur. Dalam sebulan dibulan Ramadhan ini ada juga waktu Aniq ponteng berjemaah tarawikh. Jika dia sempat berdiri diantara bahu jemaah surau untuk sama-sama mendirikan solat sunat Tarawikh waktu untuk dia melakukan qiamullail di surau itu pula tidak sempat. Kesempatan akhir ini dia ingin menggunakan dengan sebaiknya. Apatah lagi rumah sewanya amat berdekatan dengan surau. Terasa tidak lengkap harinya jika tidak menapakkan kaki dan menjengah wajahnya di pintu surau.

Lewat beberapa malam dan subuh yang silih berganti meninggalkan hari-hari yang membawa Ramadhan makin penghujung. Hati Aniq mula timbul pertanyaan. Matanya juga sering melirik kearah jendela kecil yang sering terbuka untuk menyebarkan cahaya lampu di atas jalan yang dia lalaui. Tapi jalannya terasa semakin sunyi. Sunyi tanpa dengungan halus alunan ayat suci al-Quran yang pernah dia dengar dulu.

Dua tiga malam berlalu jalan yang Aniq selusuri untuk ke surau masih belum berubah. Di terangi bias cahaya yang menerangi jalan. Tapi hati Aniq sunyi telinganya sepi dari terjahan lantunan suara yang dia dengar dulu. Entah kenapa dia terasa rindu dan sentiasa menilik waktu. Bilakah suara itu akan kembali melantunkan kalimah suci dengan suara yang halus tapi jelas bunyinya. bukanlah sering dia mendengar suara penghuni bilik kecil itu. mungkin hanya tiga atau empat kali. Kali terakhir Aniq mendengarnya di waktu subuh yang lalu. Di hatinya terbit juga perasaan ingin mendengarnya lagi. Tapi cepat-cepat dia beristighfar. Rupanya dia kalah dengan hati.

“Ustaz. Saya mohon sebelum saya pulang bercuti boleh saya tinggal dengan ustaz?” ujar Aniq suatu petang ketika dia berada di halaman rumah Hj. Syukor.

Hj. Syukor tersenyum. “Boleh apa salahnya. Dah lama pak cik ajak cikgu tinggal bersama,” Hj. Syukor menepuk-nepuk bahu Aniq. “Bila cikgu balik kampung?” soal Hj. Syukor.

“Rasanya sehari sebelum raya, ustaz. Saya pulang dengan kenderaan sendiri rasanya tidak susah. Lagi pun di rumah tiada orang. Ummi dengan adik dah berangkat ke umrah. mereka balik pada hari raya ke dua.”

“Kalau begitu raya pertama di sini sahaja.” Pelawa Hj. Syukor.

“Tak apalah ustaz. Rasa rindu nak balik rumah. Lagipun perlu berkemas juga sebelum raya. Nak sambut ummi dengan adik balik. Saya ni ada ummi dengan seorang adik perempuan je. Tak ada saudara mara lain. Sebab ummi anak tunggal arwah walid pun anak tunggal.” Ujar Aniq panjang lebar.

“Iyalah, marilah naik. Alang-alang kamu kata hendak duduk di sini, berbuka puasa di sini sajalah”

“Saya belum ambil lagi barang-barang saya yang mana patut di bawa ni,”

“Tak mengapa, lepas berbuka kamu boleh pulang sebentar. Petang ini kita berbuka sama-sama di rumah pakcik,” Hj. Syukor menonong laju menuju ke arah telefon yang tersangkut di tepi dinding. Gayanya seperti menelefon seseorang yang penting.

***************************

Aniq melangkah ke beranda masjid. Matanya menyorot jauh ke arah jalan kecil yang sering di laluinya. Buat kali pertama hari ini Aniq tidak melaluinya kerana dia berada di rumah Hj. Syukor, dan sudah tentu arah jalannya berbeza. Aniq melepaskan keluhan kecil dia sendiri tidak faham akan dirinya. Terasa hatinya menyuruh untuk mengelak dari melalui jalan itu.

Hj. Syukor memerhati dari jauh setelah semua jamaah surau beredar tadi, tinggallah dia Aniq dan Ustaz Hassan bilal masjid.

“Apa yang kamu menungkan Aniq?”

Teguran Hj. Syukor memotong lamunan Aniq. Ustaz Hassan sudah beredar dulu bersama zaujahnya. Tinggallah mereka berdua di beranda surau.

“Ustaz, apakah hati saya dan perbuatan saya sudah lalai dari ikhlaskan diri kerana Allah?”

Hj. Syukor memandang wajah bersih pemuda di hadapannya. “Maksud kamu?”

“Dalam seminggu ini hati saya tidak tenang, ustaz,” tutur Aniq perlahan. Hj. Syukor menunggu dengan sabar patah kata dari pemuda itu.

“Ustaz, susur jalan di depan itu telah membuatkan hati saya ingin selalu melaluinya agar sentiasa berjalan di laluannya. Tiba-tiba saya tersedar adakah kerana suara yang selalu mengalunkan ayat-ayat al-Quran yang saya dengar dari arah jalan itu yang menyebabkan saya rajin melaluinya untuk datang ke surau ini. Saya terfikir jika saya tak menghindarinya saya takut jika niat di hati untuk datang ke surau ini bukan lagi semata-mata hanya kerana Allah. Saya takut akan penyakit hati ini, ustaz.”

Hj. Syukor menepuk-nepuk bahu Aniq. Tangannya yang sudah tua itu mendarat di bahu Aniq.

“Alhamdulillah, bersyukurlah kamu Aniq. Kamu tidak sedarkah Allah menyayangi kamu? Dia yang Maha Esa telah terbitkan di hati kamu perasaan takut dan kesedaran kamu itu. kerana DIA adalah Allah yang Maha Mengetahui.”

Aniq memandang wajah Hj. Syukor. Lelaki tua di hadapannya hanya tersenyum.

“Aniq. Maaf pakcik bertanya.”

“Ada apa, ustaz?”

“Kamu sudah ada calon hati?”

Soalan Hj. Syukor mengejutkankan Aniq. Dia hanya tersenyum sumbing.

“Belum ustaz, hanya memohon dari Allah apakah ada hawa yang diciptakanNYA untuk mengisi tulang rusuk saya ini, ustaz.”

“Dan Allah itu akan dekat dengan hambaNYA yang mendekatkan diri kepadaNYA. Kasih sayang Allah itu luas. Rasakanlah nikmat yang Allah beri sebagai kasih sayang pada kamu Aniq. Dia telah menjaga hati kamu dari lalai. Jika kamu bersabar maka kamu akan mendapat ganjaran dariNYA,”

Aniq tersenyum mendengar nasihat Hj. Syukor di dalam hatinya tak putus mengucapakan hamdallah. Segala suci bagi Allah yang sentiasa mengetuk pintu hatinya untuk bersyukur dan bersabar.

************************************

Seminggu berlalu begitu cepat. Cuti sekolah juga sudah bermula dua hari yang lalu. Tapi Aniq masih betah di sini. Dia berniat akan pulang pada malam hari raya pertama. Ajakan dari Hj. Syukorlah yang membuatkan dia masih berada di kampung ini. Hari-hari diakhir Ramadhan yang memberikan Aniq ketenangan untuk dia melakukan amal ibadat.

Seusai solat zohor berjemaah Aniq telah di bawa berbincang dan bertemu dengan Ustaz Hassan oleh Hj. Syukor. Dalam kehairanan yang melanda diri Aniq dia kejutkan sekali lagi dengan pertanyaan dari Ustaz Hassan.

“Cikgu. Maafkan saya jika pertanyaan yang dituju ini menyinggung perasaan cikgu.”

Ustaz Hassan menarik nafas perlahan sebelum dia mula membuka persoalan. “Apa cikgu sudi jika saya tunjukkan seorang hawa untuk menemani cikgu dalam meneruskan dakwah dan perjuangan cikgu?”

“Hah!” terlopong Aniq mendengar soalan yang dia terima.

“Aduh, Haji! Aku ni berterus terang sangatkah?” Ustaz Hassan memandang Hj. Syukor yang berada di sebelahnya.

Hj. Syukor pula hanya ketawa kecil. Sambil menggeleng kepalanya. Bukan kesal tapi lucu melihat rupa Aniq.

“Maaf,” hanya sepatah itu yang diucapkan Aniq, tawa Hj. Syukor terhenti, dan pandangan Ustaz Hassan beralih ke arah Aniq.

“Maafkan saya ustaz, jika saya berterus terang,” ujar Aniq terbata-bata. “Saya sebenar sudah ada hajat lain,” ujarnya perlahan. Pandangan matanya di arahkan kepada kepada Hj. Syukor mengharapkan lelaki itu memahami maksud hatinya. Tapi lelaki tua itu hanya diam kaku di situ membiarkan dia dan Ustaz Hassan berbicara.

Ustaz Hassan mengambil posisi berhadapan dengan Aniq. Tangannya di letakkan ke bahu Aniq. “Cikgu, apa sahaja keputusan adalah di tangan cikgu. Saya hanya menolong,”

Ustaz Hassan tersenyum dan berkata, "Cikgu, dengarlah cerita saya sebentar”

Aniq memandang wajah Ustaz Hassan kemudian mengangguk perlahan.

“Saya mempunyai seorang anak saudara perempuan yang sudah kematian ayah. Jadi saya ini ibarat ayahnya sendiri dan di panggil abi. Dia telah berkata sesuatu kepada saya.”

Ustaz Hassan menarik nafas yang dalam. Dengan pandangan yang dilontarkan ke halaman surau terngiang-ngiang suara Nusaibah bertanyakan hal kepadanya.

“Abi, Nusaibah dah salah abi,”

Ustaz Hassan memandang wajah Nusaibah. “Salah apa, Nusaibah? Ceritakan pada abi,”

“Abi, niat Nusaibah hanya ingin membantu. Tapi Nusaibah ada buat kesilapan,”

Ustaz Hassan masih membatu dia ingin mendengar luahan gadis itu.

“Abi, Nusaibah hanya ingin memberi lorong di sebelah bilik bacaan Nusaibah itu terang, jadi Nusaibah membiarkan lampu bilik bacaan Nusaibah terpasang, abi tahukan lorong tu gelap tak di lalui orang, tambahan lagi rumah sebelah tak berpenghuni,”

Nusaibah menarik nafasnya dengan perlahan. “Nusaibah biarkan lampu bilik terpasang dari awal malam hingga subuh, sebab Nusaibah pernah terpandang kelibat cikgu baru yang menyewa rumah hujung jalan mati itu menggunakan jalan kecil di sebelah rumah ni, Nusaibah tak terniat apa-apa abi, Nusaibah Cuma mahu menolong, dan senag sekali tengok anak muda yang suka berjemaah di surau,”

Ustaz Hassan masih diam mendengar kata Nusaibah.

“Tapi abi, Nusaibah lupa. Nusaibah sering mengaji al-Quran di bilik bacaan, Nusaibah lupa jika di waktu malam keadaannya sunyi lebih-lebih lagi kawasan ini, Nusaibah bimbang bacaan Nusaibah didengari cikgu itu, sebab satu subuh selepas Nusaibah selesai mengaji Nusaibah ternampak cikgu tu terpacak di tepi jalan bawah tingkap bilik bacaan Nusaibah, dia nampak terpaku lama sampai tak sedar Nusaibah menutup tingkap,” ujar gadis itu panjang lebar.

“Abi, Nusaibah takut jika Nusaibah menyebabkan seorang hamba Allah lalai kerana Nusaibah,” sambung Nusaibah.

“Kenapa Nusaibah berperasaan begitu? Nusaibah yakin dia ada mendengarnya?” soal Ustaz Hassan

“Sebenarnya, kelmarin Danial memberitahu Nusaibah, dia melihat kelibat cikgu itu pernah beberapa kali berhenti ketika Nusaibah asyik mengaji, Nusaibah rasa bersalah abi, jangan kerana Nusaibah ada yang lalai,”

“Nusaibah, sekarang Nusaibah sudah tersedar, dan Nusaibah juga tidak mengulang lagi perkara sama, jika Nusaibah rasa bersalah, mohon ampun kepada Allah, semoga Allah tenangkan hati Nusaibah,” ujar Ustaz Hassan.

************************

Subuh itu Nusaibah mengaji dengan tenang. Tenangnya sehingga tidak sedar seseorang sedang memerhatikannya. Nusaibah menutup Tafsir al-Quran yang berkulit baldu merah, sebuah tafsir al-Quran yang diberikan kepadanya oleh suami tercinta. Sebagai tanda pengikat kasih dan sebuah perjalanan baru berpandukan Kalamullah yang diamalkan isinya. Di letakkan rehal kayu berisi al-Quran itu tinggi di atas rak bukunya.

“Assalamualaikum!” satu sapaan pagi menerjah pendengaran Nusaibah. Wajahnya ditoleh kepada empunya salam.

“Waalaikumussalam,” Nusaibah mencapai tangan Aniq dan menciumnya lembut. Pipinya memerah. Malunya masih tersisa walau sudah seminggu menjadi suri hidup Aniq.

“Kenapa?”

Nusaibah menggeleng “Tak ada apa, abang. Nusaibah mahu siapkan sarapan.” Ujarnya perlahan.

Aniq tersenyum melihat telatah isterinya, dia tahu Nusaibah masih malu dengannya, dan dia menyukai itu.

“Baiklah, tuan puteri semalu. Boleh abang tolong sama?” Aniq cuba berjenaka.

Nusaibah makin tak keruan bila diusik, pipinya makin merah. Tapi di bibirnya terpamer senyum manis dengan hati yang senang dan bahagia.

***************************

Diari hati Nusaibah terselak dari lembar ke lembar, di situ ada lakar kata yang dicoret pendek.

Dia suamiku, telah menjawab pertanyaan kenapa memilihku sebagai suri?

“Kerana Nusaibah menerang dan menunjukkan jalan kepada abang untuk berjalan menuju ke rumahNYA. Dan semoga Nusaibah adalah hawa yang diberikan Allah untuk abang isi di tempat tulang rusuk abang,”


terime kasih sudi baca.. dan sudi-sudi la komen..

mulakan sesuatu dengan...


catatan hari ini
kelmarin ada hantar satu cerita di penulisan2u tapi belum tahu, layak untuk dipaparkan atau pun tidak. ceritanya pun tak segah mana tapi akan di letakkan dalam blog hijau ni dengan jalan cerita yang ditambah. sebab cerpen yang dihantar pada penulisan2u asalnya sudah siap tapi rasa nak menambah lagi.. huhhuhuh.. (pandai2 je kan). tajuk juga diubah menjadi lain (pulak) asalnya adalah "hari-hari Ramadhanku" tapi dah jadi "kerana Nusaibah". hehehe apa-apa pun masih dalam pengeditan lagi.. ^_^

idea nak buat cerpen yang baru pun dah muncul tapi biasalah "mood mood" macam manalah nak menulis ye kalau macam ni? hurmm..

tak pe kita mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim..

semoga apa yang cuba penulis buat ini walau sekadar penulisan di blog hijau dan hanya sekadar sebuah cerita moga masih ada manfaatnya.. ^_^
terime kasih sudi baca.. dan sudi-sudi la komen..

Wednesday 7 September 2011

ucapan hari ini... ^_^

Zaman kecil-kecil kawan berkeliling. Dari ,kawan main, kawan gaduh, kawan nangis, kawan makan, kawan mengumpat pun ada (hehehe), kawan2 sehobi, dan kawan yang sentiasa di sisi tanpa sedar.

Sekarang? kawan-kawan ini masih ada. sama ada kawan-kawan zaman kecil dan masih kekal berhubung dan juga kawan yang hadirnya baru kelmarin, setiap kali melangkah naik ke alam baru ke tempat baru sebetulnya bukan meninggalkan kawan-kawan lama tapi menambah kenalan dan kawan baru. menambah daftar kawan dan juga makin banyak golongan kawan yang ditemui.

Zaman sekolah menegah ada dua tiga orang kawan yang sama hobi. menulis! tapi hobi ni kite-kite yang menulis je tau kan? kan? kawan2.. sekarang kawan sehobi ni cakap tak sempat nak menulis dah. sibuk. tak apa nanti adalah masa tu..

Masa sekolah menengah pernah cuba hantar karya masuk pertandingan anjuran sekolah. tapi penakut punya pasal sanggup letak nama kawan, ^_^ sampai hari ni rasanya tak kesampaian nak ucap terima kasih kerana sudi maju ke pantas yang tak seberapa menerima hadiah bagi pihak kawan dia yang penakut ni.. tak sangka cerpen tak seberapa yang di hantar masih layak menerima hadiah. terima kasih kawan, sanggup meminjam namamu sebagai penulis.

Masa yang berlalu terus jauh meninggalkan waktu. sedar-tak sedar dah habis zaman sekolah. lamanya tak menulis. dah berkarat otak ni nak berpusing mencari idea. tatabahasa melayu yang mula tumpul dan hilang. tapi mana boleh biarkan.
tiba-tiba terjumpa kawan-kawan dari group KEN . terima kasih atas tunjuk ajar yang diberi kawan-kawan dari group ni.

Buat sekian lamanya tak menulis teringin pula nak menulis lagi. dan hasilnya ialah dengan tersia cerpen pertama di penulisan2u untuk bacaan umum, terima kasih buat penulisan2u kerana sudi menyiarkannya.

Rupanya masih banyak kelemahan. tatabahasa, format, dan bahasa yang tunggang langgang. tapi terima kasih buat kawan-kawan yang sudi menegur kesalahan yang ada, dan kawan-kawan yang sudi menjawab persoalan tentang bahasa. terima kasih buat kawan sudi menjadi cikgu yang menunjuk ajar. sikit atau banyak bukan menjadi soal tapi prihatin kerana sudi menjawab yang ku inginkan.. ^_^ terima kasih.

Kawan yang sudi membaca tulisan burukku. kawan yang sudi membaca tulisan kali pertamaku, dengan tak malu telah disyorkan oleh penulis sendiri (hehehe) terima kasih kerana baca.

Malas tu kadang timbul juga. tapi ada kawan yang sanggup sama-sama keluar idea untuk menulis. sebenarnya untuk tolak diri sendiri agar ' rajin sikit' menulis. dengan idea yang kering ni timbul rancangan lain. minta seorang kawan untuk saling berlumba menulis. terima kasih sudi menerima lomba menulis ni ^_^..

Dan buat pembaca yang sudi melawat sebentar dan membaca blog yang tak seberapa ini juga terima kasih ya kawan-kawan..

^_^ terima kasih
terime kasih sudi baca.. dan sudi-sudi la komen..

Tuesday 6 September 2011

keroh idea

keroh idea untuk menulis. macam mana? hehehhe sikit jahatlah buatkan seorang rakan turut menulis dan sama-sama nanti kita saling btukar cerita. tetapkan dateline sendiri. mujur ada kawan yang sanggup ikut mencari idea. hehehe.. chaiyok cik iss mee..
dia cakap tak ada idea. tak apa saya tolong bagi rangka dan dia akan siapkan menjadi sebuah cerita..
ini sedikit imbas dari rangka yang di beri kepada cik iss mee, tapi ini hanya rangka kreativiti jln cerita pemikiran kita manusia ni kan tak sama pasti boleh berubah, nak bagi garis jee ya cik iss mee.. semuanya terpulang dan tergantung cik iss mee sendiri. apa jalan cerita yang lebih menarik.. ^_^

hana dan aniq dua beradik yatim piatu. hana bekerja sebagai guru, manakal aniq spm. hidup di rumah pusaka tinggalan . bermula nenek yg hadir untuk menjaga mereka. dan juga kehadiran seorang lagi adik lelaki dlm hidup mereka. siapa remaja lelaki yang sebaya dgn aniq yg bnama hanif?

hana tidak dpt menerima tp rasa hormat pd org tua dia turutkan untuk tnggal bsama neneknya di rumah banglo besar...

neneknya mnetapkan pilihak harithah sebagai calon suami.. tp danial yg sntiasa di sisi hana saat susahnya.
akhirnya hana bdiam diri tnp memilih keduanya.

mereka dpt mnerima hanif sbagai adik mereka hidup hana mula tenteram sedikit demi sedikit melihat aniq yg ceria bsama keluarga baru.
tapi konflik yg blaku lg berat. aniq dan hanif kmalangan dan pilihannya salah seorang dr mrk shj hidup.

siapa pilihan hana?
dua2 darah dagingnya. dia menentang sekrasnya pmintaan nenek untuk derma hati aniq pd hanif.

dlm diam hana tanda tgn surat pbedahan, dan hanif dibedah.

sikap hana kembali dingin pd hanif.

tp hanif jatuh sakit lg..

the ending ???


ini hanya rekaan semata.. rangka jee.. maaf cik iss mee dan terima kasih juga kerana sudi sama-sama kerahkan idea.. tak sabar nak baca awak punya cerita. hehe tp tak apa saya pun sedang kerahkan idea juga untuk cari dan buat jalan cerita.. go go.. dateline kita sebelum 12 HB... jgn lupee nooo... (^_-)

terime kasih sudi baca.. dan sudi-sudi la komen..

Monday 5 September 2011

dah abis raya

dah habis raya dan ramadhan juga sudah berlalu.. baru seminggu terasa rindu pada bulan ramadhan.. nak tunggu ramadhan tahun depan, bila? berapa hari? berapa bulan lagi? jauh tu. apa pun bulan syawal yang masih berjalan dalam detik ini kita rebut pula puasa 6 ganjarannya setahun berpuasa.. ^__^ jom2..

sudah hampir sebulan blog ni tak dibuka, cepat benar diri ini leka dan hilang semangat. otak dah tak pandai nak mencari idea, jari tangan pun dah kaku.. adess... malas yee..

duduk rumah sambil goyang kaki menunggu peluang kerja ni patutlah mencari sesuatu untuk di isi. hati ni memang teringin nak menulis tapi dah tinggal baru beberapa minggu dah tak keluar idea.. huhuh apa nak jadi laa..

apa pun selamat bersekolah buat adik-adik yang dah mula melangkah ke sekolah raya dah habis.. tapi kakak belum habis raya lagi.. hehehehe..

nak cuba mencairkan otak yang beku ni.. salam syawal buat semua... ^_____^
terime kasih sudi baca.. dan sudi-sudi la komen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...