teks

^_^ ..
apa yang ditaip ini sebagai sebuah perkongsian dan buat bacaan siapa yang sudi ^_^ ..
sekadar ruang menulis dari lubuk hati ^_^ penulis, berimaginasi sendiri dan diluahkan dalam bentuk cerita. terima kasih pada yang sudi membaca. semuanya hanyalah taipan jari jemari penulis blog hijau ^_^ ini...


PsssStt ; buat yg sudi follow
jgn lupa tinggalkan link pada shoutbox ya ^_^
nanti boleh saya jenguk sana pula..

Followers

Tuesday 6 November 2012

kasih kerana Allah


Suatu petang yang redup. Luqman menanti-nanti kepulangan isteri kesayangannya. Petang sudah beranjak lama. Tapi kelibat Mawardah, suri hatinya masih belum pulang. Diari hitam berkain baldu dibiarkan tergeletak di ruang tamu. Kebiasaannya dia dan Mawardah akan ke surau bersama-sama. Tapi hari ini ada urusan yang memerlukan dia keluar ke pekan dari awal pagi tadi. Pulang sahaja seusai solat asar di masjid kota tadi.
Petang yang makin beranjak meresahkan hati tua Luqman. Mawardah belum pulang. Padahal jarak antara rumah dan surau bukanlah jauh. Pandangannya dilemparkan ke arahkan jalan, memerhati sekiranya ada sosok tubuh kekasihnya itu. tapi hampa belum ada bayang pun. Dengan perlahan Luqman menuruni anak tangga niatnya untuk pergi menjenguk di mana kelibat Mawardah. Seketika langkahnya terhenti, bergegas tubuh tua itu kembali menaiki anak tangga.
“Husna,” dipanggil nama anak perempuannya perlahan.
Sekejap sahaja Husna sudah terpacak di muka pintu “Abi panggil Husna?”
Luqman melemparkan senyum. “Husna, Abi jenguk Ummi di surau sekejap, Husna tunggu rumah ya,” ujarnya lembut.
Anak gadisnya mengangguk. “Abi nak Husna temankan?”
“Dekat je tu, kamu tunggu rumah, nanti adik kamu Huzaifah pulang, rumah berkunci pula.”
Husna menghantar abinya dengan pandangan. Dia faham resah abinya. Tahu betapa sayangnya abi pada umminya. Husna melangkah ke dalam rumah. Matanya bertemu pada sebuah buku kecil. Hatinya tergerak untuk menyelak halaman yang ada.
Tanggal 9 hb 9 1889
Aku melamar suri hati untuk menjadi pendamping hidupku. Seorang hawa untuk menemani aku di sisi, seorang isteri dan ibu kepada anak-anak cilikku. Seorang teman yang berkongsi duka dan tawaku. Juga untuk melengkapkan hidup dan saling mengisi kekurangan yang ada untuk mengisi ruang yang ada dirusukku.
Tapi aku diberitakan mertuaku bahwa suri ku ini adalah wanita yang banyak kurangnya, tiada sempurna. Redhakah aku menerimanya? Soalan yang berat untukku menjawab tapi dengan hati yang tekad daan pasrah aku menyanggupi. Kerana hatiku sudah terpaut padanya, ketika aku belum pernah melihat wajahnya, belum pernah bersua muka, malah belum pernah berkenal-kenalan dengannya. Tapi hatiku sudah tercuri bila mana mendengar suaranya mengajar anak-anak kecil membaca muqaddam. Di sebalik tirai musolla kecil yang seringku tumpangi solat asar berjemaah ketika selesai bekerja.
Saat kali pertamaku melihatnya terasa aku diberi kekuatan untuk aku selidiki, siapakah dia?
Hari di mana aku datang bertandang ke rumahnya, membawa hajat dan hasrat. Dengan rendah hati aku diterima. Tetapi bakal mertuaku telah menyatakan sesuatu padaku. Terkejut semestinya bila aku mendengar kata-katanya.
“ Apa kau akan bersabar dengan sikapnya yang akan sedikit demi sedikit lemah daya ingatannya, yang akan memerlukan pesanan atau peringatan dari mu. Apa kau sedia nak, berada di sisinya selalu agar dia tidak hilang? Aku tidak tahu bila akan berlaku, tapi sanggupkah kau memikulnya?”
Aku ingin menjawab tapi ditahan bakal mertuaku dengan isyarat tangan tanda bersabar dulu.
“Anakku, kemudaan puteriku akan hilang, kecantikannya akan pudar, akan timbul urat tua di wajahnya, apakah itu disebabkan penyakit atau usia aku tidak tahu, tapi apa kau sanggup menerima seadanya wajah isteri mu nanti? Semua itu mungkin juga akan berlaku lima tahun atau sepuluh tahun, aku tidak tahu,”
Sekali lagi aku ingin menjawab tetapi terlebih dahulu tanganku dipegang lelaki tua di hadapanku, ayah kepada bakal suri hidupku.
“Anakku, adakah kau sanggup menerima puteriku yang akan sering sakit? Sanggupkah kau di sisinya ketika dia menangis dan mengaduh? Aku tidak tahu bila dia akan sakit, dan sampai bilakah umurnya, aku tidak tahu malah puteriku juga tidak tahu. Tapi apa kau sudi menerimanya jika dia berada dalam keadaan yang lemah?
Semakin berat persoalan yang dituju, tapi hatiku telah nekad.
19 hb 9 1989
Pernikahanku.
Akhirnya Mawardah menjadi suriku jua, mendampingi hidupku dengan haruman akhlaknya dan sifatnya yang lembut tapi tegas. Kata-kata mertuaku dulu kusimpan di lubuk hati untuk peringatan, tiap malam dalam munajatku tak lupa kusisipkan doa agar aku dan suriku sentiasa dalam berkahNYA.
18 hb 9 1993
Setahun dua tahun berlalu dan kini sudah hampir empat tahun. Seri hidupku bertambah dengan cahaya mata yang menjadi buah hati kami sikembar Husna dan Huzaifah. Pasangan kecil yang banyak keletah dan cerdas, berusia tiga tahun. Dan Mawardah, suriku itu masih di situ tetap setia di sebalik tirai masjid disetiap kali petang menjelma mengajar anak-anak kecil muqaddam. Kerjayanya sebagai seorang guru agama di sekolah rendah agama tidak menghalang dirinya untuk kekal mengajar anak-anak sekitar masjid itu belajar mengenal al-Quran.
Masih banyak rupanya yang tidak kuketahui Mawardah isteriku ini. Segalanya tersingkap sedikit demi sedikit. Dan sungguh aku bertuah kerana aku tidak salah dalam memilih. Allah yang telah menetapkan dia sebagai jodohku. Tapi pesan mertuaku masih berlegar di kepala. Sering aku memandang wajah putihnya, ku tilik perilaku dan gerak gerinya. Dia tetap Mawardahku, tiada yang kurang, malah tiada yang perlu aku risaukan.
Dia pelengkap hidup aku dalam meniti perjalanan. Ketika aku lupa dia yang sering mengingatkan. Dia yang menjaga pakai minumku. Sakitku dialah penawarnya. Mawardah, suri hatiku masih lincah, bergerak ke sana ke mari merangkul anak-anak kembar kami yang mula nakal mengusik umminya berlari ke sana sini. Dikendong dan didodoi sikembar dalam pangkuan, sungguh dia perempuan kuat.
Setiap hari rutinnya biasa, sekolah bermula pagi, pulangnya melayan kerenah anak-anak. Dalam seminggu Mawardah memperuntukkan dua hari untuk mengajar anak-anak sekitar kampung belajar al-Quran. Tapi hari-harinya masih dihidupi dengan senyuman yang tak lekang di bibir, dan melaluinya dengan semangat yang sentiasa membara.
Benar aku jatuh cinta padanya walaupun sudah empat tahun usia perkahwinan kami, tetapi hati aku sentiasa mengucapkan itu ‘aku jatuh cinta padanya’. Indah rupanya bercinta di alam perkahwinan. Segalanya tidak ada yang membataskan. Aku bebas mengucap dan meluahkan. Berkahwin bukanlah sebuah perjalanan yang sukar untuk aku memahami dan mengenali pasangan hidupku. Kerana dari permulaan tanganku digenggam bapa mertuaku yang telah menikahkan kami. Aku telah menyerahkan ruang hatiku yang tersisa padanya. Hati yang ada telah aku serah pada-NYA. Ku kongsikan untuk kaum keluargaku, tapi masih ada cebis kasih yang telah aku simpan lama untuk seseorang untuk menghiasi hatiku. Dan aku dianugerahkan cinta Mawardah.
Husna tersenyum sendiri membaca tulisan abinya. Benar apa yang ada di benak fikirannya. Abinya teramat menyayangi ummi. Dan ummi juga merupakan ibu yang paling dibanggakan Husna, umminya sanggup berkorban apa sahaja untuk dia dan Huzaifah, ummi menunjukkan ketabahan hati dan sifat tegas perempuan yang masih ada kelembutannya. Di sebalik garang umminya dalam mendidik mereka, tapi ummi juga penawarnya. Maka layaklah abinya amat menyayangi ummi.
Tangannya terus membuka lembar demi selembar halaman buku itu.
19 hb 9 1997
Sudah hampir setahun anak-anakku mula bersekolah. Masih aku ingat dihari pertama persekolahan buah hati kami. Anak lelakiku Huzaifah yang manja merengek mahukan ummi duduk bersamanya di dalam kelas, memandangkan kakak kembarnya tidak berada di kelasnya. Mereka berada di kelas berlainan, kerana sekolah ini tidak menempatkan pelajar lelaki dan perempuan dalam satu kelas. Husna anak gadisku yang lincah tidak menghiraukan adik kembar dan umminya. Malah hari pertama sekolah dia sudah ke sana ke mari hinggap disatu meja ke meja yang yang lain, bertanya nama dan menghulurkan tangan kepada kawan-kawan barunya.
Cikgu memujuk Huzaifah membenarkan ummi pulang dan tidak menunggunya di kelas. Mawardah hanya tersenyum. Esoknya Huzaifah tidak lagi mahu berteman. Katanya dia anak lelaki, mesti jaga ummi. Masih terngiang-ngiang kata anak lalaki ku. ‘ummi, kelas Huzaifah semua lelaki. Tak payahlah ummi ikut Huzaifah ya, ummikan perempuan. Lagipun ummi kawan-kawan Huzaifah pun tak ikut.’
Mawardah, masih juga tersenyum. Dan aku ikut tersenyum senang. Punya anak-anak sebagai buah hati yang memahami dan menyenangkan ibu bapanya. Alhamdulillah ya Allah kau terus menerus memberi hamba-MU ini kebahagiaan.
Husna memeluk diari baldu milik abinya. Air matanya menitik.
“Ya Allah, adakah aku sekarang masih menyenangkan hati kedua ibu bapaku? Adakah aku telah menjadi anak yang telah menggusarkan hati ibu dan bapaku?” Hatinya merintih dia teringatkan perbicaraan mereka tempoh hari. Bermula dari saat dia memberitahu ada seseorang hendak datang meminangnya.
“Benar Husna tidak ragu dengan pilihan yang Husna buat?” suara garau abinya kedengaran lembut tapi tegas.
Husna menundukkan wajahnya. Bukan takut pada wajah garang abinya, kerana abinya belum pernah bersikap garang. Tapi takut untuk melihat jika ada garis duka di wajah itu. Umminya pula hanya berdiam diri membiarkan mereka berbicara. Begitulah Ummi tidak akan menyampuk jika merasakan abi lebih berhak untuk memberi kata putus selagi mana abinya tidak menyalahi dalam mengambil tindakan yang wajar.
“Iya abi, maafkan Husna abi. Husna tidak bercinta dengannya tapi Husna mengenalinya. Husna tahu peribadi agamanya. Husna yakin dia mampu membimbing Husna.”
“Husna sayang, abi tidak marah, tapi abi tidak mahu Husna terburu-buru.”
“Abi, Husna tahu, Husna masih muda. Haikal juga juga masih muda. Tapi Husna akan ikut apa sahaja kata abi. Husna takkan membantah, Husna sayang abi.” Husna menggenggam tangan tua abinya dan dikucup perlahan-lahan.
Luqman mengusap lembut kepala Husna. Apalah yang hendak dia marahkan jika yang datang itu adalah perkara yang baik. Tapi dia hanya takut jika anak perempuannya bersikap terburu-buru. Dia tahu Husna tidak akan bercinta, tumpuannya hanya kepada pelajaran. Dari cerita Husna sendiri pemuda bernama Haikal mengenalinya baru sekali. Tapi Husna sudah mengenali Haikal dari jauh kerana Haikal ketua biro dakwah yang aktif di sekolahnya dulu.
Hati seorang ayah yang tak mampu dia luahkan, bagaimana dia ingin meepaskan anak perempuan yang ditatangnya selama ini. Bagaimana nasib anaknya. Apakah bahagia dan betul keputusan yang di ambil. Semuanya perlu diperkirakan. Husna amanah dan tanggungjawabnya. Buah hati dan pengarang jantungnya. Luka Husna parahlah hatinya.
“Husna sayang, boleh abi mengenali Haikal?”
Husna mengangguk perlahan. kepalanya dilabuhkan ke paha abinya, sikap manjanya makin terserlah.
“Assalamualaikum,” satu suara kedengaran di luar. Lamunan Husna putus. Diari hitam itu diletakkan kembali atas meja ruang tamu.
Huzaifah melangkah naik dengan tenang. Baru pulang dari sekolah tempat di mana dia sedang mengajar sebagai guru sementara.
“Mana abi dengan ummi,” Huzaifah mencapai tangan Husna dan bersalam.
“Ummi belum balik dari surau, abi pergi cari ummi tadi,” ujar Husna dengan dahi berkerut. “Dah lama juga. Akak nak ikut abi kata tak payah. Kamu tahukan abi. Bila dia risaukan ummi rela dia pergi sendiri.”
“Abi pergi tengok ummi kat surau?” soal Huzaifah hairan. “tapi ummi tak ada pula telefon Huzaifah, biasa kalau ummi lewat balik dia telefon Huzaifah ambil kat surau,”
Husna termenung mendengar kata Huzaifah, tiba-tibanya matanya tertancap pada telefon nokia milik ummi malah milik abinya turut ada.
“Ummi lupa bawa telefon, tengok! Yang abi punya pun tertinggal,”
Mereka saling berpandangan.
“Nanti sekejap lagi baliklah tu,”ujar Husna perlahan. “Kamu dah solat?”
“Sudah kak, di surau sekolah tadi,”
Husna mengangguk, badannya dipusing menuju ke arah dapur. Tangannya lincah mengatur cawan dan mengisi kuih ke dalam piring. Minum petang yang sentiasa ada untuk mereka sekeluarga.
“Akak, Huzaifah pergi jenguk abi dengan ummi dululah. Mana mereka pergi,” Huzaifah menyuarakan hasrat.
“Iyalah,”
Belum pun sempat kaki Huzaifah mencecah tanah. Sebuah motorsikal memasuki halaman rumah mereka. Penunggang motor itu memanggil Huzaifah dengan kuat.
“Huzaifah,” seorang budak lelaki yang sebaya dengan Huzaifah menghampiri. Bunyi decit tayar motor yang diberhentikan dengan tiba-tiba turut mengejutkan Husna, tergesa-gesa gadis itu mencari tudung dan keluar ke muka pintu.
Terpinga-pinga Huzaifah melihat pemuda itu tercungap-cungap.
“Pak cik dengan mak cik, mereka ada kat surau tu,” Rahim nampak menarik nafas sebelum meneruskan kata.
Husna dan Huzaifah sabar menunggu kata dari Rahim, jangan ada perkara buruk yang hendak disampaikan.
“Kebetulan aku lalu nampak mereka berjalan, aku datang nak bagitahu kau, kasihan aku tengok ummi dengan abi kau berjalan kaki, mereka tu dah tua, biasa aku tengok abi kau dengan motor, hari ni tidak. baik kau pergi ambil.” Husna mengurut dada. Huzaifah melepaskan nafas yang ditahan dari tadi. Ingatkan apalah yang hendak disampaikan. Rahim cepat-cepat memusingkan motornya.
“Maaflah aku nak cepat sebenarnya ni, tadi mak aku suruh panggil bidan kakak aku nak bersalin, alang-alang aku dah lalu sini, aku berhenti dulu.”
itu barulah berita yang mengejutkan. “Ha?” terlopong Huzaifah dan Husna mendengarnya.
“Rahim, Rahim. Sempat kau datang sini dulu,” ujar Huzaifah sambil menggelengkan kepalanya. Husna turut tersenyum lucu.
“Akak, Huzaifah pergi ambil abi dengan ummi dulu,”
********************************************
Husna memandang inai di jari, semalaman jarinya di bungkus kemas dengan daun iani yang ditumbuk sendiri umminya. Hari-hari bahagianya hampir tiba. Persetujuan abinya disambut dengan derai air mata. Sebagaimana permintaan abi, Haikal datang bertemu dengan abi, entah apa yang ingin disampaikan abinya Husna tidak tahu, dan apa yang diucapkan Haikal sehinggakan abinya pulang dengan senyuman yang meleret selepas pertemuan mereka. Tapi dia senang sekarang. Umminya turut bahagia. Huzaifah menumpang gembira.
“Husna sayang,” Luqman mengusap kepala Husna lembut. “Jadilah isteri yang solehah, yang mendengar kata suami selagi ia tidak melanggar syariat. Jadilah ibu yang baik. Hormat dan sayanglah bakal ibu dan ayah mertua kamu, sebagaimana kamu sayang kami,”
Air mata Husna mengalir lagi, rupanya dalam keadaan begini hatinya makin sayu, makin takut jika dia berjauhan dengan orang tuanya. Kepalanya dilentokkan keriba abinya yang sedang bersila di sebelahnya. Tangannya pula mengeggam jari jemari umminya. Keduanya hanya membiarkan sahaja. Mungkin selepas ini susah untuk Husna bermanja lagi. Mungkin juga jauh untuk mereka mendengar dan melihat keletah Husna. Hanya waktu yang mengizinkan.
Suasana riuh rendah di luar perkarangan rumah. Khemah sudah siap dibina siang tadi. Abi dan umminya sibuk di dapur. Huzaifah pula di halaman rumah mengemas apa yang patut. Hati Husna tak keruan. Duduk salah berdiri pun salah. Dia berdebar untuk menunggu majlis akad nikah pagi esok. Ingin dia membantu tapi dilarang. Kata emak saudaranya merangkap adik kepada abinya, ‘Bakal pengantin duduk saja menjadi raja sehari’. Tapi itu yang Husna tidak mahu. Jika dia duduk sahaja maka hatinya makin berdebar. Dilayan keletah anak-anak sepupu yang datang untuk menghilangkan perasaan gundahnya.
Malam masih muda, suasana mula sedikit reda. Husna melilau ke sana ke mari, memerhati dari jauh apa yang sedang dilakukan oleh jiran tetangga yang datang menolong. Sedang dia duduk termenung di birai meja berhampiran dapur, sebiji buku jatuh menimpa kakinya.
“Diari abi,” Matanya melilau mencari kelibat abinya tapi pastinya abinya sedang berada di belakang rumah tempat memasak.
Dia bangun menuju ke biliknya. Sambil berbaring dia kembali menyelak halaman yang tertulis di dalamnya.
“6 hb 6 2011? Ini tarikh baru.” Getus hati Husna. Tangannya menyelak helaian kertas buku itu kebelakang lagi. “Ini tarikh abi jumpa dengan Haikal.” Hatinya makin membuak-buak ingin mengetahuinya.
Di buka halaman yang dia buka tercatat tarikh 18 hb 5 2011.
18 hb 5 2011
Mawardah, makin senja rupanya usia kita terasa baru kelmarin melihat mawar berlari bersama anak-anak. Baru kelmarin rasanya Huzaifah duduk di bahu abang. Mata ini masih terbayang bagaimana mawar memeluk dan mendukung kedua anak kembar kita. Dan tiba-tiba datang hari yang menyedarkan abang. Mereka sudah dewasa rupanya. Akan punya kehidupan sendiri bersama keluarga masing-masing. Hari ini, barulah abang mengerti perasaan ayah ketika ingin melepaskan Mawardah ke tangan abang. Berat rasanya mawar.
Husna anak perempuan kita. Banyak yang abang fikir. Apakah dia akan bahagia? Apakah hatinya akan disakiti? Adakah pilihan dan keputusan yang abang bagi sebagai ayah kepada permata kita benar?
Mawar, adakah abang terlalu banyak berfikir? Atau sebenarnya abang sayang untuk melepaskan anak kita. Ya mereka sudah besar dan bakal punya kehidupan sendiri. Dan kita sendiri sudah melaluinya. Tapi abang tetap bangga dengan mereka. Abang sayang kamu semua. Suri hidup dan buah hatiku.
Ya Allah ku pohon tunjukkanlah jalan untuk hamba-MU ini.
Husna menyeka air mata. Itukah rasa resah di hati abinya. Diselak halaman yang tercatat tarikh lain. Husna ingat, ini tarikh ketika Rahim datang ke rumah mereka hari itu. mungkin tulisan ini ditulis abinya pada malam itu. Husna mula membaca.
6 hb 6 2011
Sayang abang Mawardah, benar kata ayahmu sakitmu sudah pun mula hadir. Malah abang turut berjangkit penyakit itu. Alangkah dalamnya kata ayah mawar dulu. Kata-kata yang dia ucap adalah untuk melihat kesungguhan hati abang dalam menerimamu. Bukan untuk menakutkan abang. Sudah lama abang menyiapkan hati abang untuk menerima dirimu seadanya. Abang akan sentiasa berada disisi mu Mawardah. Dalam keadaan apa jua fizikalmu.
Sakit tua ini tak dapat kita elak. Rupanya inilah yang tersirat di balik ucapan ayah mawar. Dia ingin abang sentiasa berada di sisi mawar padahal abang sendiri bakal menghadapainya. Tapi hikmahnya adalah kita saling tolong menolong untuk menampung kekurangan ini.
Mawar, hari ini abang resah menanti mawar, mawar bukan terlewat pulang. Tapi abang yang risau tak menentu. Tapi benarkan. Rupanya mawar memang tak dapat pulang awal. Ketika abang sampai mawar mengadu lutut mawar sakit tak dapat berjalan. Penyakit yang ayah mawar sebut dulu sedikit demi sedikit hadir. Tapi ia bukan kerana penyakit yang terjadi tiba-tiba tapi kerana usia kita yang semakintua. Malah abang sendiri ada penyakit lupa, abang lupa membawa motor malah telefon juga abang tertinggal.
Pelupa betul abang. Petang itu sama-samalah kita bergurau senda bercerita tentang usia. Tentang lutut mawar yang tidak segah dulu dan tentang ingatan tua abang yang kian melemah. Tapi tak mengapa, jika mawar sakit abang boleh pimpinkan, jika abang lupa mawar tolong ingatkan ya?
Mawar, di antara kekurangan yang ada dalam usia yang makin menjengah dinihari. Bersyukur pada Allah dia memberi kita cahaya mata dan permata yang tak ternilai. Disaat kita yang sudah senja ini. Dua permata kita ada hadir untuk memenuhi kebutuhan kita. Petang itu Huzaifah datang membawa kita pulang dengan kenderaan padahal dulu, abang yang sentiasa memboncengnya di belakang motor buruk abang.
Sampai di rumah Husna pula menyambut kita di muka pintu, melihat wajahnya pasti dia resah menunggu kitakan? Terasa abang dapat melihat wajah mawar terbias di wajah Husna. Mawar abang yang sentiasa menyambut abang di muka pintu. Menanti dan menunggu anak-anaknya pulang dari sekolah. Jika kami terlewat pasti ada soal dari mawar, kenapa lewat? Apa yang terjadi? Tidak ada apa-apakan?
Adakah mawar tahu? Abang sengaja melewatkan masa lima minit atau sepuluh minit. Abang suka melihat rona wajah mawar. Mata yang redup. Dan mulutnya mungil yang bertanya itu dan ini.
Sekarang ia sudah berganti. Alangkah bahagianya kita mawar. Mempunyai anugerah Allah yang tak ternilai ini. Semoga mereka sentiasa menjadi anak yang soleh dan solehah. Dan manusia yang beriman dan bertaqwa.
Air mata Husna menitik lagi membaca tulisan abinya. Diselak lagi halaman seterusnya.
Tarikh pertemuan Haikal dan abinya. Husna tahu benar tarikh itu. kerana hari itu juga abi menyatakan persetujuannya pada Husna.
18 hb 6 2011
Kali pertama dalam hidup abang bertemu dengan pemuda yang telah merebut hati anak perempauan kita. Mawar tahu? abang pula yang berdebar-debar. Padahal abang yang hendak interview bakal menantu kita ni.
Melihat wajah bersih anak muda itu yang tenang mengadap abang. Teringat pula, abang juga pernah berada di tempatnya duhulu, ketika ingin menyunting mawar buat abang. Kalut yang disembunyi sendiri. Ketakutan yang cuba dihapuskan. Abang nampak keringat yang mengalir pada wajah Haikal haqimi ini. Agaknya begitukah rupa abang dulu?
Tidak banyak yang abang bualkan. Hanya tiga perkara yang abang aju. Abang lakukan apa yang dilakukan ayah mawar. Rasanya ketika itu, hati abang sudah tertarik. Pemuda ini bakal menjadi imam pada anakku. Pemuda ini yang bakal melindungi bunga yang kita belai selama ini. Mawar, mampukah dia membelai dan menyemai sebagaimana kita menjaga permata kita itu?
Tiga persoalan yang pernah ayah mawar ajukan pada abang, hari ini abang ulang di hadapannya. Dia terdiam lama sebagaimana abang dulu. Mungkin terkejut dengan berita yang baru dia dengar. Akan berganjakkah hatinya pada bunga kita itu? apakah abang telah bersalah menyebabkan dia berundur diri? Lama sekali dia menekur diri, adakah perasaan ayah mawar dulu juga seperti abang? Adakah abang telah terlanjur bicara? Semuanya bersatu.
Mawar, dulu abang menyatakan pada ayah mawar siap untuk menerima mawar. Tapi apakah mawar tahu yang membuatkan ayah mawar menerima abang seadanya? Sebagaimana abang menerima pemuda ini menyunting bunga kita?
Haikal Haqimi telah menjawab dengan yakin. ‘Pak cik, terus terang saya terkejut, jika benar Husna yang ingin saya sunting mempunyai kekurangan dan penyakit. Tapi insyaallah saya redha menerimanya’. Riak Haikal seperti abang dulu. Tapi hati abang terpaut padanya kerana dia mengucapkan kata-kata yang pernah abang ucapkan pada ayah mawar.
‘Pak cik saya menerimanya dengan ikhlas hati dan dari awal lagi adalah kerana agamanya. Saya tidak pernah mengenalinya, tapi saya terpaut hati ketika mendengar dia mengajar anak-anak kampung belajar al-Quran di surau, selepas itu pula saya mendapat tahu ia adalah anak perempuan pak cik, saya pernah bertemu sekali dengannya. Ketika dia hadir dalam majlis ta’lim yang diadakan di surau ini. Insyaallah pak cik, permata hati pakcik ini akan saya jaga dan membimbingnya dengan ikhlas hati saya. Akan saya teraju dan menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kami.’
Tidak disangka apa yang berlaku pada abang turut berlaku padanya. Mungkin dia pernah bertembung ketika Husna menggantikan mawar mengajar. Mawar, abang harap keputusan abang ini betul. Demi masa depan permata kita ini.
Husna memeluk diari hitam ini dengan kemas. Husna sayang abi. Di layan perasaan yang hadir. Kesedihan mula menjalar. Dia sedar selepas hari esok hidupnya akan berubah. Air matanya masih setia mengalir.
Sosok tubuh tua abi kelihatan di ruang tamu “Abi, Husna tak nak kawin,” tubuh tua itu didakap.
“Ha? Husna kamu jangan main-main nak. Besok kamu nak kawin,” Luqman menyentuh bahu anak gadisnya.
“Tak nak, Husna tak nak,”
“Ah, sudah!” Luqman mati akal. Bicara Husna tadi sudah didengari jiran yang masih ada.
“Abi, Husna nak tinggal dengan abi,”
“Husna, Husna sayang,” kedengaran suara umminya memanggil lembut. Bahunya digoncang perlahan.
Husna membuka kelopak mata memandang wajah ummi, “Ummi, Husna tak nak kawin,”
“Hah? Apa yang Husna mengarut ni sayang? Husna mengigau ya?” Soal Mawardah. Terkejut dia mendengar kata anak perempauannya sebentar tadi. “Sudahlah mimpinya sayang. Dah subuh, lagi beberapa jam majlis akad nikah kamu nak mula.”
Mengigau? Subuh? Husna terpinga-pinga, bila dia tidur? Jam yang ada di pergelangan tangannya dipandang.
“Ha! Pukul 6?” dipandang wajah ummi yang masih setia di sisinya.
“Ummi, Husna tak nak kawin. Husna, nak duduk lagi dengan ummi dengan abi,” dia merengek-rengek. Lain benar sifatnya sekarang makin kuat merauk dan menjadi-jadi manjanya.
Mawardah mengusap kepala Husna, kebiasaan Luqman ketika berbicara dengan anak-anaknya itu turut berjangkit kepada Mawardah.
“Kenapa ni sayang, bakal suami kamu lagi 3 jam akan sampai,”
“Husna tak mahu tinggalkan ummi dengan abi,” ujar Husna perlahan. Mawardah tersenyum.
“Husna tahu tak, dulu masa hari perkahwianan ummi dengan abi, ummi juga menangis macam Husna sekarang.” Husna memandang wajah umminya. Rupanya ummi turut ada rahsia di hatinya. Mawardah tersenyum sendiri mengingatkan hari itu kalut ayahnya memujuk.
“Sudahlah, kenapa kamu takut, kamu tetap anak ummi dan abi, hanya selepas ini kamu perlu lebih berusaha dan menyesuaikan diri dengan perkara baru, jangan cepat melatah sayang.”
“Ummi yakin bakal suami anak ummi akan menyayangi anak ummi, seperti abi dan ummi menyayangi kamu,”
“Husna tahu? Ummi sayang abi, sayang sepenuh hati, dia menerima dengan ikhlas sekalipun jika ummi ada cacat celanya,” tangan Mawardah mencapai diari hitam yang terdampar di birai katil. “Haikal juga telah menerima Husna, jadi sekarang Husnalah yang akan membuatkan dia bangga memilih Husna sebagai suri hidupnya” sambung ummi sambil meletakkan diari itu di tangan Husna.
Husna menyeka air matanya. Dia menarik nafas perlahan. Tangannya kembali memeluk ummi dengan erat.
“Maafkan Husna,”
“Sudahlah, pergi solat subuh, nanti lambat pula bersiap,”
Husna mengangguk, tanpa mereka sedari ada yang sedang menonton mereka.
“Hurmm, sudahlah tu dah nak jadi isteri orang dah,” Luqman menyakat anak gadisnya.
Husna menarik muka mendengar usikan abinya.
“Sebijik macam muka umminya, bangun je pagi-pagi cakap tak nak kawin,” Terkekeh Luqman ketawa.
“Amboi mengata orang,” Balas Mawardah siap dengan jelingan mata.
“Ish mawar abang ni, abang nak usik anak kita tu,”
Huzaifah turut mengintai-ngintai di belakang abinya.
“Jangan tak jadi Husna, kasihan bakal suami kamu, pengantinnya merajuk pagi pernikahan, tak nak kawin, abi tak mengapa, abi dah kawin dengan ummi kamu,” Luqman masih galak menyakat.
“Abi ni,” air mata Husna berjurai lagi. Hatinya mudah benar tersentuh.
“Abang, sudahlah tu,” Mawardah menarik tangan suaminya keluar dari bilik Husna. Dibiarkan gadis itu memujuk perasaan sendiri.
******************************
“Kak Husna, pengantin lelaki nak masuk sarung cincin tu.” Sofea, sepupunya memberitahu. Husna menati dengan debar.
Tiba-tiba terdengar suara abinya hampir di pintu bilik yang masih tertutup.
“kamu tak tahu ke? Pengantin lari waktu baca doa tadi?”
“ha? Hah?” gamat suara di luar.
Husna turut terping-pinga. Pengantin lari? Siapa yang lari? Aku elok je ada kat sini? Haikal lari ke? Perasaannya bercampur baur sebak di dada ditahan sekuat mungkin.
Pintu bilik ditolak agak kasar, hampir tersungkur sofea yang turut mahu membuka pintu.
Wajah pertama yang muncul adalah wajah Haikal. Air mata Husna gugur. Entah apa perasaannya sebenar ketika itu.
“Astaghfirullahal’azim, kamu Luqman, main-mainkan anak aku,” tergeleng kepala Hisyam, ayah kepada Haikal.
“Haikal, maafkan abi kamu ni, dia nak balas dendam kot, dulu masa ummi kawin, arwah ayah ummi pun usik dia macam ni, jangan ambil hati ya,” Mawardah mengusap bahu pemuda yang sudah menjadi menantunya itu. Luqman hanya tersengih dapat mengenakan menantunya, tangannya mengusap-ngusap lengannya yang terasa bisa dan berbekas kerana hadiah cubitan daripada Mawardah tadi. Tapi dalam hatinya memanjat syukur. Semuanya berakhir dengan selamat.
Haikal hanya tersenyum sumbing, cincin yang dihulur disambut dan disarungkan ke jari Husna, sekarang bukan hanya Husna, malah dia sendiri turut menagis. Basah tangannya ketika dicium Husna, begitu juga wajah Husna yang dititik air mata Haikal.
Huzaifah memandang wajah abinya.
“Abi, nanti Huzaifah kawin janganlah abi usik macam ni. kasihan, nanti Huzaifah tak jadi kawin,”
“Ish, anak lelaki abi kalau nak kawin, lain pula ceritanya, tak begitu umminya?” Luqman mengenyitkan matanya kepada Mawardah.
Mawardah hanya tersenyum, tahu yang suaminya hanya mengusik Huzaifah. Anak terunanya dah mula pucat wajahnya.
Luqman hanya ketawa kecil ditepuk bahu Huzaifah berkali-kali. Pandangannya dialihkan kepada Husna, melihat senyum Husna sekarang terasa dia sudah membuat keputusan yang benar.
‘Selamat pengantin baru anakku, setialah engkau untuk mengunjungi kami selalu sayangku, hari-hari tanpa kamu puteriku, pasti lain suasananya,’ hati Luqman berbicara sendiri.
Husna memandang wajah abinya. Dia melihat mata abinya bergenang dengan mutiara jernih yang akhirnya luruh. Umminya cepat-cepat menghulurkan hujung kain tudungnya, mengesat air mata suaminya.
Kedua suami isteri itu memandang wajah anak perempuan yang sudahpun beralih tanggungjawab kepada suaminya untuk menjadi penongkat dan penaung hidup, semoga bahtera itu sentiasa menuju ke dalam redha Allah. Itu harapan mereka.
“Husna sayang abi dan ummi, Husna berdoa, agar perkahwinan Husna juga sebahagia hati ummi dan abi yang dapat memiliki antara satu sama lain,’ Husna berbicara sendiri.

terime kasih sudi baca.. dan sudi-sudi la komen..

Monday 5 November 2012

Abang, anak teruna kita di pinang?


Sebuah kereta Myvi putih meluncur laju membelah jalan, pemanduannya lancar kerana keadaan jalan kampung Hj. Misai yang lengang. Di kiri kanan jalan terdapat petak sawah padi menghijau indah dan tenang. Sebaik tiba di sebuah warung kecil. Myvi putih itu berhenti di suatu sudut yang lapang. Suasana warung masih lengang kerana waktu rehat tengah hari bagi pekerja belum bermula, masih ada setengah jam.
Pemandunya turun menuju ke warung, sambil mengintai-ngintai tuan warung dia membuat pesanan. “Mak Sue, fresh oren satu,”
Beberapa minit kemudian, Mak Sue Khalidah ataupun lebih mesra dipanggil Mak Sue datang membawa segelas air yang jernih warnanya, sambil mengomel. “Hishh! kamu ni Syifa’,Mak Sue ingat siapalah tadi pesan fresh oren, gatal nak jadi orang bandar. Ni, air limau nipis kesukaan kamu.”
Syifa’ hanya tersengih mendengar kata-kata Mak Sue KHalidah, diterima air yang dihulurkan dan dihirup perlahan air limau nipis dingin itu, terasa segar kerongkongnya.
“Awal kamu balik hari ni, Syifa’,” Mak Sue melabuhkan punggungnya ke kerusi di sebelah Syifa’.
“Hari ini kelas Syifa’ satu aja kebetulan pula tak ada aktiviti kokurikulum, jadi Syifa’ balik awal sikit, lagipun time macam ni baru Syifa’ boleh lepak di warung Mak Sue…”
“Hmm… iyalah kamu tu. Kalau ada pelanggan lelaki di warung Mak Sue ni tak ada kamu nak berhenti ya. Apa yang kamu takut sangat dengan budak lelaki ni?”
“Mak Sue ni, Syifa’ bukan apa, entahlah Mak Sue, lagipun yang lepak dekat warung Mak Sue ni kebanyakannya orang-orang luar kampung luar, entah dari mana datangnya, Mak Sue tak takut ke?” dia cuba mengalih topik.
“Hmm… pandailah kamu nak mengalih topik, buat apa aku ni nak takut. Pelanggan Mak Sue ni memang pemuda luar sebab diorang kerja sini,” ujar Mak Sue Khalidah,wanita tua itu berdiri kemudian menyambung. “Ha ni, Mak Sue nak tunjuk sikit,Mak Sue laung je dari sini ‘hei encik polis tolong tolong aku kena rompak’,” Mak Sue Khalidah menjerit siap membuat aksi dan gaya melambai-lambaikan tangan.
Terkejut Syifa’ dengan aksi spontan Mak Sue khalidah “Mak Sue… duduk Mak Sue…” terkapai-kapai tangan Syifa’ menarik tangan Mak Sue khalidah dari terus melambai-lambai ke arah balai polis yang sememangnya dekat, hanya di seberang jalan.
Waktu itu kelihatan beberapa anggota polis menoleh ke arah mereka sambil tersengih, seorang polis yang mungkin berpangkat leftenan menegur dari jauh.
“Mak Sue, buat demo ke?” soal polis muda itu.
“Iya encik, ni anak saudara Mak Sue ni bimbang sangat dengan Mak Sue, Mak Sue buatlah demo sikit depan dia,”
Kepala Nurul Syifa Halijah tergeleng-geleng malu. “padan muka aku, nak lari dari menjawab soalan, benda lain pula yang dapat. Boleh pula aku lupa ada balai polis depan nih” desis hatinya.
“Mak Sue duduklah! Syifa’ kalah, dahlah tu malulah, Mak Sue ni…”
“Hihihihih…” Mak Sue hanya ketawa, diikuti Syifa’ yang hanya tersenyum manis. Lucu ada, malu pun dia dapat dengan perangai Mak Suenya nan sorang.
Melihat kelibat sederet lelaki berseragam biru menghampiri warung Mak Sue khalidah, Syifa’ cepat-cepat minta diri, mahu balik masak katanya. “dah lama abah minta buatkan sambal udang petai Mak Sue, dah hari ni Syifa’ balik awal sempatlah masakkan,”
“Hmm… iyalah. Mak Sue faham, kamu tu nak lari diri je… waktu rehat pekerja dah mulakan,” ujar Mak Sue khalidah sambil bangun masuk ke warung, bersiap-sedia menanti pesanan dari pelanggan yang akan makan di warungnya.
Nurul Syifa’ Halijah hanya tersenyum mendengar perlian Mak Sue. Dia memang tak betah untuk duduk di warung Mak Sue waktu pelanggan ramai, segan dan malu yang menebal dalam diri akan timbul. lagipula apa faedahnya dia berlama-lama di situ, Mak Sue sibuk melayan pelanggan dan syifa’ sendiri masa janji temu dengan insan tersayang sudah sedikit terlewat.
“kena ketuk ketampilah dengan abah kali, terlambat balik,” Desis hatinya. Langkahnya dipercepatkan menuju ke kenderaan.
“Mak Sue, tadi anak saudara Mak Sue ke?”
“Ha’aa, kamu berkenan ke? ” Mak Sue khalidah mengusik polis muda yang bertanya tadi, tersipu-sipu pemuda itu.
Di sudut meja lain seorang pemuda tekun memerhati kereta myvi putih itu meluncur pergi bersama pemiliknya hingga hilang daripada pandangan, dengan tatapan mata yang redup ada senyum simpul di raut wajah itu.
**********************************************
Syifa’ mengeemas barang-barang yang akan dia bawa pulang, hari ini kelas mengajarnya sampai petang. Tangannya yang lincah berkemas tadi terhenti. Dia merasakan debaran yang kuat, pegang itu tak kena susun ini pun tak jadi.
“Kenapa aku ni, berdebar semacam je,” dia duduk kembali atas kerusi sambil berfkir apa yang dia buat hari ini. Puas berfikir, Syifa’ beristighfar dalam hati. Cuba dilupakan perasaan yang tak menentu yang dia rasa. Selesai berkemas dia keluar dari bilik guru dengan langkah yang laju. Sebaik dia keluar dari muka pintu, yang pertama menyambutnya diluar adalah titisan hujan lembut yang menimpa wajahnya.
Tangan kanannya menadah titisan air yang turun, leka dia dalam bilik guru hingga tak sedar bila hujan turun. Senyum Syifa’ mekar terasa perasaan gundah sebentar tadi hilang dititis air hujan.
Hujan gerimis yang turun itu tetap membasahi bumi, Syifa’ menumpangkan dua anak muridnya pulang bersama.
“Tak menyusahkan cikgu?”
“Tak adalah sue, naiklah, mana kembar kamu Hakimi? ajaklah” beria Syifa’ mengajak, berbuat baik pada anak murid sendiri apa salahnya.
“Lagipun kita sehaluankan,” ujar Syifa’ pada suhana yang berada di tempat duduk penumpang sebelahnya, dan Hakimi di belakang. Kedua pelajar itu hanya tersenyum senang dan mengucapkan terima kasih.
Syifa’ memandu keretanya perlahan, di tepi simpang jalan di hadapannya sebuah kereta tersadai dengan lampu kecemasan terpasang. Syifa’ memperlahankan keretanya dan berhenti bersebelahan kereta yang tersadai.
Hakimi menghulurkan kepalanya untuk bertanya “Kenapa abang, kereta rosak ke?”
“Iya, kereta abang rosak. Adik tahu tak mana abang boleh dapatkan mekanik terdekat?”
“Owh sebentar ya,” Hakimi memndang Syifa’ melalui cermin pandang belakang “cikgu tahu mekanik terdekat?” soalnya.
Syifa’ mencapai sony miliknya sambil mencari-cari sesuatu. “Rasanya cikgu ada simpan nombor pak Abu mekanik hujung kampung, sekejap cikgu talifon,” ujarnya perlahan.
Hakimi menjengukkan kepalanya kembali ke arah luar tingkap, hujan yang turun renyai-renyai menimpa kepalanya. “Tunggu sekejap ya bang, cikgu saya talifon mekanik.”
Pemuda itu hanya mengangguk, ekor matanya melirik ke arah wanita bertudung pink yang dipanggil cikgu itu sedang bercakap ditalifon. Beberapa minit kemudian cermin tingkap di bahagian wanita itu kelihtan diturunkan.
Sebelah tangan wanita itu memegang sesuatu dan dihulurkan kepadanya.“Ini kad mekanik, saya dah talifon, tapi kalau belum datang encik talifon nombor tu,” ujar Syifa’ datar tanpa memandang wajah pemuda itu. Sebaik sahaja kad bertukar tangan, Syifa’ terus memasukkan gear satu dan berlalu tanpa sempat pemuda itu membuka mulut untuk mengucapkan terima kasih.
Kad mekanik yang ada di tangannya direnung seolah itu kad wanita tadi, dia terfikir sesuatu. “Macam pernah kenal, mana pernah jumpa ya?”
“Hish! Aku ni mengingat yang bukan-bukan,” Adam menggelengkan kepalanya dipandang kereta protonnya yang tersadai entah berapa lama sehingga wanita yang dipanggil cikgu dan anak-anak muridnya berhenti untuk menolong.
*************************************
Sesekali mengunjungi kedai buku Gramedia. Syifa’ memang boleh hilang dalam duninya, dunia buku, dibelek ke sana ke mari dari sebuah rak ke rak yang lain. Meneliti dan melihat apa yang berkenan di hati yang membuatkan dia tak mahu pulang kerana semua buku ingin dia teroka dan beli.
Syifa’ datang bertiga bersama hani dan sarah tapi keduanya dah hilang menjelajah butik baju dan beg. Syifa’ pula terpandang sahaja kelibat rak buku, matanya dah tak nampak yang lain selain kedai buku. Leka sekali Syifa’ menatap buku, tanpa sedar dia mencapai buku-buku yang terkeluar dari rak buku, dibelek dan diteliti dia berkenan hendak membeli sebuah buku terjemahan Fathul Gharib. Laju kakinya berjalan ke kaunter.
Seorang pemuda yang sedang duduk mencangkung untuk mengambil buku di rak bahagian bawah bangun, tangannya ingin mencapai buku terjemahan Fathul Gharib yang di letakkan selang beberapa rak di atas untuk di bayar.
“Hah! Hilang?” Adam mengintai-ngintai di celah- celah buku. “Kan dah letak kat luar ni? Mana pulak?” dia tertanya-tanya.
Telinganya menangkap satu suara bertanyakan buku terjemahan Fathul Gharib yang berjilid. Dia menghampiri dari belakang. “Aduh! dengan cikgu ni rupanya,” Adam menggosok-gosok belakang kepalanya.
“Minta balik, tidak? Minta balik. Malulah pulak. Tak payah mintak, aduss,” perlahan-lahan Adam menghampiri kaunter sebelah. Matanya masih menjeling buku di tangan wanita di kaunter sebelahnya. Kebetulan buku itu hanya tinggal satu terjemahan Fathul Gharib yang tidak berjilid. Hendak membeli terjemahan Fathul Gharib yang berjilid juga sudah habis stok.
Adam membayar dua buah buku yang dia ambil. Dibiarkan Syifa’ membayar buku terjemahan Fathul Gharib itu, tapi matanya masih menjeling ke arah kitab berkulit kuning tebal itu.
Malihat langkah Syifa’ yang tergesa-gesa Adam turut mempercepatkan langkahnya “Cikgu …”
Syifa’ berhenti melangkah, dia menoleh ke arah suara yang terasa hampir di belakangnya. Dia memandang sekilas wajah pemuda di hadapannya sebelum menunduk.
“mm… saya… er… saya nak ucapkan terima kasih. Hari itu, cikgu yang tolong saya talifon mekanik,” ujar Adam tersekat-sekat memandang wajah cikgu di hadapannya yang kaku tanpa reaksi.
Syifa’ kelihatan berfikir. Kemudian berkata “owh ya. Maaf saya tak cam awak,”
“tak apa. Saya pun cuma nak ucapkan terima kasih.”
Syifa’ hanya mengangguk-angguk kepalanya. “sama-sama,” Terasa janggal bercakap dengan lelaki yang tak dikenali.
Bunyi talifon Syifa’ membuai suasana dingin.
“maaf, saya nak cepat kawan saya dah tunggu,” Syifa’ melangkah pergi tanpa mempamerkan apa –apa reaksi di wajahnya.
Adam pula hanya tersenyum dan turut melangkah pergi.
*********************************************
Adam sudah merisik khabar, maksue khalidah yang berjualan warung makan di simpang berhampiran dengan balai polis itu emak saudara pada cikgu yang menolongnya hari itu, dan dari Mak Sue itu dia tahu nama Syifa’ yang lebih dikenali dengan nama ‘cikgu Syifa’ ‘.
Hari itu pula kebetulan dia bertembung dengan Hakimi, pelajar yang bersama Syifa’ hari itu.
“Hakimi, tolong abang sampaikan surat ni kepada cikgu Syifa’ ya? Hari tu abang tak sempat nak ucap terima kasih pada kamu dan cikgu sebab tolong abang,”
Hakimi hanya menurut, bibirnya tak lekang dengan senyum.
“Apa yang kamu senyum, Hakimi? Abang nak jumpa cikgu sebab nak pinjam buku,” ujar Adam.
“Tak ada, Hakimi tak cakap apa,” Hakimi menjawab sambil kepalanya tergeleng laju.
“Bila UPSR?”
“Akhir tahun nanti,”
“Buat elok-elok, biar cikgu-cikgu Hakimi bangga,” Adam menggosok-gosok kepala Hakimi yang dari tadi hanya tersengih.
Dua hari kemudian Adam mendapat balasan surat, tapi dia tak senang duduk teringatkan isi kandungan yang ringkas dari Syifa’.
“Jumpa saya petang esok di tempat kereta awak rosak”
“apasal pulak nak jumpa kat tempat sunyi macam tu? Kan aku dah tulis nak berjumpa dia kat Gramedia,”
“Pergi tidak? Pergi? Tak pergi, hisshh!” pening Adam. Kelmarin dia minta nombor dengan Hakimi tapi pelajar itu tidak tahu. Minta dengan Mak Sue? Sebab-sebab dia membuat keputusan untuk menggunakan surat adalah setelah cuba meminta nombor Syifa’ daripada Mak Sue. Teringat Adam mula-mula dia bertanyakan tentang Syifa’.
“Anak ni minat Syifa’ ke? Ishh! Berkenan juga Mak Sue tengok anak ni. Nak masuk meminang ke? Tak payah minta nombor talifonlah Mak Sue pergi hantar je anak terus ke rumahnya, mahu?”
Adam yang mendengar kata-kata yang terbit dari mulut wanita separuh abad itu ternganga, memang dia terkejut dengan ucapan wanita di hadapannya.
“Issh! Terkejut apa pulak. Mak Sue tak kisah. Abah Syifa’ kalau tengok anak ni memang berkenan nak buat menantu. Dah lama teringin nak bermenantu,”
Adam mengatup mulutnya dia memang ternganga tanpa sedar. Adam membetulkan duduknya.
“Mak Sue, saya…”
“Hmm… tak payah segan-segan dengan Mak Sue. Tapi Mak Sue ada kerja lagi di warung ni. Mmm….”
“Mak su, tak apalah, saya tak boleh lama-lama ni.” Cepat-cepat Adam memotong. “lagipun tak ada hal penting saya nak jumpa, nantilah mungkin esok saya ke sekolah dia. Saya Cuma nak jumpa ucap terima kasih, lepas tu niat nak pinjam buku dengan cikgu Syifa’,”
Mak Sue hanya tersengih melihat pemuda itu kalut.
Pergi sekolah? itu satu lagi masalah, dia tidak tahu sekolah Syifa’ mengajar. Untuk bertanya dia memang ‘serik’.
Esoknya, Adam membiarkan surat itu tak berbalas dan dia juga tak ketempat yang diminta seperti dalam surat Syifa’ sebaliknya tetap ke Gramedia.
Khusyu’ dia membaca buku-buku yang ada, sedang dia leka bunyi dehem di belakangnya membuat Adam berhenti membaca, dia menoleh.
“Cikgu Syifa’,”
Wanita di hadapannya mengangkat buku terjemahan Fathul Gharib, dihulurkan ke arahnya.
“Awak cakap nak pinjam buku ni?” soal Syifa’ tanpa berbasa-basi.
“Iya…” Adam menyambut buku di tangan guru itu.
“Tak ada apa lagi saya nak balik dulu,”
Adam membelek-belek kandnungan isi di dalam buku itu. “Mana saya nak…” Adam terdiam.
“dah hilang dah cikgu ni?”
***************************************************************
Seminggu berlalu, Adam pulang ke kampung Hj Misai itu lagi. Dan seperti biasa dia akan berhenti untuk minum di warung Mak Sue khalidah. Wanita itu hanya tersenyum menyambutnya, dilayan seperti pelanggan biasa. Lega hati Adam.
Buku terjemahan Fathul Gharib masih berada di tangannya.
“Syifa’ tak ada, dia pergi kursus seminggu lalu. Mak Sue pun tak tahu bila dia habis kursus.” Mak Sue khalidah menolak untuk menyampaikan buku yang dipinjam.
“Adam bagi sendirilah. Mak Sue ni bukan apa, takut Mak Sue lupa. Dia pun jarang datang warung Mak Sue. Mak Sue pula sibuk.”
“Baiklah macam tu Mak Sue. Boleh saya nak minta nombor talifon Syifa’?”
Mak Sue khalidah masuk ke dapur mencari-cari talipon. “Adam, Mak Sue lupa bawa talifon, kalau nombornya Mak Sue memang lupa.”
Adam menggaru kepalanya yang tak gatal. “Kalau macam tu tak apalah, Mak Sue. Mungkin saya boleh jumpa dia di tempat saya pinjam buku ni,”
“Eh! Kamu nak alamat rumah dia? Mak Sue boleh bagi,”
Adam tersengih mendengar saran Mak Sue khalidah.
“Tak apalah Mak Sue, nanti sesat pula saya mencari, saya ni bukan asal kampung ni.”
“Hmm iyalah encik Adam, kalau nak alamat rumah Syifa’ jangan segan-segan mintak dengan Mak Sue,”
Mak Sue khalidah mnyambung usikannya. Senang dia melihat perwatakan pemuda itu, setiap kali datang minum ke warungnya selalu segak dengan kemeja lengan panjang, berseluar dan berkasut hitam.
“Hai Mak Sue, dah berkenan dengan peguam muda tu ke?” tegur seorang pegawai polis yang turut berada di warungnya.
“peguam? Memang berkenanlah, berkenan nak buat menantu…” balas Mak Sue khalidah dengan senang.
******************************************************
Dua keping surat yang diterima daripada Syifa’ di belek-belek dan di ulang baca isinya. Pening dia berfikir tentang isi kandungan surat itu.
Surat pertama yang Adam terima dia sudah abaikan dan semua dah berlalu. Seperti yang dia ingat, pertama kali surat yang Syifa’ balas mengajaknya bertemu di tempat keretanya rosak.
“entah-entah dia pergi macam tu je hari tu sebab marah,” teka Adam.
“Isshh! Tak mungkin,” desis hati kecilnya.
Surat kedua yang baru dia terima kelmarin lebih mengejutkannya. “kat depan aku bukan main lagi tak pandang muka bercakap . Dalam surat okey pulak, siap berpuitis lagi,”
Entah berapa kali dia mengulang baca surat itu.
Sekali bertemu dibuka peluang kedua, datangnya rezeki pertemuan kali kedua sebagai isyarat yang belum di fahami, dan yang seterusnya adalah untuk membuka hijab perkenalan. Tapi jangan teruskan pertemuan demi pertemuan ini, selain kata antara dua insan, lelaki dan pertemuan itu demi sebuah perhubungan.
Syariat dituntut bertaut adat
Adat melayu sopan berbahasa
Orang tua ada datanglah beradat
Maka Sopan dan syariat di berlakukan.
Ikutkanlah berani jangan dibiar lepas.
Surat bersampul biru itu dilipat kembali.
Buku terjemahan Fathul Gharib masih di tangan Adam, terbantut niat Adam untuk ke Gramedia, mencuba nasib untuk bertemu Syifa’ di sana, bila Hakimi datang menyerahkan surat itu ke rumah sewanya.
Dua hari tiga hari berlalu. Adam mula sibuk dengan kerjanya. Menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan di hadapan wakil kampung Hj. Misai. Selaku peguam yang diamanahkan untuk menerangkan kepada orang kampung, mengenai perkhidmatan peguam, cara membuat tuntutan yang betul dan memberi penerangan tentang atur gerak kerja peguam.
Hilang sejenak fikirannya dari memikirkan isi surat Syifa’. Kelmarin mereka bertembung di Gramedia tapi Syifa’ seperti kebiasaannya tak menghiraukan orang sekeliling bila matanya sudah berhadapan buku, tenggelam dalam bacaannya.
Hari ini Adam ke Gramedia dengan harapan dia dapat bertemu Syifa’ untuk memulangkan buku yang di pinkamnya.
Dan harapannya terkabul. “cikgu Syifa’,”
Syifa’ mendongak. “Oh encik,” Syifa’ mengukir senyum. Syifa’ merasa agak berani, perasaan janggal dan malu sudah mula hilang bila bertemu pemuda dihadapannya. Mungkin sebab sudah beberapa kali mereka bertemu walau tak lebih dari lima minit.
Adam terpana.
Melihat pemuda di hadapannya seperti termenung.“encik...” Syifa’ memanggil beberapa kali sambil buku di tangannya di goyang-goyangkan.
Adam tersedar. “er… maaf, saya nak pulangkan buku cikgu Syifa’ ni, dan panggil saya Adam,”
“Adam,” sebutan itu hanya terbit dari hati Syifa’.
“Terima kasih, cikgu Syifa’ sudi pinjamkan saya buku ni.” Ujar Adam.
“Sama-sama… maaf, hari tu Hakimi beritahu saya yang encik adam nak pinjam buku ni dah petang, kebetulan pula petang itu saya bertolak untuk kursus, maaf saya tinggal encik adam macam tu saja ”
Hari ini Adam melihat Syifa’ beralainan sudah pandai mengukir senyum walaupun tipis. Mendengar patah kata Syifa’ membuat Adam leka.
Syifa’ mula rimas bila di perhatikan. “Ehem!”
Adam tersedar. “ Maaf saya nak balik dululah cikgu terima kasih sekali lagi,”
Syifa’ hanya mengangguk kecil.
*******************************************
“Walid nak jumpa kawan baik walid? Siapa namanya? Mana tahu Adam kenal?” Adam menghampiri walidnya yang sedang berehat di ruang tamu rumah sewanya. Terkejut juga Adam bila ummi dan walidnya muncul di depan rumah sewanya kelmarin. Rupanya memang ada niat.
“Saja nak buat kejutan untuk anak teruna ummi” jawab ummi bila dia mengajukan soalan mereka datang tidak memberitahunya.
Hj. Idris memandang anaknya, akhbar yang dipegang di letakkan atas meja. “Hj . Ishak. Adam kenal?” ujarnya.
Adam berfikir sejenak dia memang belum mengenali rata-rata penduduk di kampung ini.
“Tak tahulah walid, nanti Adam cuba tanya penduduk kampung sini. Mana tahu ada yang kenal”
“Iyalah,” Hj. Idris kembali menatap akhbarnya.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumusslam”. Adam menjenguk keluar bila mendengar suara yang dikenalinya memberi salam.
“Hakimi, mari naik,”
“Tak apalah bang, Hakimi datang nak bagi surat ni.” Hakimi menghulurkan surat bersampul biru kepada Adam, kakinya cepat saja ingin melangkah sebelum ditahan Adam.
“Hakimi, surat dari cikgu ke?” soal Adam perlahan takut di dengar walidnya. Nanti apa pula kata walidnya, datang berkerja atau bercinta?
“Ha’aah, dari cikgu”
“Surat-surat yang sebelum ni memang dari cikgu jugak?” Adam masih belum berpuas hati
Hati Hakimi digaru hairan. “iyalah dari cikgu. Takkan dari abah cikgu pulak,” seloroh Hakimi.
Melihat muka Adam yang belum berpuas hati Hakimi menambah.”tapi Hakimi biasa ambil surat ni kat peti pos rumah cikgu, sebab memang biasa cikgu tinggalkan surat-surat dia kat situ. Jadi Hakimi ambil saja dari situ,”
“baiklah, terima kasih dah susah bawakan abang surat ni.”
“Sama-sama abang Adam, Hakimi pergi dulu,” Hakimi berlari-lari anak menuju ke basikal yang ditunggangnya, dengan sekejap Hakimi hilang dari pandangan mata Adam.
Adam melepaskan satu keluhan, hatinya berdebar. Mengingatkan surat terakhir yang dia terima. Dia terfikir apa pula isi surat kali ini.
Tangannya pantas membuka sampul biru itu, matanya tertancap pada bait kata ringkas yang menjadi isi surat itu.
“Hahhh!”
Hj. Ishak yang mendengar suara Hakimi yang kedengaran seperti orang terkejut, tergopoh-gapah bangun dan menuruni anak tangga menuju kearah anak terunanya yang kelihatan kaku di anak tangga paling bawah. Ditangan anaknya terselit sekeping kertas.
“kenapa Adam?” soalan Hj. Ishak di biar sepi.
“Adam, kenapa? Terkejut ummi,” Jamilah datang dari arah dapaur.
Adam mendongak kepalanya memandang ummi dan walidnya silih berganti.
“ummi, walid, boleh ke orang perempuan meminang lelaki?” soalnya bodoh.
Hj. Ishak dan Jamilah yang mendengar soalan dari anak teruna mereka saling memandang.
“Apa jenis soalan, Adam ni,” ummi bersuara pelik melihat wajah Adam. “takkan dah lupa sejarah pertama wanita meminang lelaki…” tambah Jamilah bila melihat wajah Adam masih terkulat-kulat seperti orang dungu.
Hj. Ishak yang diserbu hairan mencapai surat biru dari tangan Adam. Isinya ditatap dan dibaca dengan kuat di hadapan isterinya.
Pertemuan yang mula terikat, hadir kali ini untuk menyambung silaturrahim, persediaan sudah sedia. Hanya menunggu masa.
Hajat dibawa di bawah kalimah peminangan, buat Adam untuk hawa yang bernama Nurul Syifa’ Halijah bt Hj. Idirs.
Hj. Ishak memandang wajah isterinya yang terpinga-pinga mendengar isi surat tersebut.
“Abang, anak teruna kita di pinang orang? Siapa yang pinang?” Jamilah begitu teruja.
Dia turut mengintai-intai isi surat biru itu. Hj .Idris menaahan senyum, ketawa yang ditahan akhirnya meledak.
“hahahahahahahahaha”
**********************************************************
“Tak sangka kau idris? Syifa’ tu anak engkau?” Hj ishak benar-benar teruja mengetahui surat biru berisi hajat peminangan itu adalah dari kawan baiknya yang dicari selama ini. Selepas surat itu dibaca, mereka bergegas ke rumah Syifa’. Dan semuanya terhurai di situ.
“Akulah, aku dulukan cikgu sastera kau tak tahu ke?”
“Yelah, guru sastera ganti tak sampai seminggu… “balas Hj. Ishak
Keduanya saling memandang, teringat zaman mereka muda.“hahahahahhahahah...” gema ketawa keduanya tak dapat di elak lagi. Adam yang berada di sisi walidnya sepi di kerusi.
Syifa’ pula berada di dapur bersama Mak Sue khlaidah dan Jamilah ummi Adam. Merah padam wajah Syifa’ sewaktu menyambut tetamu-tetamu itu naik tadi. Tanpa salam dan usul periksa. Jamilah, ummi walid memeluknya dengan kuat.
“Cantiknya bakal menantu ummi…”
Syifa’ terping-pinga mendengar patah kata tetamu yang tak dikenali itu.
Bila sahaja Hj. Idris keluar untuk turut menyambut tetamu barulah Adam sekeluarga mengetahui cerita di balik surat itu.
“Macam mana kau terfikir nak balas surat tu idris?”
“Aku ni memang tak ajar anak aku tu bergaul dengan lelaki, dah bila aku dapat tahu dia ada kenal-kenal yang tak rasmi dengan si Adam ni. Aku pun tak nak terlepas menantu macam ni. Peguam lagi…” ujar Hj idris panjang lebar.
“Ha, satu lagi, macam mana kau boleh pinang anak aku melalui surat je,’ Hj. Ishak buat muka tak puas hati
“kalau aku tahu dia ni anak kau ishak, bukan pinang, aku pergi akad nikah terus je tadi… hahahah” Hj. Idris menyambung ketawa.
Giliran wajah Adam pula memerah, mendengar patah kata dari bakal mertuanya. Teringat dia pada isi surat tadi.
Syifa’ yang mendengar ucapan dari abahnya turut malu sendiri. Dipandang muka Mak Sue, wanita itu mengenyit mata menambah usikan. Jamilah turut tersenyum. Di paut bahu Syifa’ menenagkan hati muda itu. ^_^
Rancak sekali perbincangan mereka sekeluarga.
Adam hanya berteleku diam di kerusinya. Syifa’ pula di pintu dapur asyik merenung langit.
‘orang tua sudah datang membawa hajat, peminangan ditanya pada hawa yang bernama Nurul Syifa’ Halijah, apakah sudi menjadi suri untuk adam?” hati adam bermonolog sendiri seakan dia dapat melihat syifa’ yang berada di dapur.
“ Hajat peminangan sudah sepakat, mau ku apakan lagi? Tiada daya ku menolak kerana hati dah sudi..” Syifa’ tersenyum sendiri melayan kata hati.. . ^_^

terime kasih sudi baca.. dan sudi-sudi la komen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...