teks

^_^ ..
apa yang ditaip ini sebagai sebuah perkongsian dan buat bacaan siapa yang sudi ^_^ ..
sekadar ruang menulis dari lubuk hati ^_^ penulis, berimaginasi sendiri dan diluahkan dalam bentuk cerita. terima kasih pada yang sudi membaca. semuanya hanyalah taipan jari jemari penulis blog hijau ^_^ ini...


PsssStt ; buat yg sudi follow
jgn lupa tinggalkan link pada shoutbox ya ^_^
nanti boleh saya jenguk sana pula..

Followers

Monday 8 August 2011

Abang, anak teruna kita dipinang?

Sebuah kereta Myvi putih meluncur laju membelah jalan, pemanduannya lancar kerana keadaan jalan kampung Hj. Misai yang lengang. Di kiri kanan jalan terdapat petak sawah padi menghijau indah dan tenang. Sebaik tiba di sebuah warung kecil. Myvi putih itu berhenti di suatu sudut yang lapang. Suasana warung masih lengang kerana waktu rehat tengah hari bagi pekerja belum bermula, masih ada setengah jam.

Pemandunya turun menuju ke warung, sambil mengintai-ngintai tuan warung dia membuat pesanan. “Mak Sue, fresh oren satu,”

Beberapa minit kemudian, Mak Sue Khalidah ataupun lebih mesra dipanggil Mak Sue datang membawa segelas air yang jernih warnanya, sambil mengomel. “Hishh! kamu ni Syifa’,Mak Sue ingat siapalah tadi pesan fresh oren, gatal nak jadi orang bandar. Ini air 'limau nipis' kesukaan kamu.”

Syifa’ hanya tersengih mendengar kata-kata Mak Sue Khalidah, diterima air yang dihulurkan dan dihirup perlahan air yang dingin itu, terasa segar kerongkongnya.

“Awal kamu balik hari ni, Syifa’,” Mak Sue melabuhkan punggungnya ke kerusi di sebelah Syifa’.

“Hari ini Syifa’ mengajar satu kelas saja, kebetulan pula tak ada aktiviti kokurikulum, jadi Syifa’ balik awal sikit, lagipun waktu macam ni baru Syifa’ boleh lepak di warung Mak Sue.”

“Hmm… iyalah kamu tu. Kalau ada pelanggan lelaki di warung Mak Sue ni tak ada kamu nak berhenti ya. Apa yang kamu takut sangat dengan budak lelaki ni?”

“Mak Sue ni, Syifa’ bukan apa, entahlah Mak Sue, lagipun yang lepak dekat warung Mak Sue ni kebanyakannya orang luar, entah dari mana datangnya, Mak Sue tak takut ke?” dia cuba mengalih topik.

“Hmm… pandailah kamu nak mengalih topik, buat apa mak sue ni nak takut. Pelanggan Mak Sue ni memang pemuda luar, tapi bekerja di sini, menjaga keamanan kampung kita,” ujar Mak Sue Khalidah sambil berdiri kemudian menyambung. “Ha ni, Mak Sue nak tunjuk sikit, Mak Sue laung je dari sini ‘hei encik polis. Tolong! tolong! aku kena rompak!” Mak Sue Khalidah menjerit siap membuat aksi dan gaya melambai-lambaikan tangan.

Terkejut Syifa’ dengan aksi spontan Mak Sue khalidah “Mak Sue, duduk Mak Sue…” terkapai-kapai tangan Syifa’ menarik tangan Mak Sue khalidah dari terus melambai-lambai ke arah balai polis yang sememangnya dekat, hanya di seberang jalan.

Waktu itu kelihatan beberapa anggota polis menoleh ke arah mereka sambil tersengih, seorang polis yang mungkin berpangkat koperal menegur dari jauh.

“Mak Sue, buat demo ke?” soal polis muda itu.

“Iya encik, ini anak saudara Mak Sue ni bimbang sangat dengan Mak Sue, Mak Sue buatlah demo sikit depan dia,”

Kepala Nurul Syifa Halijah tergeleng-geleng, malu. “Padan muka aku, nak lari dari menjawab soalan, benda lain pula yang dapat. Boleh pula aku lupa ada balai polis depan ni,” desis hatinya.

“Mak Sue duduklah! Syifa’ kalah, dahlah tu malulah, Mak Sue ni…”

“Hihihihih…” Mak Sue hanya ketawa, diikuti Syifa’ yang hanya tersenyum manis. Lucu ada, malu pun dia dapat dengan perangai Mak Sue nan sorang.

Melihat kelibat sederet lelaki berseragam biru menghampiri warung Mak Sue khalidah, Syifa’ cepat-cepat minta diri, mahu balik masak katanya. “dah lama abah minta buatkan sambal udang petai Mak Sue, dah hari ni Syifa’ balik awal sempatlah masakkan,”

“Hmm… iyalah. Mak Sue faham, kamu tu nak lari diri je, waktu rehat pekerja dah mulakan,” ujar Mak Sue khalidah sambil bangun masuk ke warung, bersiap-sedia menanti pesanan dari pelanggan yang akan makan di warungnya.

Nurul Syifa’ Halijah hanya tersenyum mendengar perlian Mak Sue. Dia memang tak betah untuk duduk di warung Mak Sue waktu pelanggan ramai, segan dan malu yang menebal dalam diri akan timbul. lagipula apa faedahnya dia berlama-lama di situ, Mak Sue sibuk melayan pelanggan dan syifa’ sendiri terlupa masa janji temu dia dengan insan tersayang sudah sedikit terlewat.

“Kena ketuk ketampilah dengan abah kali, terlambat balik,” desis hatinya. Langkahnya dipercepatkan menuju ke kenderaan.

“Mak Sue, tadi anak saudara Mak Sue ke?”

“Ha’aa, kamu berkenan ke? ” Mak Sue khalidah mengusik polis muda yang bertanya tadi, tersipu-sipu pemuda itu.

Di sudut meja lain seorang pemuda tekun memerhati kereta myvi putih itu meluncur pergi bersama pemiliknya hingga hilang daripada pandangan, dengan tatapan mata yang redup ada senyum simpul di raut wajah itu.

**********************************************

Syifa’ mengemas barang-barang yang akan dia bawa pulang, hari ini kelas mengajarnya sampai petang. Tangannya yang lincah berkemas tadi terhenti. Dia merasakan debaran yang kuat, pegang itu tak kena susun ini pun tak jadi.

“Kenapa aku ni, berdebar semacam je,” dia duduk kembali atas kerusi sambil berfikir perkara apa yang dia buat hari ini. Puas berfikir, Syifa’ beristighfar dalam hati. Cuba dilupakan perasaan yang tak menentu yang dia rasa. Selesai berkemas dia keluar dari bilik guru dengan langkah yang laju. Sebaik dia keluar dari muka pintu, yang pertama menyambutnya di luar adalah titisan hujan lembut yang menimpa wajahnya.

Tangan kanannya menadah titisan air yang turun, leka benar dia dalam bilik guru tadi hingga tak sedar bila hujan turun. Senyum Syifa’ mekar terasa perasaan gundah sebentar tadi hilang dititis air hujan.

Hujan gerimis yang turun itu tetap membasahi bumi, Syifa’ menumpangkan dua anak muridnya pulang bersama.

“Tak menyusahkan cikgu?”

“Tak adalah sue, naiklah, mana kembar kamu Hakimi? ajaklah” beria Syifa’ mengajak, berbuat baik pada anak murid sendiri apa salahnya.

“Lagipun kita sehaluankan,” ujar Syifa’ pada suhana yang berada di tempat duduk penumpang sebelahnya, dan Hakimi di belakang. Kedua pelajar itu hanya tersenyum senang dan mengucapkan terima kasih.

Syifa’ memandu keretanya perlahan, di tepi simpang jalan di hadapannya sebuah kereta tersadai dengan lampu kecemasan terpasang. Syifa’ memperlahankan keretanya dan berhenti bersebelahan kereta yang tersadai.

Hakimi menghulurkan kepalanya untuk bertanya “Kenapa abang, kereta rosak ke?”

“Iya, kereta abang rosak. Adik tahu tak mana abang boleh dapatkan mekanik terdekat?”

“Owh sebentar ya,” Hakimi memandang Syifa’ melalui cermin pandang belakang. “Cikgu tahu mekanik terdekat?” soalnya.

Syifa’ mencapai sony miliknya sambil menekan-nekan punat mencari sesuatu. “Rasanya cikgu ada simpan nombor pak Abu mekanik hujung kampung, sekejap cikgu telefon,” ujarnya perlahan.

Hakimi menjengukkan kepalanya kembali ke arah luar tingkap, hujan yang turun renyai-renyai menimpa kepalanya. “Tunggu sekejap ya bang, cikgu saya telefon mekanik.”

Pemuda itu hanya mengangguk, ekor matanya melirik ke arah wanita bertudung pink yang dipanggil cikgu itu sedang bercakap di telefon. Beberapa minit kemudian cermin tingkap di bahagian wanita itu kelihatan diturunkan.

Sebelah tangan wanita itu memegang sesuatu dan dihulurkan kepadanya.“Ini kad mekanik, saya dah telefon, tapi kalau belum datang encik telefon nombor tu,” ujar Syifa’ datar tanpa memandang wajah pemuda itu. Sebaik sahaja kad bertukar tangan, Syifa’ terus memasukkan gear satu dan berlalu tanpa sempat pemuda itu membuka mulut untuk mengucapkan terima kasih.

Kad mekanik yang ada di tangannya direnung seolah itu kad wanita tadi, dia terfikir sesuatu. “Macam pernah kenal, mana pernah jumpa ya?”

“Hish! Aku ni mengingat yang bukan-bukan,” Adam menggelengkan kepalanya dipandang kereta protonnya yang tersadai entah berapa lama sehingga wanita yang dipanggil cikgu dan anak-anak muridnya berhenti untuk menolong.

*************************************

Sesekali mengunjungi kedai buku Gramedia. Syifa’ memang boleh hilang dalam duninya, dunia buku, dibelek ke sana ke mari dari sebuah rak ke rak yang lain. Meneliti dan melihat apa yang berkenan di hati yang membuatkan dia tak mahu pulang kerana semua buku ingin dia teroka dan beli.

Syifa’ datang bertiga bersama hani dan sarah tapi keduanya dah hilang menjelajah butik baju dan beg. Syifa’ pula terpandang sahaja kelibat rak buku, matanya dah tak nampak yang lain selain 'kedai buku'. Leka sekali Syifa’ menatap buku, tanpa sedar dia mencapai buku-buku yang terkeluar dari rak buku, setelah dibelek dan diteliti dia berkenan hendak membeli sebuah buku terjemahan Fathul Gharib. Laju kakinya berjalan ke kaunter.

Seorang pemuda yang sedang duduk mencangkung mengambil buku di rak bahagian bawah bangun, tangannya ingin mencapai buku terjemahan Fathul Gharib yang diletakkan selang beberapa rak di atas untuk dibayar.

“Hilang?” Adam mengintai-ngintai di celah- celah buku yang tersusun. “Kan dah letak kat luar ni? Mana pulak?” dia tertanya-tanya.

Telinganya menangkap satu suara bertanyakan buku terjemahan Fathul Gharib yang berjilid. Dia menghampiri dari belakang. “Aduh! dengan cikgu ni rupanya,” Adam menggosok-gosok belakang kepalanya.

“Minta balik, tidak? Minta balik. Malulah pulak. Tak payah mintak, aduss,” perlahan-lahan Adam menghampiri kaunter sebelah. Matanya masih menjeling buku di tangan wanita di kaunter sebelahnya itu. Kebetulan buku itu hanya tinggal satu terjemahan Fathul Gharib yang tidak berjilid. Hendak membeli terjemahan Fathul Gharib yang berjilid juga sudah habis stok.

Adam membayar dua buah buku yang dia ambil. Dibiarkan Syifa’ membayar buku terjemahan Fathul Gharib itu, tapi matanya masih menjeling ke arah kitab berkulit kuning tebal itu.

Malihat langkah Syifa’ yang tergesa-gesa Adam turut mempercepatkan langkahnya “Assalamualaikum. Cikgu,”

Syifa’ berhenti melangkah, dia menoleh ke arah suara yang terasa hampir di belakangnya. "waalaikumussalam," Dia memandang sekilas wajah pemuda di hadapannya sebelum menunduk.

“mm… saya, er… saya nak ucapkan terima kasih. Hari itu, cikgu yang tolong saya telefon mekanik,” ujar Adam tersekat-sekat memandang wajah cikgu di hadapannya yang kaku tanpa reaksi.

Syifa’ kelihatan berfikir. Kemudian berkata “owh ya, maaf saya tak cam awak,”

“Tak mengapa. Saya cuma nak ucapkan terima kasih.”

Syifa’ hanya mengangguk-angguk kepalanya. “sama-sama,” Terasa janggal bercakap dengan lelaki yang tak dikenali.

Bunyi telefon Syifa’ membuai suasana dingin.

“Maaf, saya nak cepat kawan saya dah tunggu. Assalamualaikum,” Syifa’ melangkah pergi tanpa mempamerkan apa –apa reaksi di wajahnya.

"Waalaikumussalam,"Adam menjawab perlahan. dia perasan wajah kalut cikgu tadi. Adam tersenyum dan turut melangkah pergi.

*********************************************

Adam sudah merisik khabar, mak sue khalidah yang berjualan warung makan di simpang berhampiran dengan balai polis itu emak saudara pada cikgu yang menolongnya hari itu, dan dari Mak Sue itu dia tahu nama Syifa’ yang lebih dikenali dengan nama ‘cikgu Syifa’.

Hari itu pula kebetulan dia bertembung dengan Hakimi, pelajar yang bersama Syifa’ hari itu.

“Hakimi, tolong abang sampaikan surat ni kepada cikgu Syifa’ ya? Hari tu abang tak sempat nak ucap terima kasih pada kamu dan cikgu sebab tolong abang,”

Hakimi hanya menurut, bibirnya tak lekang dengan senyum.

“Apa yang kamu senyum, Hakimi? Abang nak jumpa cikgu sebab nak pinjam buku,” ujar Adam.

“Tak ada, Hakimi tak cakap apa,” Hakimi menjawab sambil kepalanya tergeleng laju.

“Bila UPSR?”

“Akhir tahun nanti,”

“Buat elok-elok, biar cikgu-cikgu Hakimi bangga,” Adam menggosok-gosok kepala Hakimi yang dari tadi hanya tersengih.

Dua hari kemudian Adam mendapat balasan surat, tapi dia tak senang duduk teringatkan isi kandungan yang ringkas dari Syifa’.

“Jumpa saya petang esok di tempat kereta awak rosak”

“apasal nak jumpa kat tempat sunyi macam tu? Kan aku dah tulis nak berjumpa dia kat Gramedia,”

“Pergi tidak? Pergi? Tak pergi, hisshh!” pening Adam. Kelmarin dia minta nombor dengan Hakimi tapi pelajar itu tidak tahu. Minta dengan Mak Sue? Salah satu sebab dia membuat keputusan untuk menggunakan surat adalah setelah cuba meminta nombor Syifa’ daripada Mak Sue. Teringat Adam mula-mula dia bertanyakan tentang Syifa’.

“Anak ni minat Syifa’ ke? Ishh! Berkenan juga Mak Sue tengok anak ni. Nak masuk meminang ke? Tak payah minta nombor telefonlah Mak Sue pergi hantar je anak terus ke rumahnya, mahu?”

Adam yang mendengar kata-kata yang terbit dari mulut wanita separuh abad itu ternganga, memang dia terkejut dengan ucapan wanita di hadapannya.

“Issh! Terkejut apa pulak. Mak Sue tak kisah. Abah Syifa’ kalau tengok anak ni memang berkenan nak buat menantu. Dah lama teringin nak bermenantu,”

Adam mengatup mulutnya. Rupanya dia memang ternganga tanpa sedar. Adam membetulkan duduk.

“Mak Sue, saya…”

“Hmm… tak payah segan-segan dengan Mak Sue. Tapi Mak Sue ada kerja lagi di warung ni. Mmm….”

“Mak su, tak apalah, saya tak boleh lama-lama ni.” Cepat-cepat Adam memotong, “lagipun tak ada hal penting saya nak jumpa, nantilah mungkin esok saya ke sekolah dia. Saya cuma nak jumpa ucap terima kasih, lepas tu niat nak pinjam buku dengan cikgu Syifa’,”

Mak Sue hanya tersengih melihat pemuda itu kalut.

Pergi sekolah? itu satu lagi masalah, dia tidak tahu sekolah Syifa’ mengajar. Untuk bertanya dia memang ‘serik’.

Esoknya, Adam membiarkan surat itu tak berbalas dan dia juga tidak ke tempat yang diminta seperti dalam surat Syifa’ sebaliknya tetap ke Gramedia.

Khusyu’ dia membaca buku-buku yang ada, sedang dia leka bunyi dehem di belakangnya membuat Adam berhenti membaca, dia menoleh.

“Cikgu Syifa’,”

Wanita di hadapannya mengangkat buku terjemahan Fathul Gharib dan dihulurkan ke arahnya.

“Awak cakap nak pinjam buku ni?” soal Syifa’ tanpa berbasa-basi.

“Iya…” Adam menyambut buku di tangan guru itu.

“Tak ada apa lagi saya nak balik dulu,”

Adam membelek-belek kandungan isi di dalam buku itu. “Mana saya nak…” kepalanya di dongak sebelum mulutnya terdiam.

“Dah hilang cikgu ni?”

***************************************************************

Seminggu berlalu, Adam pulang ke kampung Hj Misai itu lagi. Dan seperti biasa dia akan berhenti untuk minum di warung Mak Sue khalidah. Wanita itu hanya tersenyum menyambutnya, dilayan seperti pelanggan biasa. Lega hati Adam.

Buku terjemahan Fathul Gharib masih berada di tangannya.

“Syifa’ tak ada, dia pergi kursus seminggu lalu. Mak Sue pun tak tahu bila dia habis kursus.” Mak Sue khalidah menolak untuk menyampaikan buku yang dipinjam.

“Adam bagi sendirilah. Mak Sue ni bukan apa, takut Mak Sue lupa. Dia pun jarang datang warung Mak Sue. Mak Sue pula sibuk.”

“Baiklah macam tu Mak Sue. Boleh saya nak minta nombor telefon Syifa’?”

Mak Sue khalidah masuk ke dapur mencari-cari teleponnya. “Adam, Mak Sue minta maaf. Mak Sue lupa bawa telefon, nombor syifa' pun Mak Sue lupa.”

Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Kalau macam tu tak apalah, Mak Sue. Mungkin saya boleh jumpa dia di tempat saya pinjam buku ni,”

“Eh! Kamu nak alamat rumah dia? Mak Sue boleh bagi,”

Adam tersengih mendengar saran Mak Sue khalidah.

“Tak apalah Mak Sue, nanti sesat pula saya mencari, saya ni bukan asal kampung ni.”

“Hmm iyalah encik Adam, kalau nak alamat rumah Syifa’ jangan segan-segan minta dengan Mak Sue,”

Mak Sue khalidah menyambung usikannya. Senang dia melihat perwatakan pemuda itu, setiap kali datang minum ke warungnya selalu segak dengan kemeja lengan panjang, berseluar dan berkasut hitam.

“Hai Mak Sue, dah berkenan dengan peguam muda tu ke?” tegur seorang pegawai polis yang turut berada di warungnya.

“peguam? Memang berkenanlah, berkenan nak buat menantu…” balas Mak Sue khalidah dengan senang.

******************************************************

Dua keping surat yang diterima daripada Syifa’ dibelek-belek dan diulang baca isinya. Pening dia berfikir tentang isi kandungan surat itu.

Surat pertama yang Adam terima dia sudah abaikan dan semua dah berlalu. Seperti yang dia ingat, pertama kali surat yang Syifa’ balas mengajaknya bertemu di tempat keretanya rosak.

“entah-entah dia pergi macam tu je hari tu sebab marah,” teka Adam.

“Isshh! Tak mungkin,” desis hati kecilnya.

Surat kedua yang baru dia terima kelmarin lebih mengejutkannya. “kat depan aku bukan main lagi tak pandang muka bercakap . Dalam surat okey pulak, siap berpuitis lagi,”

Entah berapa kali dia mengulang baca surat itu.

Sekali bertemu dibuka peluang kedua, datangnya rezeki pertemuan kali kedua sebagai isyarat yang belum di fahami, dan yang seterusnya adalah untuk membuka hijab perkenalan. Tapi jangan teruskan pertemuan demi pertemuan ini, selain kata antara dua insan, lelaki dan pertemuan itu demi sebuah perhubungan.

Syariat dituntut bertaut adat, Adat melayu sopan berbahasa, Orang tua ada datanglah beradat, Maka Sopan dan syariat di berlakukan.

dilipat kembali surat bersampul biru itu dengan hati-hati.

Buku terjemahan Fathul Gharib masih di tangan Adam, terbantut niat Adam untuk ke Gramedia mencuba nasib untuk bertemu Syifa’ di sana, bila Hakimi datang menyerahkan surat itu ke rumah sewanya.

Dua hari tiga hari berlalu. Adam mula sibuk dengan kerjanya. Menyiapkan kertas kerja untuk dibentangkan di hadapan beberapa wakil kampung Hj. Misai. Selaku peguam yang diamanahkan untuk menerangkan kepada orang kampung, mengenai perkhidmatan peguam, cara membuat tuntutan yang betul dan memberi penerangan tentang atur gerak kerja peguam.

Hilang sejenak fikirannya dari memikirkan isi surat Syifa’. Kelmarin mereka bertembung di Gramedia tapi Syifa’ seperti kebiasaannya tak menghiraukan orang sekeliling bila matanya sudah berhadapan buku, tenggelam dalam bacaannya. Kebetulan pula Adam tidak membawa buku yang dipinjamnya.

Hari ini Adam ke Gramedia dengan harapan dia dapat bertemu Syifa’ untuk memulangkan buku itu.

Dan harapannya terkabul. “Assalamualaikum, cikgu Syifa’,”

Syifa’ mendongak. “Waalaikumussalam.Oh! encik,” Syifa’ mengukir senyum. Syifa’ merasa agak berani, perasaan janggal dan malu sudah mula hilang bila bertemu pemuda dihadapannya. Mungkin disebabkan sudah beberapa kali mereka bertemu walau tak lebih dari lima minit.

Adam terpana.

Melihat pemuda di hadapannya seperti termenung.“encik...” Syifa’ memanggil beberapa kali sambil buku di tangannya di goyang-goyangkan.

Adam tersedar. “er… maaf, saya nak pulangkan buku cikgu Syifa’ ni, dan panggil saya Adam,”

“Adam,” sebutan itu hanya terbit dari hati Syifa’.

“Terima kasih, cikgu Syifa’ sudi pinjamkan saya buku ni.” Ujar Adam.

“Sama-sama, maaf hari tu masa Hakimi beritahu saya yang encik adam nak pinjam buku ni dah lewat petang, kebetulan pula petang itu saya akan bertolak untuk kursus, maaf saya tinggal encik Adam macam tu saja ”

Hari ini Adam melihat Syifa’ berlainan sudah pandai mengukir senyum walaupun tipis. Mendengar patah kata Syifa’ membuat Adam leka.

Syifa’ mula rimas bila di perhatikan. “Ehem!”

Adam tersedar. “ Maaf saya nak balik dululah cikgu. Terima kasih sekali lagi,”

Syifa’ hanya mengangguk kecil.

*******************************************

“Walid nak jumpa kawan baik walid? Siapa namanya? Mana tahu Adam kenal?” Adam menghampiri walidnya yang sedang berehat di ruang tamu rumah sewanya. Terkejut juga Adam bila ummi dan walidnya muncul di depan rumah sewanya kelmarin. Rupanya memang ada niat.

“Saja nak buat kejutan untuk anak teruna ummi” jawab ummi bila dia mengajukan soalan mereka datang tidak memberitahunya.

Hj. Idris memandang anaknya, akhbar yang dipegang di letakkan atas meja. “Hj . Ishak. Adam kenal?” ujarnya.

Adam berfikir sejenak dia memang belum mengenali rata-rata penduduk di kampung ini.

“Tak tahulah walid, nanti Adam cuba tanya penduduk kampung sini. Mana tahu ada yang kenal”

“Iyalah,” Hj. Idris kembali menatap akhbarnya.

suasana sepi seketika sebelum kedengaran satu suara di luar.

“Assalamualaikum,”

“Waalaikumusslam”. Adam menjenguk keluar.

“Hakimi, mari naik,”

“Tak apalah bang, Hakimi datang nak bagi surat ni.” Hakimi menghulurkan surat bersampul biru kepada Adam, kakinya cepat saja ingin melangkah sebelum ditahan Adam.

“Hakimi, surat dari cikgu ke?” soal Adam perlahan takut didengar walidnya. Nanti apa pula kata walidnya, datang berkerja atau bercinta?

“Ha’aah, dari cikgu”

“Surat-surat yang sebelum ni memang dari cikgu jugak?” Adam masih belum berpuas hati

Hati Hakimi digaru hairan. “Iyalah dari cikgu, takkan dari abah cikgu pulak,” seloroh Hakimi.

Melihat muka Adam yang belum berpuas hati Hakimi menambah, "Tapi Hakimi biasa ambil surat ni kat peti pos rumah cikgu je, sebab memang kebiasaan cikgu tinggalkan surat-surat dia kat situ untuk Hakimi ambil,”

“Baiklah, terima kasih dah susah bawakan abang surat ni.”

“Sama-sama abang Adam, Hakimi pergi dulu,” Hakimi berlari-lari anak menuju ke arah basikal yang ditunggangnya, dengan sekejap Hakimi hilang dari pandangan mata Adam.

Adam melepaskan satu keluhan, hatinya berdebar. Mengingatkan surat terakhir yang dia terima. Dia terfikir apa pula isi surat kali ini.

Tangannya pantas membuka sampul biru itu, matanya tertancap pada bait kata ringkas yang menjadi isi surat itu.

“Hahhh!”

Hj. Ishak yang mendengar suara Hakimi yang kedengaran seperti orang terkejut, tergopoh-gapah bangun dan menuruni anak tangga menuju ke arah anak terunanya yang kelihatan kaku di anak tangga paling bawah. Di tangan anaknya terselit sekeping kertas.

“kenapa Adam?” soalan Hj. Ishak dibiar sepi.

“Adam, kenapa? Terkejut ummi,” Jamilah juga datang tergopoh gapah dari arah dapur.

Adam mendongak kepalanya memandang ummi dan walidnya silih berganti.

“Ummi, walid, boleh ke orang perempuan meminang lelaki?” soalnya bodoh.

Hj. Ishak dan Jamilah yang mendengar soalan dari anak teruna mereka saling memandang.

“Apa jenis soalan, Adam ni,” Jamilah bersuara. pelik melihat wajah Adam. “takkan dah lupa sejarah pertama wanita meminang lelaki…” tambah Jamilah bila melihat wajah Adam masih terkulat-kulat seperti orang dungu.

Hj. Ishak yang diserbu hairan mencapai surat biru dari tangan Adam. Isinya ditatap dan dibaca dengan kuat di hadapan isterinya.

Pertemuan yang mula terikat, hadir kali ini untuk menyambung silaturrahim, persediaan sudah sedia. Hanya menunggu masa.

Hajat dibawa di bawah kalimah peminangan, buat Adam untuk hawa yang bernama Nurul Syifa’ Halijah bt Hj. Idirs.

Hj. Ishak memandang wajah isterinya yang terpinga-pinga mendengar isi surat tersebut.

“Abang, anak teruna kita di pinang orang? Siapa yang pinang?” Jamilah begitu teruja.

Dia turut mengintai-intai isi surat biru itu. Hj .Idris menahan senyum, ketawa yang ditahan akhirnya meledak.

“hahahahahahahahaha”

**********************************************************

“Tak sangka kau idris? Syifa’ tu anak engkau?” Hj Ishak benar-benar teruja mengetahui surat biru berisi hajat peminangan itu adalah dari kawan baiknya yang dicari selama ini. tadi sebaik saja membaca isi surat itu, mereka bergegas ke rumah Syifa’. Dan semuanya terhurai di situ.

“Akulah, aku dulukan cikgu sastera kau tak tahu ke?”

"Yelah, guru sastera ganti tak sampai seminggu…" balas Hj. Ishak

Keduanya saling memandang, teringat zaman mereka muda.“hahahahahhahahah...” gema ketawa keduanya tak dapat dielak lagi. Adam yang berada di sisi walidnya sepi di kerusi.

Syifa’ pula berada di dapur bersama Mak Sue khlaidah dan Jamilah, ummi Adam. Merah padam wajah Syifa’ sewaktu menyambut tetamu-tetamu itu naik tadi. Tanpa salam dan usul periksa, Jamilah, ummi walid memeluknya dengan erat.

“Cantiknya bakal menantu ummi…”

Syifa’ terpinga-pinga mendengar patah kata tetamu yang tak dikenali itu.

Bila sahaja Hj. Idris keluar untuk turut menyambut tetamu barulah Adam sekeluarga mengetahui cerita di balik surat itu.

“Macam mana kau terfikir nak balas surat tu Idris?”

“Aku ni memang tak ajar anak aku tu bergaul dengan lelaki, dah bila aku dapat tahu dia ada kenal-kenal yang tak rasmi dengan si Adam ni. Aku pun tak nak terlepas menantu macam ni. Peguam lagi…” ujar Hj. Idris panjang lebar.

Teringat dia pada Hakimi anak kecil itu yang menceritakan semuanya. dan surat dari Adam memang dia yang membalasnya. Tiada siapa yang tahu, malah syifa' dan Hakimi juga. Hj. Idris menggeleng kepala sendirian mengingatkan apa yang dah dia buat, bukan kesal tapi lucu sendiri. malah dia lebih bersyukur kini bila mengetahui dengan lebih dekat siapa Adam.

“Ha, satu lagi, macam mana kau boleh pinang anak aku melalui surat je," Hj. Ishak buat muka tak puas hati

“Kalau aku tahu dia ni anak kau Ishak, bukan pinang, aku pergi akad nikah terus je tadi… hahahah,” Hj. Idris menyambung ketawa.

Giliran wajah Adam pula merona merah, mendengar patah kata dari bakal mertuanya. Teringat dia pada isi surat tadi. Rupanya semua balasan surat itu daripada abah Syifa', gadis itu sendiri tidak tahu menahu. Bermakna selama mereka berjumpa adalah kerana takdir dan rezeki yang dah ditetapkan.

Syifa’ yang mendengar ucapan dari abahnya turut malu sendiri. Dipandang muka Mak Sue Khalidah, wanita itu mengenyit mata menambah usikan. Jamilah turut tersenyum. Dipaut bahu Syifa’ menenangkan hati muda itu.

"kau pun dah pinang anak teruna aku. Jadi aku datang ni kira-kira nak ambillah bunga larangan di rumah kau ni." Hj. Ishak memulakan kata.

Rancak sekali perbincangan mereka sekeluarga.

Adam hanya berteleku diam di kerusinya. Syifa’ yang berada di dapur asyik merenung langit di tepi jendela.

Adam menarik nafas perlahan. ‘peminangan yang di tanya sudah di terima. Pada hawa yang bernama Nurul Syifa’ Halijah, apakah sudi menjadi suri untuk Adam?” hati Adam bermonolog sendiri seakan dia dapat melihat syifa’ yang berada di dapur.

“ Hajat peminangan sudah sepakat, mau ku apakan lagi? Tiada daya ku menolak kerana hati dah sudi,” Syifa’ tersenyum malu sendirian melayan kata hatinya... ^_^


terime kasih sudi baca.. dan sudi-sudi la komen..

4 comments:

  1. best laa....
    kelakar pun ada..
    cmne blh dpt idea gini?
    k dh 2,de pningkatn.....blh ngerti
    sastera abiss... wt ayt jiwng and klsik.
    Peace!

    ReplyDelete
  2. jgn tlebih memuji nanti dok sdor diri ambe ni hihi

    ReplyDelete
  3. salam...
    apa maksud ngn tajuk ni..abang, anak teruna kita dipinang????bukannya keluarga adam yang datang meminang syifa ke??confius...

    ReplyDelete
  4. ^_^ ptamanya trm kasih to princess sebab dh baca dan sudi komen..
    kan surat t'akhir adam dpt, surat pinangan untuk dia.. lepas tu diorg ke rumah prempuan. so kiranya kali ni mrk bincang jelah apa yg patut.. coz dua2 pn dh stuju lam hati..
    jodoh x ke manakn?

    tp insyaallah akn di perbaiki lg mungkin masih ada kelemahan dalam penyampain.. terima kasih sudi menegur princess..

    tahu jugak mana lemahnya.. ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...