teks

^_^ ..
apa yang ditaip ini sebagai sebuah perkongsian dan buat bacaan siapa yang sudi ^_^ ..
sekadar ruang menulis dari lubuk hati ^_^ penulis, berimaginasi sendiri dan diluahkan dalam bentuk cerita. terima kasih pada yang sudi membaca. semuanya hanyalah taipan jari jemari penulis blog hijau ^_^ ini...


PsssStt ; buat yg sudi follow
jgn lupa tinggalkan link pada shoutbox ya ^_^
nanti boleh saya jenguk sana pula..

Followers

Monday 25 June 2012

bahagian kasih (3) akhir

“Maira… maira…” kalthom berlari-lari anak memanjat anak tangga. Sambil mulutnya melaung kuat nama maira. Tadi selepas dia dia solat isya’ barulah dia keluar menjenguk cucu datin sharifah. Humaira’ gadis yang baik tidak pernah menyusahkannya. Segalanya dia ingin lakukan sendiri. Sebaik dia menjenguk ke dapur niat hatinya ingin membuat sedikit sup. Saira merengek meminta di renehkan sup sayur. Dicari lebihan bahan yang dibuat sup siang tadi sedikit udang kering yang di tumbuk siap dengan ikan bilis luak sedikit. Selain darinya hanya humiara’ yang memasak .
“masak? Bubur? Danial?” kalthom terfikit sesuatu. “maira’…” mulutnya tak dapat di tahan untuk melaung nama cucu majikannya itu. Termengah-mengah dia berlari naik anak tangga menuju ke bilik danial yang berada di hujung.
“Maira’ ..”
Humaira’ dan danial saling berpandangan. Hairan dengan suara pembantu rumah mereka yang kedengaran nyaring di luar.
Danial menyambut huluran sudu humaira’. Di cicip sedikit bubur yang masih berasap itu.
“akak lupa nak rasa tadi dah cukup rasa ke tidak. Ok tak?” ringan mulut humaira’ bertanya.
“apa yang akak buat semuanya sedap…” ujar danial senang.
“Tadi nenda call katanya malam ni dia bermalam di rumah mak usu. Esok pagi baru dia balik.”
“tak apa. Akak kan ada danial dengan mak tom takkan kena tangkap khalwatnya…” dia berseloroh, satu cubitan halus di terimanya.
“main-main lagi…”
Danial tersenyum mendengar patah kata humaira rasanya malam ini. Bicara dari humaira’ agak panjang dari malam-malam yang lepas.
“akak dah makan belum?” tangannya lincah menyedok bubr dan di suakan lagi satu sudu penuh bubur ke mulutnya.
“Nanti akak makan dengan mak tom. Akak nak tengok danial makan dulu
Belum pun sempat dia menelan bubur yang ada di mulutnya, tekaknya terasa lain. Tanpa sengaja dia meluahkan bubur yang ada di mulutnya dan hampir terkena humaira’.
“kenapa?” terkejut humaira’ dengan perlakuan danial.
Danial memegang tekak dia ingin mengatakan sesuatu tetapi yang keluar hanya bunyi batuknya.
“uhuk! Uhuk!”
“neil?” humaira’ cemas. Kenapa? Apa yang tak kena. Bermacam persoalan bermain di fikiran humaira’.
“mak tom!”
“humaira’! “ suara mereka kedengaran serentak.
Mak tom terdorong ke depan apabila sebaik sahaja dia memegang tombol pintu. Daun pintu itu sudah di tarik dahulu.
“mak tom tolong mak tom. Kenapa dengan danial? Mak tom.” Humaira bersuara cemas tangannya pantas menarik mak tom kea rah danial yang sedang tercungap batuk di meja rehat berhampiran balkoni luar.
“ya Allah… mak tom hanya mampu mengusap-ngusap belakang danial yang sedang terbatuk. nafasnya kelihatan tercungap.
“maira… banyak mana danial makan bubur ni tadi?” soalan mak tom tidak di jawab. Gadis itu itu sedang berfikir apa yang terjadi? Kenapa dengan buburnya.
“maira…”
Melihat gadis itu seperti tercengang dia tahu gadis itu tidak sedar apa yang terjadi.
“maira’. Danial alah dengan udang. tadi maira ada guna bahan kisar yang mak tom tinggal kat dapur?” soalnya.
“ada” jawab maira sepatah masih keliru.
kalthom menarik nafas perlahan. “salah mak tom biarkan bahan kisar tak bersimpan. Tadi mak tom kisar udang kering dengan bilis sekali. Danial alah udang.”
“maira tak tahu dalam tu ada udang…” ujar maira perlahan.
“iyaa.. maira tak tahu. Salah mak tom tak khabarkan pada kamu dan tidak simpan dahulu tadi.” Tangannya masih mengusap-ngusap belakang cucu lelaki majikannya itu.
“neil.. maaf kakak tak tahu…” humaira turut mengusap-belakang danial. Dia duduk berhadapan dengan pemuda itu.
Danial menggelang-gelangkan kepalanya. Dadanya terasa sempit. Tekaknya pula teras gatal. Menyebabkan batuknya semakin keras. Air matanya mengalir menahan sakit. Setitis air mata danial jatuh tapi humaira sudah berjujuran membasahi pipinya. Rasa bimbang membalut hatinya.
“maafkan kakak…” humaira mengusap-ngusap dada danial.
Denial cuba menahan batuk. Nafasnya ditarik perlahan. Nasib dia hanya sempat mencicip sedikit sahaja bubur itu.
Kalthom keluar dari bilik denial dengan tergesa-gesa. Humaira’ pula hanya terkaku menghadap denial. Air matanya masih belum putus mengalir. Melihat denial menahan batuk. Sambil tangannya menekan dada.
Rupanya mak tom pergi mendapatkan ubat yang biasa denial makan apabila dia mengalami alergi. Tapi humaira’ tidak berpuas hati dengan hanya memakan ubat semata.
Malam itu humaira’ tidak lena tidur. Setiap kali denial berkalih dia terkejut. kepalanya dipanggung di tepi katil denial. Sesekali terdengar batuk kecil. Dia ingin mereka ke klinik. Tetapi denial tidak ingin. Katanya sejam dua dia akan baik.
“jangan degil denial!” nada suaranya tinggi tanpa sedar. Tanpa menunggu kata putus dari sesiapa dia telah menelefon teksi.
Mujur sahaja ada klinik hanya berhampiran. Tidak mengambil masa yang lama untuk mereka pergi dan pulang. Humaira’ melepaskan nafasnya perlahan tidak mahu menganggu tidur denial. Selepas menerima satu suntikan. Batuk denial berkurang dan sekarang sedang tidur dengan pulas.
“akak… kak maira…” sayup kedengaran suara menyebut namanya. Humaira’ mencari-cari kelibat pemanggil dalam samar bayangan dia nampak susuk tubuh sedang berhadapan dengannya.
“kak maira…” kali ini teras bahunya disentuh. Dia terperanjat bingkas dia bangun, fikirannya teringat kepada denial.
“kenapa? Denial rasa sakit lagi.” Wajahnya menunjukkan yang dia cemas sekali tangannya pantas di letakkan ke dahi denial. pemuda itu tersenyum.
“kak…kenapa tidur kat bawah nanti lenguh badan tu…” ujar denial.
“denial ok tak ni?” humaira’ masih belum berpuas hati dia bimbang. Tadi doktor ada berpesan yang antibodi denial lemah. Dia perlu rehat yang cukup atau dia akan mengalami kesan sampingan yang teruk. Seperti alergi, sebetulnya denial sudah bebas dari alergi makanan laut tetapi di sebabkan badannya masih lemah dia mudah di hinggap sakit.
“neil ok kak… akak ni.. neil bukan budak-budak lagi.. kenapa akak tak tidur di bilik akak je. Nanti kalau neil mahukan apa-apa neil panggil.”
Humaira’ diam. Kening Denial terangkat, ‘aku salah cakapkah?’ desis hati denial.
“akak cuma bimbang…” terluah kata dari bibir humaira’.
Denial senyum, bibirnya bergetar mahu mengucapkan kata, “neil minta maaf..maaf atas apa yang terjadi.” kata yang di simpan sekian lama terluah bersama air mata.
Humaira’ tak terkata. Lidahnya kelu. Dia faham maksud denial. dia cuba tersenyum.
“neil tak salah apa-apa. Segala yang terjadi bukan salah sesiapapun. Sudah suratan takdirkan. Akak pun nak minta maaf, akak tak nak ulang kesalahan tadi.”
Denial menggelangkan kepala sekarang dia sudah bersandar di kepala katil humaira’ pula sudah berada di sisi katil.
“akak tak sengajakan…” ujar denial. “akak… denial boleh jadi adik akak?” soalnya tulus seperti anak kecil.
“denial memang adik kakak. Denial anak papa akak,” Humaira’ meramas tangan denial. “maaf kalau akak bersikap dingin. Kakak minta maaf. Kakak sayang sangat dengan harith. Dia hidup kakak. Akak tak dapat lupakan dia” Humaira’ menafas perlahan. Denial diam mendengar tutur kata humaira’ dia tidak pernah mendengar cerita sebenar dari keduanya.
“selapas papa pergi meninggalkan kami, harith masih dalam kandungan. Papa pergi setelah mengabarkan berita yang dia sudah berkahwin lain. Ummi membesarkan kami dengan tulang empat keratnya. Dan papa terus hilang begitu. Selepas beberapa tahun ummi pula yang pergi. Harith tumbuh menjadi anak lelaki yang pendiam. Akak jaga harith sebagaimana amanah arwah ummi. Bahagia harith adalah hidup akak. Tetapi bila perkara ini terjadi akak tak dapat terima.” Aiar mata humaira mengalir laju. Tetapi hatinya sedikit ringan apabila perasaan itu diluahkan.
“tapi akak redha. Tiap yang hidup akan mati. Dan setiap yang kita sayang adalah milik Allah yang diberi pinjam untuk kita.” Humaira’ cuba tersenyum.
“dan abang haikal?” soal denial.
“abang haikal dah lama kenal keluarga akak. Emak dia banyak membantu kami adik beradik.”
Denial tersenyum, “tadi…” dia teragak ingin memberitahu sesuatu.
“Apa dia?”
“tadi… sebenarnya abang haikal cakap nak datang dengan mak ayahnya esok”
“ha?” humiara’ sedikit terkejut. Dia tidak tahu menahu tentang hal esok. Haikal tidak pula berpesan apa-apa mana tidaknya jika dia asyik berkepit dengan denial siang tadi, sampai diri humaira’ seperti bayang saja.
“tadi abang haikal yang bagitahu. Kira esok dia nak datang merisik dan bertuang. Katanya nak buat kecil-kecilan. Nenek pun dah tahu. Dia keluar malam ni pun sekali nak menempah barang-barang untuk esok.”
“kenapa akak tak tahu? Eh macam mana denial tahu?” humaira’ kehairanan.
“denial bakal jadi wali akakkan, denial tahulah…” ujar denial.
“wali?” humaira’ sedikit terkesan. Wali, sepatutnya harith yang memegang title itu.
Denial Nampak perubahan yang ada di wajah humaira’. “belumpun sempat denial nak kenal kasih seorang kakak tiba-tiba dah nak di bawa lari orang.”
“akak tak lari ke manalah. Kasih akak pun dah di bawa pergi harith.” Ujarnya perlahan.
Denial senyum, “habis abang haikal macam mana? Kasih untuknya dah di bawa lari…”
“kasih untuk abang haikal dah lama akak simpan dalam istikharah.” Humaira’ tersenyum. Dan menyambung, “masih ada bahagian kasih akak yang belum terisi. Sebenarnya sudah terisi tapi mungkin empunya yang diberi belum tahu.”
Dahi denial berkeut tanda dia tidak memahami. “akak sayang denial. sekarang akak hanya ada denial untuk akak berikan kasih yang ada.”
“terima kasih kak.”
“jangan takutkan kakak lagi macam tadi.” Air mata humaira’ gugur lagi.
“kak… dahlah. Esok mak ayah abang haikal nak datang tengok bakal menantu nanti tak terjumpa pula. Nanti yang mereka jumpa mak panda pula…”
“mak panda?” humiara’ tidak mengerti.
“iyalah kakau akak tak pergi tidur sekarang. Nanti mata akak tu hitam macam panda tak cukup tidur,” denial sudah ketawa mengekek dengan kata-katanya sendiri.
Humiara’ sudah menerik muncung. mulutnya terheyok nak marah tapi di depannya ini pesakit. ‘sabarlah adik aku ni. Ini sakit, kalau sihat apa lagi yang dia samakan aku,’ hati humaira’ bermonolog.
Tiba-tiba humaira terfikir sesuatu, “tak perlulah diorang datang esok. Nanti akak call abang haikal balik beritahu dia yang denial tak sihat. Buat pertemuan tu hari lain.”
“apa pula akak ni, neil dah sihat la…”
“hishh jangan degil. Tak apa, akak kenal mak ayah abang haikal nanti aka call sendiri.”
“akak takut kena kawin ya…” usik denial. “akak jangan tangguh-tangguh. Abang haikal tu mesti ramai peminat.”
“jangan mengarut…” humaira’ tidak dapat menahan dirinya satu cubitan dia hadiahkan kepada denial.
“aduh! Akak ni… mengadukan kat abang haikal panda dia ni garang. Malu tapi mahu…” denial semakin berani mengusik.
Humaira’ menggetap bibr geram diusik begitu kali bukan cubitan tapi sepit ketamm yang dia hadiahkan.
“haha..aa.. “ dalam sakit di cubit danial tetap ketawa. Senag hati melihat wajah humaira’ yang merah.
*****************
Tit! tit! Bunyi meseg masuk membuatkan bibir humiara’ tersenyum. Cincin yang tersarung di jari di renung. Segalanya berlaku dengan cepat. Tanpa perlu dia membuak mulut. Apa yang dia tahu semua sudah di atur dan di sepakati. Mesej yang di teriam jelas terpampang nama penghantar.
Haikal : “assalamualaikum, tadi humaira’ ke mana? Ummi cakap bukan humaira’ yang keluar.”
Humaira’ : humaira la keluar tadi.” Humiara membalas.
Tit! Tit!
Butang open di tekan.
Haikal: “ingatkan humaira’ kirimkan panda untuk gantikan tempat humaira’ tadi.”
“panda?... huh?” humaira’ membiarkan mesej itu tidak berbalas.
‘Parah aku dapat bakal suami satu kepala dengan adik ni…’ desis hati humaira’. Matanya di lemparkan ke luar tingkap. Hatinya seakan dipanggil. Dan ingatannya diketuk.
“Harith semoga kau berada dikalangan orang yang beriman, adik. Akak redha atas pemergianmu sesungguhnya Allah lebih menyayangimu.”
Humaira’ mengukir senyum untuk dirinya sendiri.
"akak akan kuat di sini bahagian kasih yang telah akak berikan tidak akan padam."

terime kasih sudi baca.. dan sudi-sudi la komen..

Sunday 24 June 2012

bahagian kasih... (2)

“haikal… baik Alhamdulillah. bila haikal pulang? Macam mana haikal tahu saya di sini? Maaf saya tak khabarkan awal-awal yang saya berpindah ke sini.” Panjang lebar bicara humaira dan bertalu-talu soalan yang keluar, haikal sekadar tersenyum memandang gadis itu dalam balutan tudung hijau pemberiannya suatu ketika dulu.

“takziah humaira’” ujar haikal perlahan.

Humiara’ diam. Bibirnya terlakar senyum yang pasti bukan gembira, tetapi pengubat jiwa.

“Sudah 3 bulan haikal balik, berbulan haikal cari humaira’ tak sangka mak usu humaira’ turut pindah, merata haikal cari humaira’. Email haikal pun maira’ tidak balas. Nombor telefon maira’ pun tukar.” Kali ini haikal pula bertutur dalam senada.

“maaf haikal semuanya berlaku mendadak.” Ujar humaira’ perlahan. Di pandang wajah pemuda di hadapannya itu, bermakna sebaik sahaja dia berpindah rumah ketika itu juga haikal pulang. Tangannya menggamit huluran tangan kecil saira yang sedang menemaninya di situ. Anak kecil itu hanya tersenyum memandang wajah pemuda asing di depannya.

“macam mana haikal tahu maira di sini?”

“nenda maira’ yang beritahu..” haikal melabuhkan punggungnya kea rah sebiji batu kecil. Dia berada di bawah sementara humaira berada di atas batu besar tinggi di atas.

“nenda?” dahi humaira berkerut, sedikit hairan. Tetapi dia malas ingin bertanya lanjut. Bagaimana haikal atau nenda saling mengenali.

“apa khabar danial sekarang? Sudah hampir 3 bulan semuanya berlaku. Humaira sendiri apa khabar?”

“danial sudah semakin sembuh, Cuma dia nampak lebih pendiam dari yang humaira’ kenal.” Humaira teringatkan danial benar pemuda itu sedikit pendiam kini. Sebulan sebelum kemalangan itu berlaku dan tempoh singkat mereka berkenalan sebagai adik beradik, humaira’ mengenali danial seorang yang periang dan peramah, aktif dalam segala sukan. Tetapi kini danial hanya senyum dan mengiakan sahaja percakapan orang di sekelilingnya.

“Mungkin dia sendiri masih terkejut, nenda ada bercerita yang mereka berdua amat rapat semenjak mereka bertemu.” Haikal memandang ke arah humaira’.

“maira’ sendiri dengan danial?” haikal sekadar bertanya. Ingin menduga hati kecil perempuan itu. Dia sudah mengetahui apa yang berlaku. Datin sharifah telah berjumpa dengannya dan telah menceritakan segalanya. Sekalipun terkilan tidak dapat berjumpa harith yang sudah dianggap adik itu, dia redho.

Humiara’ diam, apa perasaannya? Dia sendiri tiada jawapan. Tetapi yang pasti setiap kali memandang danial hatinya sakit dan pilu, teringatkan harith. Terkadang hatinya berbicara jahat ‘kenapa harith? Kenapa tidak danial?’

Berkali-kali dia beristighfar menghilang kata jahat yang sering terbayang di mindanya. Dia sedar layanannya kepada danial semakin hambar, dan dingin.

Danial sudah semakin sembuh. Datin sharifah mengupah jururawat di rumah. Sekalipun begitu humaira’ turut membantu merawat danial walaupun dengan separuh hati. Bukan tidak percaya tetapi dia hanya ingin melihat danial sembuh. Sekalipun begitu dia belum pernah memulakan bicara dengan danial jika pemuda itu tidak bertanya.

“humaira’. Boleh haikal jumpa danial? Nak berkenalan dengan adik humiara’ tu…”

“boleh, tadi humaira’ keluar rumah dia masih tidur, subuh tadi dia mengadu pening kepala, humaira’ tinggalkan dia sarapan saja. Nanti nak balik masak makan tengah hari pula, haikal makan tengah hari di sini ya, lagipun tengah hari nanti nenda pulang dari butik. Boleh jumpa nenda.” Humaira bersuara riang mungkin sudah lama tidak berjumpa dengan haikal setelah tiga tahun mereka tidak bersua bermula ketika haikal melanjutkan pelajarannya ke timur tengah.

“baiklah, tapi sempat humiara’ masak tengah hari sebab dah hampir jam 12 tengah hari ni.” Haikal memandang pergelangan tangannya yang tersarung jam tangan.

“hah?” mata humaira’ turut terbuntang melihat jarum jam sudah hampir angka 12.

Haikal menahan tawa, benarlah telahannya. Humaira’ tidak sedar masa yang berlalu. Pasti gadis ini cuba menghabiskan dan membuang apa kusut di hati sehingga tidak sedar dengan sekeliling.

Humaira’ tersengih dan haikal hanya menggelengkan kepalanya.

*****************

Humaira’ tersenyum sendirian, tangannya sibuk mengacau bubur yang sedang mendidih di atas api. Siang tadi segalanya terjawab pertemuan nenda dengan haikal memang tak disangka. Rupanya haikal pernah menolong datin sharifah dalam urusan jual beli dengan pembekal jubbah abaya dari negeri syiria. Dan semuanya berlaku hinggalah hari ini, haikal telah membuatkannya tidak mampu menyembunyikan senyum. Sudah kembang semangkuk senyumnya terasa pipinya sudah merah dan panas apabila haikal menyuarakan hati untuk menyuntingnya. Nenda pula telah melakukan babak haru, apabila wanita itu menitiskan air mata. Suka katanya dan tidak sabar melihat cucunya akad nikah.

Danial juga mengalukan kedatangan haikal dengan senang hati, tanda menerima kunjungan dia duduk bersama makan tengah hari di meja. Sekalipun di tegah haikal tapi danial pandai mengambil hati. Ingin berkenalan dengan bakal abang katanya. Humaira’ sedikit terharu dengan penerimaan danial. Tanpa ada ingatan lalu mereka berborak dan bercerita tentang perihal masing. Tiada siapa yang menyuarakan cerita tentang harith. Sama ada mereka terlupa atau tiada yang ingin meredupkan suasana yang hangat dengan bicara dan tawa. Humaira’ sendiri tidak mampu menyembunyikan tawa. Sekalipun hatinya sedikit pilu dan membuat andaian jika harith ada di satu sudut mereka sedang bersama mengalun ketawa bahagia.

“humaira…” bahunya disentuh dari belakang. Humaira’ sedikit terperanjat. Datin sharifah tersenyum.

“Nenda…”

“buat apa tu?” datin sharifah menjengul mukanya ke arah mangkuk bubur yang di pegang humaira’.

“bubur untuk danial, dian cakap nak makan bubur lagi tadi.” ujar humaira’.

“iyalah, ni nenda nak bagitahu yang nenda kena keluar malam ni. Ada urusan dengan pembekal pemborong, humaira’ tak perlu tunggu nenda makanlah malam habis maghrib ni nenda keluar terus..”

“meeting malam-malam nenda?” soal humaira’. “kenapa malam-malam ni. Maira’ bimbang, nenda keluar dengan siapa?”

“nanti mak usu kamu datang ambil nenda, dia yang perkenalkan pemborong tu. Kami nak keluar maghrib ni sebab nak ke masjid pekan baru dengar kuliah di di situ. Kebetulan pula pemborong itu pun tinggal di situ. Itu yang nenda nak pergi ni. Alang-alang kita cari rezeki dunia. Kita tambah bekal akhirat juga…”

“lega humaira’ dengar macam tu, nenek ni bercakap pun sudah seperti ustazah..” gurau humaira’ manja. Satu cubitan halus di terima.

Datin sharifah meminta diri ingin bersiap. Malam itu tinggal humaira’ dan kak tom pembantu rumah. Naili jururawat yang di upah nenek sedang bercuti. Hati humaira’ sedikit nyaman. Mungkin kesan hari siang yang belum hilang dan masih menghangatkan hatinya. Sebaik sahaj dia berpuas hati dengan buburnya dia menutup api. Dia ingin membersihkan diri dan solat maghrib. Niat di hati ingin menyambung surah yang dibaca semalam untuk disedekahkan kepada mereka yang telah pergi. Dia menyiapkan dahulu bubur untuk memudahkan dia menghidangnya selepas isya’. Bunyi suara pembantu rumahnya sedang mengajar saira si kecil berusia 6 tahun membaca muqaddam menambahkan ketenangan di hati humaira’.


terime kasih sudi baca.. dan sudi-sudi la komen..

Saturday 23 June 2012

edit blog

dah lama biarkan blog tak ber'edit'... hari ni baiki je mana patut..
chat box pn dah dibaiki balik setelah lama membiarkan ia rosak di situ...
nak menyambung menulis terasa malas, apapun buat dahulu mana yang rajinkan...
rajin rajin rajinnnn....


terime kasih sudi baca.. dan sudi-sudi la komen..

Saturday 16 June 2012

bahagian kasih... (1)

Ya Allah kau tabahkan hati aku, pada siapa lagi tempat utuk mengadu Ya Allah hanya engkau Yang Maha Mengatahui dan Maha Pengampun…” humaira’ masih berteleku di tikar sembahyang, terasa badannya letih dan lesu untuk bangun. Air matanya tidak berhenti mengalir bagai banjir yang melimpah. Ketika dirinya terasa kosong, berada di dalam bungkusan telekung sembahyang ini benar mendamaikan jiwanya , setelah menunaikan solat fardhu zohor dia masih diam di tikar sejadah sehinggalah asar pula mengambil waktu.

“Ya Allah kau bantulah aku, Ya Allah aku hanya punya dia seorang yang membuatkan aku berjuang hingga kini. Jika dia adalah pilihanMu untuk kembali padaMU ya Allah, aku mohon kau berikan aku kekuatan semoga aku tergolong di kalagan orang yang sabar, Kau berilah aku petunjuk…”

Doa yang tak putus dari bibir mahupun di hati humaira’, apa lagi yang dia harapkan selain keajaiban, melihat orang tersayang terbaring kaku tidak bergerak. Permintaan nenda yang membuat dirinya semakin terkilan, dia hanya manusia biasa benci dan marah itu ada, bukan tiada kasih mahupun kasihan tetapi di antara dua nyawa itu salah satunya adalah nyawanya.

“Humaira’ selamatkan danial, tolonglah humaira’ nenek rayu humaira’…” masih terngiang-ngiang suara datin sharifah memohon padanya, tetapi apa yang dipohon itu umpama menghiris belati di tangkai jantungnya sendiri.

‘Sampai hati nenek, nenek minta nyawa harith dari humaira’…’ kata-kata itu hanya terbit dari hati humaira’. Lidahnya kelu, tidak menyangka neneknya meminta dia bersetuju untuk memberikan organ harith kepada danial.

Harith adik kandungnya yang ditatang sedari kecil sendirian tanpa sesiapa di sisi setelah kematian ibunya, tetapi sekarang dengan mudah mereka meminta sesuatu yang berharga darinya. Humaira’ mengerti dan jelas dengan perkara sebenar, peluang untuk haris sedar amat tipis kemalangan yang di alami harith dan danial amat serius, pendarahan yang berlaku pada otak harith masih belum berjenti, danial pula kehilangan banyak darah dan hatinya hancur memerlukan hati yang baru, dan sekarang harith yang menjadi cagarannya.

Humaira’, danial pun adik kamu, kamu tak sayang dia…?” datin sharifah masih belum berhenti memujuknya. Hatinya juga remuk melihat kedua cucunya begitu, tetapi apakan daya dia untuk menolong kedua cucunya itu.

‘tapi danial hanya adik sebapa humaira’, baru sebulan bertemu dan berkenalan setelah 18 tahun’ berejauhan, hati humaira’ masih menidakkan. Dibiarkan badannya digoncang datin sharifah. Kakinya sudah tidak kuat untuk berdiri. Dia tidak memberi kata putus sehinggalah kini berada di surau sendirian, masih mencari kekuatan untuk dirinya menghadapi kemungkinan yang berlaku.

********************

“Danial, sarapan...” humaira’ meletakkan dulang yang berisi bubur di sebelah katil danial. Adiknya itu masih terbaring dengan mata tertutup.

“jangan lupa makan ubat,” ujar humaira’ perlahan dia membiarkan danial sendirian.

Tup! Sebaik saja telinga danial mendengar daun pintu biliknya di tutup, dia membuka matanya. Entah kenapa dia tidak dapat memandang wajah humaira’, wajah kakak sebapanya itu sentiasa muram semenjak kemalangan yang berlaku, padahal dulu kakaknya itu seorang yang ceria, pandai berjenaka dan sukamenyakat.

“harith…” danial mengeluh perlahan teringat pada lelaki yang sudah di anggap abang kembarnya.

“waahh tak sangka danial ada abang, kita jadi kembarlah, danial adik dan harith abanglah sebab danial muda dari harith, heheee..”

Harith hanya tersenyum dengan wajah yang mirip papa mereka, danial sedikit cemburu tapi bahagia kerana sekarang dia tahu dia bukan anak tunggal dan tidak sendirian lagi.

Watak harith yang agak pendiam dan pemalu, danial pula peramah, dan humaira’ sesekali danial terkesan sikap kakak yang baru dikenalinya itu dirasakan berlainan sekali, sikap humaira’ penuh jenaka tetapi hanya jika harith ada, jika di hadapannya, humaira’ hanya meyapa sepatah dua kata. Tapi bagi danial mungkin humaira’ memerlukan masa untuk menerima berita yang dia sendiri terkejut, tidak sangka rupanya papa mempunyai isteri lain dan yang tidak di sangka dia merupakan anak kepada isteri kedua bermakna papa meninggalkan isteri pertama dan anak-anaknya. Dia tidak tahu mengapa, nendanya hanya bercerita itu adalah silapnya yang tidak merestui papa berkahwin dengan gadis bukan pilihannya sehinggalah papanya berkahwin dengan mama.

“mama… kenapa orang yang danial sayang cepat tinggalkan danial…” hatinya berbisik.

Jarinya meluncur menggosok balutan di dadanya. Dia sendiri tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya, yang dia ingat dia terbaring di sebelah harith yang sudah tidak bergerak, dia nampak tayar basikal yang berpusing dan sebuah kereta hitam meluncur laju. Sedar sahaja dia sudah terbaring di biliknya, dari nenda dia tahu hampir dua minggu dia tidak sedarkan diri, dan nendanya membawa dia pulang untuk di rawat di rumah sahaja,

“sabar ya danial, allah lebih sayang abang harith…” kata-kata itu sudah cukup untuk danial meraung sendiri. Kehilangan yang tiba-tiba itu menyengat tangkai hatinya.

Petang kejadian dia dan harith sedang berbasikal di taman rekreasi. Masih dia ingat ucapan harith petang itu tetapi tidak pula dia menyagka itu adalah kata pesanan yang terakhir.

“neil, kak humaira’ tu sebenarnya baik, tapi mungkin dia terkejut dengan kedatangan nenek dan juga kehadiran danial, kamu tahukan kami dah lama tidak jumpa papa, tidak tahu mana hilangnya papa, tiba-tiba keluarga papa datang mendadak begini, mengaku kami cucu mereka, kami terkejut…”

“Neil faham…”

“dan lagi neil, abang harap neil lindunglah kak humaira’ dia dah banyak berkorban untuk abang semenjak kematian ummi…”

“kak humaira’ kakak neil, darah daging neil juga… neil teruja bila nenek cakap neil ada adik beradik, neil faham, neil juga terkejut dengan berita ni…”

“tentu ada hikamah di setiap apa yang berlaku…” sambung harith… wajah danial di pandang, "tak sangka dah tua macam ni dapat adik kembar” seloroh harith…

mereka sama-sama ketawa mengingat umur masing-masing sudah memasuki usia 18 tahun.

kenangan hari tu bermain di fikiran danial.

"maaf kan neil kak, kakak kehilangan adik yang paling kakak sayang, neil tahu. neil juga sayang harith dan neil juga sayang kakak." bisisknya perlahan.

****************************

setiap hari di sinilah humaira duduk sendirian di atas batu besar yang menghadap laut membiru, di temani anak kecil yang merupakan anak pembantu rumah nendanya. dia benar sepi semenjak harith tiada, hatinya sedikit demi sedikit telah merelakan pemergian itu, tidak ingin meratapi dengan apa yang terjadi dengan menambahkan kesan buruk pada diri sendiri, dia mula mengarahkan hati dan fikirannya ke arah yang positif, sekarang dia memahami sikap harith yang sentiasa berfikiran positif.

'kita terima sesuatu yang terjadi dengan lapang hati dan percaya pasti ada hikmah yang tersembunyi di berikan Allah,' baris kata yang sering di tuturkan harith.

sekarang dia cuba menerapkan untuk dirinya sendiri pula.

"assalamualaikum, humaira'.."

lamunan humiara' terputus, suara garau yang menyapanya dari belakang mengejutkan humaira'. lambat sekali mulutnya menjawab salam.

"waalaikumussalam.." perlahan sekali dia menjawab.

Humaira' memalingkan wajahnya kepada empunya suara, wajah yang sudah lama tidak di tatap semenjak nendanya mengambil mereka adik beradik untuk tinggal bersama.

"humaira' apa khabar?..."





terime kasih sudi baca.. dan sudi-sudi la komen..

Saturday 9 June 2012

pilihan hati

Desir angin menderu di telinga dan menyerbu ke wajah, percikan ombak yang membias tidak dihiraukan kerana hatinya sakit dan pilu. Apalah salahnya pilihan yang dia buat. Dia benar-benar terpukul apabila pilihan yang telah dia kemukakan itu di tolak kakaknya. Aina melepaskan keluhan kecil, air matanya mengalir perlahan menuruni pipinya dengan harapan dapat membasuhluka di hati. Bibirnya di ketap keras, hatinya turut membentak keras.

“Selamanya aku tetap dengan pilihanku, kenapa susah untuk mereka mengerti perasaanku ini, bukankan itu adalah pilihan yang baik kerana aku memikirkan untuk semua orang, malah untuk adik-adik kecilku. Aku mengerti kesukaan mereka. Tetapi kenapa kakakku tetap sahaja membangkang kataku, tidak membenarkan aku memilih sendiri..”

Hatinya terus bermonolog sendiri” Apa lagi yang harus kulakukan, mengadu pada ayah ibu adalah tidak patut, mereka sedang berada jauh di tanah suci berumrah di sana. Jika mereka ada apakah mereka akan menyokongku atau along? Tapi ini adalah hari aku mengapa perlu di bangkang sesuatu yang aku suka. Malah aku tahu buruk baiknya, adik kembarku sendiri sangat menyenangi pilihanku.”

Aina masih setia berteleku di pesisir pantai itu, melepaskan kesedihan hatinya. Sampai hati along menolak permintaannya, dia tahu pilihannya tidak mempunyai rupa, tapi apalah yang ada dengan rupa bila hati sudah berkenan. Tidak kisahlah jika hitam semata, sekalipun kata along,

“tiada siapa nak pandang nanti, hitam berkilat je yang nampak!”

“biarlah hitam, memang bukan untuk tatapan orang lain pun, tapi hati Aina yang dah berkenan nak buat macam mana..”

Pujukan Aina tidak di hiraukan, malah Erma terus bangun meninggalkan Aina terkulat-kulat di dapur sendirian. Dan Aina membawa hatinya ke tepi pantai ini sendirian lagi.

“angah…”

Aina menoleh bila nama panggilannnya di seru, kelibat Ikmal menghampirinya perlahan. Aina nampak kelibat Iqlima adik kembar Ikmal berjalan jauh di belakang. Mana pernah berpisah kedua adik kembarnya ini. Di mana ada Ikmal di situlah Iqlima.

“marilah balik, dah petang ni…” Ikmal bersuara

“nanti kak long setujulah tu dengan pilihan angah, tak lamanya kak long membantah,” Ikmal cuba memujuk.

Aina memandang wajah Ikmal, adiknya ini bakal menduduki peperiksaan PMR tahun ini, Aina melemparkan kembali pandangannya ke tengah laut, apa yang di pandang dia sendiri tidak tahu yang Nampak hanyalah lautan yang luas terbentang di hadapannya.

“teruk sangat ke pilihan angah ni Ikmal ?” Aina bersuara perlahan, hatinya terusik sedikit untuk mencari ruang meluahkan kesalan di hatinya.

“angah hanya minta pertolongan kak long, bukan memaksa, sekalipun kak long tak ingin tolong, janganlah menentang pula…” Aina terus meluah.

Ikmal di sisi hanya mendengar luahan hati kakaknya. Apalah yang boleh dia tolong, keduanya kakak kesayangan. Matanya menyorot pada susuk tubuh Iqlima adik kembarnya yang sedang leka berkejaran dengan ombak yang menghempas pantai. Apakah dia juga akan mengikut keinginan Iqlima jika hatinya tidak suka dengan pilihan adiknya itu. Tapi jika dia sekalipun pasti akan terhimpit juga di antara kesukaan dan kesayangan.

“angah masih tetap dengan pilihan angah juga?” duga Ikmal

Anis menoleh kembali ke arah wajah Ikmal. Dahinya berkerut. Apakah Ikmal turut akan membantah pilihan hatinya itu?

“angah, Ikmal bukan nak bantah, itukan pilihan angah, Ikmal dengan Iqlima pun suka dengan pilihan angah, tapi…”

“tapi apa? Hitam, tak sesuai? Nanti kena gelak dengan orang? Sebab pelik?” Aina memintas kata-kata Ikmal dengan persoalan yang bertubi-tubi.

“bukanlah…” Ikmal kehilangan kata-kata. Dia melemparkan pandangan ke arah adik kembarnya. Gadis itu masih leka bErmain ombak. Ingatkan Iqlima ingin membantu dia memujuk Aina tapi rupanya Iqlima menyokong Aina jadi Iqlima takkan bersuara.

“Sudahlah! dah lewat petang marilah balik…” Aina bersuara setelah lama mereka saling membisu di situ.

Iqlima dan Ikmal hanya mengekori dari belakang. Dan Aina masih lagi berfikir bagaimana ingin memujuk kak longnya untuk menerima pilihannya. Masa semakin suntuk dia harus perlu mencuba untuk memujuk Erma.

“alahai anak-anak mak sue ni lewat petang baru balik?...”

Mendengar suara dari seseoarang yang Aina amat kenal, membuatkan gadis itu melepaskan keluhan yang semakin berat, sudah pastinya kak long sudah memberitahu mak sue dan sekarang mak sue datang untuk memujuknya pula. Ikmal dan Iqlima berlari ke arah Suhani dengan riang. Didakap dan dipeluk tubuh wanita yang bergelar mak su itu.

Anis meringankan langkahnya menghampiri perempuan itu. Satu-satunya adik perempauan mamanya. Sebenarnya usia mereka tidaklah jauh anis bakal memasuki usia 18 tahun, kak longnya pula sudah memasuki usia 20 tahun, mak su Suhani pula? Baru sahaja memasuki usia 25 tahun, mereka sudah terlalu akrab seperti adik beradik, sekalipun begitu Suhani tidak malu menggelarkan mereka sebagai anak-anaknya. Malah bangga katanya kerana menjadi mak usu kepada mereka adik beradik.

“kenapa ni sayang…” Suhani memaut bahu anis, Erma sudah menceritakan padanya tadi tetapi dia ingin mendengar sendiri dari mulut Aina nabila yang susah untuk berkongsi rahsia ini.

Aina hanya mengelengkan kepala, di panggung kepalanya ke bahu Suhani, lagak seperti anak kecil.

“Ish! Kau Aina, esok dah nak masuk 18 tahun dah, macam budak-budak..,” Erma melemparkan bantal berbentuk hati ke arah Aina, niat di hati ingin menyakat adik manja nan sorang tapi Aina sudah basah di bahu Suhani.

“Aina…” Suhani memegang kedua belah pipi Aina yang sudah banjir dengan air mata.

“mak su tolong Aina, kali ni saja Aina mohon, itu pilihan hati Aina, walau macam mana rupanya. Tapi itu semua Aina fikir untuk semua orang,”

“Aina janganlah buat pelik, tolonglah…” Erma bersuara.

“apa yang peliknya, apa yang Aina nak tu semua tu kesukaan adik-adik, kesukaan along jugak.” Balas Aina perlahan. Apalah salah pilihan yang dibuat itu, esok semakin menjelang. Bukan dia tak mampu, tapi hari bahagia esok dia teringin Erma menolongnya.

Jika mamanya di sisi, sudah lama dia memujuk mama untuk menolongnya tapi sekarang harapannya hanyalah pada kakak nan sorang tapi apa yang dia dapat? bantahan, sampai sekarang dia tak dapat memujuk kakaknya untuk menerima permintaannya.

“apa yang tak peliknya, akak suruh pilih yang lain, tapi Aina pilih yang tu jugak,”

“akak sekali ni je.. tolongla Aina, “ Aina masih tidak berputus asa

Suhani hanya memandang sesi pujuk dan merayu itu…

“sudah, sudah! Mak sue tahu nak buat apa. Erma kita terima saja pilihan Aina tu…”

“Mak su…!!!” dua suara bertingkah. Aina sudah menjerit kesukaan, Erma pula menjerit kesal.

"Mak su mana ada orang sambut hari jadi pakai kek pisang, Aina ni mentang-mentang along offer nak buat kek hari jadi kenapa buat pilihan kek pisang je? Along tahulah, along tak sehebat mama yang pandai buat kek… Cuma kek pisang yang Aina minta?” Erma akhirnya menyuarakan ketidakpuasan yang berbuku di hati.

Aina menunduk, bukan itu maksudnya, Erma setanding mama dalam membuat kek berbanding dirinya yang hanya tahu makan. Tapi kek pisang adalah kesukaan keluarganya, dia ingin mereka semua menikmatinya dengan bahagia esok.

Erma pula bukan dia hendak menentang pilihan Aina tapi dia ada sesuatu yang lain untuk hari bahagia adiknya esok. Salah dia juga yang beria mahu Aina membuat permintaan kepadanya, sekarang bila permintaan sudah dibuat dia pula yang tidak berkenan dengan pilihan Aina.

“Erma… Aina… maksud mak sue, kita terima pilihan Aina tu dan kita tolong dia tapi kita buat dengan versi kita…”

Tapi yang Aina pilih tu tetap harus ada tau…” ujar Aina perlahan.

“iyaa apa yang Aina nak itu tentu ada, tapi biar kak long kamu yang urus…” ujar Suhani.

Erma diam membisu mencerna kata-kata maksunya ‘versi kita…’ dia turut tersenyum tapi disembunyikan senyumnya…Mak su suhani yang amat memahami. Akhirnya masalah terlerai juga, malam itu bertungkus lumus mereka menyediakan kek pisang.

Kenapa Iqlima pun kena tolong? Kan esok kita nak makan je…” Iqlima memuncungkan mulutnya…

Hisshh.. adik ni tau makan jee.. “ Ikmal menarik bibir adiknya dengan tangan yang penuh tepung..

“Ummp umpphh..” Iqlima meronta-ronta minta d lepaskan bibirnya yang terasa kebas…

Ikmal ketawa mengekek melihat wajah kembarnya yang merah. Baru sahaja kepalanya mahu dihempuk dengan dengan plastik tepung…

Ting ting ting……..

Jam loceng di tengah rumah berbunyi kuat, semuanya serentak diam tak berkutik, kecuali Aina yang masih leka menguli tepung…

“selamat hari lahir angah…!!”

“Arghh… “ Aina tersentak tepung sudah bertaburan di atas lantai, rambutnya yang hitam juga sudah bertukar menjadi putih…

Dentingan jam masih berbunyi dalam kiraan 12, Erma turut serta melemparkan telur yang dipegang ke arah Aina, berkejaran Aina mengelilingi meja membalas perbuatan mereka…

Sungguh yang terindah itu adalah kenangan di sisi mereka yang menyayangi dan mengambil berat tentang kita…

*********************

“Along mana kek pisang Aina?” Aina memandang meja bulat yang dihias cantik, tapi kek pilihannya itu tiada… melilau matanya mencari di mana letaknya kek pisang itu. Semalam dia di benarkan tidur awal tanpa sempat melihat kek yang di sediakan siap. Tap apa yang terjadi dia tak mendapati kek pisang yang berwarna coklat hitam kecuali sebiji kek hari jadi yang dihias cantik dan beberapa jenis cup cake yang berbagai rupa…

“comelnya cup cake tu…” Aina sudah tersenyum, nak tergelak pun ada sepasang cup cake yang di letak pisang tercongok di atasnya. Majlis yang diadakan hanyalah menjemput sepupu dan rakan rapatnya…

“unik betul Aina, pandai kak long kau buat kek versi pisang…”

“eh! cup cake pisang, comelnya…”

Aina dan Erma saling berpandangan…

“terima kasih kak long…” bisik hati Aina… Erma seperti mengerti pandangan Aina turut tersenyum puas…

“Kak long… nanti hari lahir Iqlima dengan abang, buatkan kitorang cup cake durian eehh…” Iqlima tiba-tiba memeluk Erma dari arah belakang.

“apa?” Erma yang terkejut lebih terkejut mendengar kata Iqlima…

Suhani sudah ketawa mengekek… bermacam-macam kerenah adik beradik ini… bersama mereka yang menyayangi kita amatlah bahagia…

kredit to my friend nurd_ d atas idea cerita ni... ^^


terime kasih sudi baca.. dan sudi-sudi la komen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...