teks

^_^ ..
apa yang ditaip ini sebagai sebuah perkongsian dan buat bacaan siapa yang sudi ^_^ ..
sekadar ruang menulis dari lubuk hati ^_^ penulis, berimaginasi sendiri dan diluahkan dalam bentuk cerita. terima kasih pada yang sudi membaca. semuanya hanyalah taipan jari jemari penulis blog hijau ^_^ ini...


PsssStt ; buat yg sudi follow
jgn lupa tinggalkan link pada shoutbox ya ^_^
nanti boleh saya jenguk sana pula..

Followers

Saturday 9 June 2012

pilihan hati

Desir angin menderu di telinga dan menyerbu ke wajah, percikan ombak yang membias tidak dihiraukan kerana hatinya sakit dan pilu. Apalah salahnya pilihan yang dia buat. Dia benar-benar terpukul apabila pilihan yang telah dia kemukakan itu di tolak kakaknya. Aina melepaskan keluhan kecil, air matanya mengalir perlahan menuruni pipinya dengan harapan dapat membasuhluka di hati. Bibirnya di ketap keras, hatinya turut membentak keras.

“Selamanya aku tetap dengan pilihanku, kenapa susah untuk mereka mengerti perasaanku ini, bukankan itu adalah pilihan yang baik kerana aku memikirkan untuk semua orang, malah untuk adik-adik kecilku. Aku mengerti kesukaan mereka. Tetapi kenapa kakakku tetap sahaja membangkang kataku, tidak membenarkan aku memilih sendiri..”

Hatinya terus bermonolog sendiri” Apa lagi yang harus kulakukan, mengadu pada ayah ibu adalah tidak patut, mereka sedang berada jauh di tanah suci berumrah di sana. Jika mereka ada apakah mereka akan menyokongku atau along? Tapi ini adalah hari aku mengapa perlu di bangkang sesuatu yang aku suka. Malah aku tahu buruk baiknya, adik kembarku sendiri sangat menyenangi pilihanku.”

Aina masih setia berteleku di pesisir pantai itu, melepaskan kesedihan hatinya. Sampai hati along menolak permintaannya, dia tahu pilihannya tidak mempunyai rupa, tapi apalah yang ada dengan rupa bila hati sudah berkenan. Tidak kisahlah jika hitam semata, sekalipun kata along,

“tiada siapa nak pandang nanti, hitam berkilat je yang nampak!”

“biarlah hitam, memang bukan untuk tatapan orang lain pun, tapi hati Aina yang dah berkenan nak buat macam mana..”

Pujukan Aina tidak di hiraukan, malah Erma terus bangun meninggalkan Aina terkulat-kulat di dapur sendirian. Dan Aina membawa hatinya ke tepi pantai ini sendirian lagi.

“angah…”

Aina menoleh bila nama panggilannnya di seru, kelibat Ikmal menghampirinya perlahan. Aina nampak kelibat Iqlima adik kembar Ikmal berjalan jauh di belakang. Mana pernah berpisah kedua adik kembarnya ini. Di mana ada Ikmal di situlah Iqlima.

“marilah balik, dah petang ni…” Ikmal bersuara

“nanti kak long setujulah tu dengan pilihan angah, tak lamanya kak long membantah,” Ikmal cuba memujuk.

Aina memandang wajah Ikmal, adiknya ini bakal menduduki peperiksaan PMR tahun ini, Aina melemparkan kembali pandangannya ke tengah laut, apa yang di pandang dia sendiri tidak tahu yang Nampak hanyalah lautan yang luas terbentang di hadapannya.

“teruk sangat ke pilihan angah ni Ikmal ?” Aina bersuara perlahan, hatinya terusik sedikit untuk mencari ruang meluahkan kesalan di hatinya.

“angah hanya minta pertolongan kak long, bukan memaksa, sekalipun kak long tak ingin tolong, janganlah menentang pula…” Aina terus meluah.

Ikmal di sisi hanya mendengar luahan hati kakaknya. Apalah yang boleh dia tolong, keduanya kakak kesayangan. Matanya menyorot pada susuk tubuh Iqlima adik kembarnya yang sedang leka berkejaran dengan ombak yang menghempas pantai. Apakah dia juga akan mengikut keinginan Iqlima jika hatinya tidak suka dengan pilihan adiknya itu. Tapi jika dia sekalipun pasti akan terhimpit juga di antara kesukaan dan kesayangan.

“angah masih tetap dengan pilihan angah juga?” duga Ikmal

Anis menoleh kembali ke arah wajah Ikmal. Dahinya berkerut. Apakah Ikmal turut akan membantah pilihan hatinya itu?

“angah, Ikmal bukan nak bantah, itukan pilihan angah, Ikmal dengan Iqlima pun suka dengan pilihan angah, tapi…”

“tapi apa? Hitam, tak sesuai? Nanti kena gelak dengan orang? Sebab pelik?” Aina memintas kata-kata Ikmal dengan persoalan yang bertubi-tubi.

“bukanlah…” Ikmal kehilangan kata-kata. Dia melemparkan pandangan ke arah adik kembarnya. Gadis itu masih leka bErmain ombak. Ingatkan Iqlima ingin membantu dia memujuk Aina tapi rupanya Iqlima menyokong Aina jadi Iqlima takkan bersuara.

“Sudahlah! dah lewat petang marilah balik…” Aina bersuara setelah lama mereka saling membisu di situ.

Iqlima dan Ikmal hanya mengekori dari belakang. Dan Aina masih lagi berfikir bagaimana ingin memujuk kak longnya untuk menerima pilihannya. Masa semakin suntuk dia harus perlu mencuba untuk memujuk Erma.

“alahai anak-anak mak sue ni lewat petang baru balik?...”

Mendengar suara dari seseoarang yang Aina amat kenal, membuatkan gadis itu melepaskan keluhan yang semakin berat, sudah pastinya kak long sudah memberitahu mak sue dan sekarang mak sue datang untuk memujuknya pula. Ikmal dan Iqlima berlari ke arah Suhani dengan riang. Didakap dan dipeluk tubuh wanita yang bergelar mak su itu.

Anis meringankan langkahnya menghampiri perempuan itu. Satu-satunya adik perempauan mamanya. Sebenarnya usia mereka tidaklah jauh anis bakal memasuki usia 18 tahun, kak longnya pula sudah memasuki usia 20 tahun, mak su Suhani pula? Baru sahaja memasuki usia 25 tahun, mereka sudah terlalu akrab seperti adik beradik, sekalipun begitu Suhani tidak malu menggelarkan mereka sebagai anak-anaknya. Malah bangga katanya kerana menjadi mak usu kepada mereka adik beradik.

“kenapa ni sayang…” Suhani memaut bahu anis, Erma sudah menceritakan padanya tadi tetapi dia ingin mendengar sendiri dari mulut Aina nabila yang susah untuk berkongsi rahsia ini.

Aina hanya mengelengkan kepala, di panggung kepalanya ke bahu Suhani, lagak seperti anak kecil.

“Ish! Kau Aina, esok dah nak masuk 18 tahun dah, macam budak-budak..,” Erma melemparkan bantal berbentuk hati ke arah Aina, niat di hati ingin menyakat adik manja nan sorang tapi Aina sudah basah di bahu Suhani.

“Aina…” Suhani memegang kedua belah pipi Aina yang sudah banjir dengan air mata.

“mak su tolong Aina, kali ni saja Aina mohon, itu pilihan hati Aina, walau macam mana rupanya. Tapi itu semua Aina fikir untuk semua orang,”

“Aina janganlah buat pelik, tolonglah…” Erma bersuara.

“apa yang peliknya, apa yang Aina nak tu semua tu kesukaan adik-adik, kesukaan along jugak.” Balas Aina perlahan. Apalah salah pilihan yang dibuat itu, esok semakin menjelang. Bukan dia tak mampu, tapi hari bahagia esok dia teringin Erma menolongnya.

Jika mamanya di sisi, sudah lama dia memujuk mama untuk menolongnya tapi sekarang harapannya hanyalah pada kakak nan sorang tapi apa yang dia dapat? bantahan, sampai sekarang dia tak dapat memujuk kakaknya untuk menerima permintaannya.

“apa yang tak peliknya, akak suruh pilih yang lain, tapi Aina pilih yang tu jugak,”

“akak sekali ni je.. tolongla Aina, “ Aina masih tidak berputus asa

Suhani hanya memandang sesi pujuk dan merayu itu…

“sudah, sudah! Mak sue tahu nak buat apa. Erma kita terima saja pilihan Aina tu…”

“Mak su…!!!” dua suara bertingkah. Aina sudah menjerit kesukaan, Erma pula menjerit kesal.

"Mak su mana ada orang sambut hari jadi pakai kek pisang, Aina ni mentang-mentang along offer nak buat kek hari jadi kenapa buat pilihan kek pisang je? Along tahulah, along tak sehebat mama yang pandai buat kek… Cuma kek pisang yang Aina minta?” Erma akhirnya menyuarakan ketidakpuasan yang berbuku di hati.

Aina menunduk, bukan itu maksudnya, Erma setanding mama dalam membuat kek berbanding dirinya yang hanya tahu makan. Tapi kek pisang adalah kesukaan keluarganya, dia ingin mereka semua menikmatinya dengan bahagia esok.

Erma pula bukan dia hendak menentang pilihan Aina tapi dia ada sesuatu yang lain untuk hari bahagia adiknya esok. Salah dia juga yang beria mahu Aina membuat permintaan kepadanya, sekarang bila permintaan sudah dibuat dia pula yang tidak berkenan dengan pilihan Aina.

“Erma… Aina… maksud mak sue, kita terima pilihan Aina tu dan kita tolong dia tapi kita buat dengan versi kita…”

Tapi yang Aina pilih tu tetap harus ada tau…” ujar Aina perlahan.

“iyaa apa yang Aina nak itu tentu ada, tapi biar kak long kamu yang urus…” ujar Suhani.

Erma diam membisu mencerna kata-kata maksunya ‘versi kita…’ dia turut tersenyum tapi disembunyikan senyumnya…Mak su suhani yang amat memahami. Akhirnya masalah terlerai juga, malam itu bertungkus lumus mereka menyediakan kek pisang.

Kenapa Iqlima pun kena tolong? Kan esok kita nak makan je…” Iqlima memuncungkan mulutnya…

Hisshh.. adik ni tau makan jee.. “ Ikmal menarik bibir adiknya dengan tangan yang penuh tepung..

“Ummp umpphh..” Iqlima meronta-ronta minta d lepaskan bibirnya yang terasa kebas…

Ikmal ketawa mengekek melihat wajah kembarnya yang merah. Baru sahaja kepalanya mahu dihempuk dengan dengan plastik tepung…

Ting ting ting……..

Jam loceng di tengah rumah berbunyi kuat, semuanya serentak diam tak berkutik, kecuali Aina yang masih leka menguli tepung…

“selamat hari lahir angah…!!”

“Arghh… “ Aina tersentak tepung sudah bertaburan di atas lantai, rambutnya yang hitam juga sudah bertukar menjadi putih…

Dentingan jam masih berbunyi dalam kiraan 12, Erma turut serta melemparkan telur yang dipegang ke arah Aina, berkejaran Aina mengelilingi meja membalas perbuatan mereka…

Sungguh yang terindah itu adalah kenangan di sisi mereka yang menyayangi dan mengambil berat tentang kita…

*********************

“Along mana kek pisang Aina?” Aina memandang meja bulat yang dihias cantik, tapi kek pilihannya itu tiada… melilau matanya mencari di mana letaknya kek pisang itu. Semalam dia di benarkan tidur awal tanpa sempat melihat kek yang di sediakan siap. Tap apa yang terjadi dia tak mendapati kek pisang yang berwarna coklat hitam kecuali sebiji kek hari jadi yang dihias cantik dan beberapa jenis cup cake yang berbagai rupa…

“comelnya cup cake tu…” Aina sudah tersenyum, nak tergelak pun ada sepasang cup cake yang di letak pisang tercongok di atasnya. Majlis yang diadakan hanyalah menjemput sepupu dan rakan rapatnya…

“unik betul Aina, pandai kak long kau buat kek versi pisang…”

“eh! cup cake pisang, comelnya…”

Aina dan Erma saling berpandangan…

“terima kasih kak long…” bisik hati Aina… Erma seperti mengerti pandangan Aina turut tersenyum puas…

“Kak long… nanti hari lahir Iqlima dengan abang, buatkan kitorang cup cake durian eehh…” Iqlima tiba-tiba memeluk Erma dari arah belakang.

“apa?” Erma yang terkejut lebih terkejut mendengar kata Iqlima…

Suhani sudah ketawa mengekek… bermacam-macam kerenah adik beradik ini… bersama mereka yang menyayangi kita amatlah bahagia…

kredit to my friend nurd_ d atas idea cerita ni... ^^


terime kasih sudi baca.. dan sudi-sudi la komen..

0 budak comel dah komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...