teks

^_^ ..
apa yang ditaip ini sebagai sebuah perkongsian dan buat bacaan siapa yang sudi ^_^ ..
sekadar ruang menulis dari lubuk hati ^_^ penulis, berimaginasi sendiri dan diluahkan dalam bentuk cerita. terima kasih pada yang sudi membaca. semuanya hanyalah taipan jari jemari penulis blog hijau ^_^ ini...


PsssStt ; buat yg sudi follow
jgn lupa tinggalkan link pada shoutbox ya ^_^
nanti boleh saya jenguk sana pula..

Followers

Sunday 24 June 2012

bahagian kasih... (2)

“haikal… baik Alhamdulillah. bila haikal pulang? Macam mana haikal tahu saya di sini? Maaf saya tak khabarkan awal-awal yang saya berpindah ke sini.” Panjang lebar bicara humaira dan bertalu-talu soalan yang keluar, haikal sekadar tersenyum memandang gadis itu dalam balutan tudung hijau pemberiannya suatu ketika dulu.

“takziah humaira’” ujar haikal perlahan.

Humiara’ diam. Bibirnya terlakar senyum yang pasti bukan gembira, tetapi pengubat jiwa.

“Sudah 3 bulan haikal balik, berbulan haikal cari humaira’ tak sangka mak usu humaira’ turut pindah, merata haikal cari humaira’. Email haikal pun maira’ tidak balas. Nombor telefon maira’ pun tukar.” Kali ini haikal pula bertutur dalam senada.

“maaf haikal semuanya berlaku mendadak.” Ujar humaira’ perlahan. Di pandang wajah pemuda di hadapannya itu, bermakna sebaik sahaja dia berpindah rumah ketika itu juga haikal pulang. Tangannya menggamit huluran tangan kecil saira yang sedang menemaninya di situ. Anak kecil itu hanya tersenyum memandang wajah pemuda asing di depannya.

“macam mana haikal tahu maira di sini?”

“nenda maira’ yang beritahu..” haikal melabuhkan punggungnya kea rah sebiji batu kecil. Dia berada di bawah sementara humaira berada di atas batu besar tinggi di atas.

“nenda?” dahi humaira berkerut, sedikit hairan. Tetapi dia malas ingin bertanya lanjut. Bagaimana haikal atau nenda saling mengenali.

“apa khabar danial sekarang? Sudah hampir 3 bulan semuanya berlaku. Humaira sendiri apa khabar?”

“danial sudah semakin sembuh, Cuma dia nampak lebih pendiam dari yang humaira’ kenal.” Humaira teringatkan danial benar pemuda itu sedikit pendiam kini. Sebulan sebelum kemalangan itu berlaku dan tempoh singkat mereka berkenalan sebagai adik beradik, humaira’ mengenali danial seorang yang periang dan peramah, aktif dalam segala sukan. Tetapi kini danial hanya senyum dan mengiakan sahaja percakapan orang di sekelilingnya.

“Mungkin dia sendiri masih terkejut, nenda ada bercerita yang mereka berdua amat rapat semenjak mereka bertemu.” Haikal memandang ke arah humaira’.

“maira’ sendiri dengan danial?” haikal sekadar bertanya. Ingin menduga hati kecil perempuan itu. Dia sudah mengetahui apa yang berlaku. Datin sharifah telah berjumpa dengannya dan telah menceritakan segalanya. Sekalipun terkilan tidak dapat berjumpa harith yang sudah dianggap adik itu, dia redho.

Humiara’ diam, apa perasaannya? Dia sendiri tiada jawapan. Tetapi yang pasti setiap kali memandang danial hatinya sakit dan pilu, teringatkan harith. Terkadang hatinya berbicara jahat ‘kenapa harith? Kenapa tidak danial?’

Berkali-kali dia beristighfar menghilang kata jahat yang sering terbayang di mindanya. Dia sedar layanannya kepada danial semakin hambar, dan dingin.

Danial sudah semakin sembuh. Datin sharifah mengupah jururawat di rumah. Sekalipun begitu humaira’ turut membantu merawat danial walaupun dengan separuh hati. Bukan tidak percaya tetapi dia hanya ingin melihat danial sembuh. Sekalipun begitu dia belum pernah memulakan bicara dengan danial jika pemuda itu tidak bertanya.

“humaira’. Boleh haikal jumpa danial? Nak berkenalan dengan adik humiara’ tu…”

“boleh, tadi humaira’ keluar rumah dia masih tidur, subuh tadi dia mengadu pening kepala, humaira’ tinggalkan dia sarapan saja. Nanti nak balik masak makan tengah hari pula, haikal makan tengah hari di sini ya, lagipun tengah hari nanti nenda pulang dari butik. Boleh jumpa nenda.” Humaira bersuara riang mungkin sudah lama tidak berjumpa dengan haikal setelah tiga tahun mereka tidak bersua bermula ketika haikal melanjutkan pelajarannya ke timur tengah.

“baiklah, tapi sempat humiara’ masak tengah hari sebab dah hampir jam 12 tengah hari ni.” Haikal memandang pergelangan tangannya yang tersarung jam tangan.

“hah?” mata humaira’ turut terbuntang melihat jarum jam sudah hampir angka 12.

Haikal menahan tawa, benarlah telahannya. Humaira’ tidak sedar masa yang berlalu. Pasti gadis ini cuba menghabiskan dan membuang apa kusut di hati sehingga tidak sedar dengan sekeliling.

Humaira’ tersengih dan haikal hanya menggelengkan kepalanya.

*****************

Humaira’ tersenyum sendirian, tangannya sibuk mengacau bubur yang sedang mendidih di atas api. Siang tadi segalanya terjawab pertemuan nenda dengan haikal memang tak disangka. Rupanya haikal pernah menolong datin sharifah dalam urusan jual beli dengan pembekal jubbah abaya dari negeri syiria. Dan semuanya berlaku hinggalah hari ini, haikal telah membuatkannya tidak mampu menyembunyikan senyum. Sudah kembang semangkuk senyumnya terasa pipinya sudah merah dan panas apabila haikal menyuarakan hati untuk menyuntingnya. Nenda pula telah melakukan babak haru, apabila wanita itu menitiskan air mata. Suka katanya dan tidak sabar melihat cucunya akad nikah.

Danial juga mengalukan kedatangan haikal dengan senang hati, tanda menerima kunjungan dia duduk bersama makan tengah hari di meja. Sekalipun di tegah haikal tapi danial pandai mengambil hati. Ingin berkenalan dengan bakal abang katanya. Humaira’ sedikit terharu dengan penerimaan danial. Tanpa ada ingatan lalu mereka berborak dan bercerita tentang perihal masing. Tiada siapa yang menyuarakan cerita tentang harith. Sama ada mereka terlupa atau tiada yang ingin meredupkan suasana yang hangat dengan bicara dan tawa. Humaira’ sendiri tidak mampu menyembunyikan tawa. Sekalipun hatinya sedikit pilu dan membuat andaian jika harith ada di satu sudut mereka sedang bersama mengalun ketawa bahagia.

“humaira…” bahunya disentuh dari belakang. Humaira’ sedikit terperanjat. Datin sharifah tersenyum.

“Nenda…”

“buat apa tu?” datin sharifah menjengul mukanya ke arah mangkuk bubur yang di pegang humaira’.

“bubur untuk danial, dian cakap nak makan bubur lagi tadi.” ujar humaira’.

“iyalah, ni nenda nak bagitahu yang nenda kena keluar malam ni. Ada urusan dengan pembekal pemborong, humaira’ tak perlu tunggu nenda makanlah malam habis maghrib ni nenda keluar terus..”

“meeting malam-malam nenda?” soal humaira’. “kenapa malam-malam ni. Maira’ bimbang, nenda keluar dengan siapa?”

“nanti mak usu kamu datang ambil nenda, dia yang perkenalkan pemborong tu. Kami nak keluar maghrib ni sebab nak ke masjid pekan baru dengar kuliah di di situ. Kebetulan pula pemborong itu pun tinggal di situ. Itu yang nenda nak pergi ni. Alang-alang kita cari rezeki dunia. Kita tambah bekal akhirat juga…”

“lega humaira’ dengar macam tu, nenek ni bercakap pun sudah seperti ustazah..” gurau humaira’ manja. Satu cubitan halus di terima.

Datin sharifah meminta diri ingin bersiap. Malam itu tinggal humaira’ dan kak tom pembantu rumah. Naili jururawat yang di upah nenek sedang bercuti. Hati humaira’ sedikit nyaman. Mungkin kesan hari siang yang belum hilang dan masih menghangatkan hatinya. Sebaik sahaj dia berpuas hati dengan buburnya dia menutup api. Dia ingin membersihkan diri dan solat maghrib. Niat di hati ingin menyambung surah yang dibaca semalam untuk disedekahkan kepada mereka yang telah pergi. Dia menyiapkan dahulu bubur untuk memudahkan dia menghidangnya selepas isya’. Bunyi suara pembantu rumahnya sedang mengajar saira si kecil berusia 6 tahun membaca muqaddam menambahkan ketenangan di hati humaira’.


terime kasih sudi baca.. dan sudi-sudi la komen..

0 budak comel dah komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...