teks

^_^ ..
apa yang ditaip ini sebagai sebuah perkongsian dan buat bacaan siapa yang sudi ^_^ ..
sekadar ruang menulis dari lubuk hati ^_^ penulis, berimaginasi sendiri dan diluahkan dalam bentuk cerita. terima kasih pada yang sudi membaca. semuanya hanyalah taipan jari jemari penulis blog hijau ^_^ ini...


PsssStt ; buat yg sudi follow
jgn lupa tinggalkan link pada shoutbox ya ^_^
nanti boleh saya jenguk sana pula..

Followers

Thursday 4 October 2012

sebuah permulaan


Gelak ketawa dan usik mengusik kedengaran nyaring dari arah sebuah sebilik tiba-tiba sepi bila di tegur satu suara garau.

“Nur, orang dah datang tu…”

‘Hah! Cepatnya sampai… ya Allah.. aku takut’ seorang gadis yang sedang dikelilingi anak saudara itu kelihatan kalut.

Senyum yang terukir tadi sudah bertukar dengan getapan bibir menahan debar di hati, matanya yang galak sudah digenangi air mata.


“hisshh.. menangis apa pula,” kak azie selaku juruandam tak bertauliah malam itu mengusik, sambil tangannya sibuk membetulkan tudung yang dipakai Nur…
Nur hanya berdiam diri dibiarkan sahaja kakak ipar tersayang itu menghias dirinya sekadar menampakkan sedikit seri… ingatannya terbang entah ke mana.

Dua hari sebelum itu….
“jadi keluarga Hadi datang malam ni…” Nurul menyoal ibunya yang sedang leka mengadun bahan untuk dibuat sedikit kuih pencuci mulut.

“jadi…”

Nur menggetap bibir, hatinya yang berdebar semakin kecut mendengar sepatah jawapan ibunya itu.

Kakak ipar dan abangnya sibuk menolong mengemas rumah dan dia? buntu sendiri…
“Nanti Nur angkat air ke ruang tamu,” suara kak azie kedengaran seperti sebuah arahan,  Nur diam tanpa reaksi.

“lepas tu tuang air sekali, iyalah Hadi tak pernah tengok Nur, waktu ini bolehlah dia kenal Nur,”
“hah?” mulut Nur terlopong, tidakkk… hatinya menjerit-jerit. Tapi apa yang boleh dia cakap bila kak azie yang bersuara, nak mintak tolong pada mak, takkan dilayannya, hendak mengadu pada abang tentulah siang hari lagi duduk sebelah isteri tersayang ni.

Kakak ipar yang sulong hanya tersenyum tanda dia tidak tahu menahu atau dalam erti kata bantah sendiri kalau berani…

‘ ini penderaan namanya…’ hati Nurul menangis sendiri…

Masa yang berjalan teras cepat sekali, tetamu sudah pun Hadir dan sedang disambut oleh ahli keluarganya, dan Nur menyibukkan diri di dapur, menyusun pinggan, menambah cawan, sengaja mencari kerja, sewaktu melintas pintu dapur Nur menjeling kelibat tetamu-tetamu yang baru sahaja menapak masuk ke ruang tamu satu persatu.

‘ok, hanya dua orang wanita dan dua orang lalaki’ desis hatinya. Dia sudah mengenali dua wanita itu, mak mah dan kak yah, dan salah seorang lelaki itu adalah suami kepada kak yah. Seorang lagi pemuda yang Nur agak mungkin belasan tahun, dia yakin itu adik kepada Hadi, sekalipun dia sendiri tidak pernah mengenali Hadi tapi dia yakin yang itu adik Hadi.
Nurul melangkah perlahan ke ruang tamu, dia tahu adab, dan tidak sopan jika dia tidak keluar menyambut tetamu dan tidak kelaur bersalam.

Nur duduk bersimpuh di tepi kak azie, mak mah dan ibunya rancak berbual, Nur hanya mendiamkan diri. sedang tetamu lelaki dan abang-abangnya duduk di atas kerusi membelakangi kelompok perempuan.

Sedang Nur melayan perasaan sendiri. Kak azie tiba-tiba bersuara.
“Yang mana satu bakalnya? Kita belum kenal lagi Hadi ni…”
Hati Nur berdetak laju, ‘kak azie ni boleh tahan…’
“Yang mana nak kenal ni, toleh sekejap ke belakang  hendak kenal,” kak azie makin galak mengusik.

Siapa yang kak azie usik? Bukan Hadi tidak Hadirkah malam ni?’ detik hati Nur. Ha?
‘Ya Allah itukah dia? Diakah yang ingin di pertemukan itu, kenapa awet muda sangat? Bukankah umur Hadi sudah 30 tahun?’ Nur tidak senang duduk, sebaik sahaja Hadi menoleh ke arah kelompok perempuan, Nur pula menolehke arah lain. Malu menerpa dirinya.
‘ya Allah kau lindungi hati aku, aku malu berdepan dengan lelaki ajnabi’

Bukan tidak pernah dia berhadapan dengan lelaki dalam urusan-urusan kerja, tetapi dalam keadaan pertemuan yang membawa hajat begini, dia malu.
Mak mah masih rancak berbual dengan ibu tanpa menghiraukan orang sekeliling, entah apa yang mereka bincang tidak ada yang ambil tahu.

“Nur angkat air,” langkah Nur berat, dia tahu arahan yang dipesan kak azie siang tadi harus dilaksana.
‘ Masyaallah ya Allah aku takut, aku malu…’ hati Nur beristighfar dan berdoa memohon kekuatan. Nur  menatang dulang kearah meja, sambil di ekori kak azie yang membawa piring kuih.

Dengan cermat dia meletakkan dulang, dan berkira-kira ingin bangun menyelamatkan diri, tapi kak azie lebih pantas mengatur cawan kosong di hadapan Nur satu persatu tanda dia tidak lupa pada pesanan tadi.

Nur menurut dengan menuangkan air ke dalam cawan kosong yang tersedia di depannya, kulit mukanya terasa tebal, malu dan takut bercampur. Susuk badan Hadi yang berada di sebalah kirinya tidak dipandang. Pandangan Nur hanya seluas meja yang sedang dihidang dengan hidangan itu. Tiada lagi pemandangan di hadapan mahupun di sisi.

Selesai menuang air, dia terus berlalu ke dapur, terpaku di sudut dinding, kak azie sudah tidak menghiraukan dia, mungkin memberi peluang untuk Nur bertenang.

‘Ya Allah malunya, tidak! aku takkan lagi tuang air,’ hatinya menjerit-jerit.
Dia tahu Hadi pasti memandang gerak geri kakunya tadi, dia tidak peduli yang dia tahu ingin cepat-cepat menyembunyikan diri.

Malam yang berlalu membawa berita yang tak disangka, keluarga Hadi bukan sekadar datang untuk mempertemukan bakal pasangan tetapi untuk menetapkan tarikh pertunangan. Nur gusar sendiri terimakah Hadi dengan pilihan ibunya ini?

Ibu sudahpun bersetuju, abang-abang dan kakak- iparnya menyokong, apa lagi yang harus Nur katakan, baginya pilihan keluarga itu pastilah untuk kebaikan dirinya. Tetapi dia tidak tahu apa pandangan Hadi pada dirinya kerana pemuda itu juga hanya menurut perancangan keluarga.
Sehinggalah malam ini, cincin sudah tersarung di jari sebagai tanda pengikat untuk melangkah ke sebuah hubungan baru.

Dan Nur masih dengan perasaan malunya, tetamu yang Hadir terdiri dari kedua belah pihak kelurga, dan pandangan Nur hanya mampu memandang sekadar ruang perempuan, dia tidak tahu berapa ramai tetamu lelaki yang Hadir, dan dia tidak mencari kelibat Hadi, Hadir atau tidak.

Sehinggalah majlis selesai dan tetamu beransur pulang, Nur memandang cincin di jari, terasa hidupnya berat dengan tanda ini, kerana lebih banyak yang perlu dia pelajari bermula dari sekarang.

Tit… tittt… talifonnya berbunyi menandakan satu mesej telah sampai, Nur memandang nombor yang tidak mengeluarkan nama itu, bermaksud nombor itu belum ada dalam simpannya.
013.. : assalamualaikum…

Hati Nur berdetak lagi, dia pasti siapa gerangan yang menghantar sms itu, tangannya teragak-agak untuk membalasnya, malu dan segan itu sudah sebati.

Waalaikumussalam…. “ Nur menjawab juga dengan ringkas.

Di hatinya berdoa jika ini adalah jodoh yang terbaik buat dirinya, dan agamanya, semoga Allah mempermudahkan urusan mereka. 


terime kasih sudi baca.. dan sudi-sudi la komen..

0 budak comel dah komen:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...