Desir angin menderu di telinga dan
menyerbu ke wajah, percikan ombak yang membias tidak dihiraukan kerana hatinya
sakit dan pilu. Apa salah pilihan yang dia buat? dia benar-benar terpukul
apabila pilihan yang telah dia kemukakan itu ditolak kakaknya. Aina melepaskan
keluhan kecil, air matanya mengalir perlahan menuruni pipinya dengan harapan
dapat membasuh luka di hati. Bibirnya diketap keras, hatinya turut membentak
keras.
“Selamanya aku tetap dengan pilihanku,
kenapa susah untuk mereka mengerti perasaanku ini, bukankan itu adalah pilihan
yang baik kerana aku memikirkan untuk semua orang, malah untuk adik-adik ku. Aku mengerti kesukaan mereka. Tetapi kenapa kakakku tetap sahaja
membangkang kataku, tidak membenarkan aku memilih sendiri. Aku buntu.”
Hatinya terus bermonolog sendiri” Apa
lagi yang harus kulakukan, mengadu pada ayah ibu adalah tidak patut, mereka
sedang berada jauh di tanah suci berumrah di sana. Jika mereka ada apakah
mereka akan menyokongku atau along? Tapi ini adalah hari aku mengapa perlu di
bangkang sesuatu yang aku suka. Malah aku tahu buruk baiknya, adik kembarku
sendiri sangat menyenangi pilihanku.”
Aina masih setia berteleku di pesisir
pantai itu, melepaskan kesedihan hatinya. Sampai hati along menolak permintaannya,
dia tahu pilihannya tidak mempunyai rupa, tapi apalah yang ada dengan rupa bila
hati sudah berkenan. Tidak kisahlah jika
hitam semata, sekalipun kata along,
“tiada siapa nak pandang nanti, hitam
berkilat je yang Nampak!”
“biarlah hitam, memang bukan untuk
tatapan orang lain pun, tapi hati Aina yang dah berkenan nak buat macam mana..”
Pujukan Aina tidak dihiraukan, malah Erma
terus bangun meninggalkan Aina terkulat-kulat di dapur sendirian. Dan Aina
membawa hatinya di tepi pantai ini sendirian lagi.
“angah…”
Aina menoleh bila nama panggilannnya diseru, kelibat Ikmal menghampirinya perlahan. Aina nampak kelibat Iqlima adik
kembar Ikmal berjalan jauh di belakang. Mana pernah berpisah kedua adik
kembarnya ini. Di mana ada Ikmal di situlah Iqlima.
“marilah balik, dah petang ni…” Ikmal
bersuara
“nanti kak long setujulah tu dengan
pilihan angah, tak lamanya kak long membantah,” Ikmal cuba memujuk.
Aina memandang wajah Ikmal, adiknya ini
bakal menduduki peperiksaan PMR tahun ini, Aina melemparkan kembali pandangannya
ke tengah laut, apa yang di pandang dia sendiri tidak tahu yang Nampak hanyalah
lautan yang luas terbentang di hadapannya.
“teruk sangat ke pilihan angah ni Ikmal
?” Aina bersuara perlahan, hatinya terusik sedikit untuk mencari ruang
meluahkan kesalan di hatinya.
“angah hanya minta pertolongan kak long,
bukan memaksa, sekalipun kak long tak ingin tolong, janganlah menentang pula…” Aina
terus meluah.
Ikmal di sisi hanya mendengar luahan hati
kakaknya. Apalah yang boleh dia tolong, keduanya kakak kesayangan. Matanya
menyorot pada susuk tubuh Iqlima adik kembarnya yang sedang leka berkejaran
dengan ombak yang menghempas pantai. Apakah dia juga akan mengikut keinginan Iqlima
jika hatinya tidak suka dengan pilihan adiknya itu. Tapi jika dia sekalipun pasti
akan terhimpit juga di antara kesukaan dan kesayangan.
“angah masih tetap dengan pilihan angah
juga?” duga Ikmal
Anis menoleh kembali ke arah wajah Ikmal.
Dahinya berkerut. Apakah Ikmal turut akan membantah pilihan hatinya itu?
“angah, Ikmal bukan nak bantah, itukan
pilihan angah, Ikmal dengan Iqlima pun suka dengan pilihan angah, tapi…”
“tapi apa? Hitam, tak sesuai? Nanti kena
gelak dengan orang? Sebab pelik?” Aina memintas kata-kata Ikmal dengan
persoalan yang bertubi-tubi.
“bukanlah…” Ikmal kehilangan kata-kata.
Dia melemparkan pandangan ke arah adik kembarnya. Gadis itu masih leka bermain
ombak. Ingatkan Iqlima ingin membantu dia memujuk Aina tapi rupanya Iqlima
menyokong Aina jadi Iqlima takkan bersuara.
“Sudahlah! dah lewat petang marilah balik…” Aina
bersuara setelah lama mereka saling membisu di situ.
Iqlima dan Ikmal hanya mengekori dari
belakang. Dan Aina masih lagi berfikir bagaimana ingin memujuk kak longnya
untuk menerima pilihannya. Masa semakin suntuk dia harus perlu mencuba untuk
memujuk Erma.
“alahai anak-anak mak sue ni lewat petang
baru balik?...”
Mendengar suara dari seseoarang yang Aina
amat kenal, membuatkan gadis itu melepaskan keluhan yang semakin berat, sudah
pastinya kak long sudah memberitahu mak sue dan sekarang mak sue datang untuk
memujuknya pula. Ikmal dan Iqlima berlari ke arah Suhani dengan riang. Didakap
dan dipeluk tubuh wanita yang bergelar mak su itu.
Anis meringankan langkahnya menghampiri
perempuan itu. Satu-satunya adik perempauan mamanya. Sebenarnya usia mereka
tidaklah jauh anis bakal memasuki usia 18 tahun, kak longnya pula sudah
memasuki usia 20 tahun, mak su Suhani pula? Baru sahaja memasuki usia 25 tahun,
mereka sudah terlalu akrab seperti adik beradik, sekalipun begitu Suhani tidak
malu menggelarkan mereka sebagai anak-anaknya. Malah bangga katanya kerana
menjadi mak usu kepada mereka adik beradik.
“kenapa ni sayang…” Suhani memaut bahu
anis, Erma sudah menceritakan padanya tadi tetapi dia ingin mendengar sendiri
dari mulut Aina nabila yang susah untuk berkongsi rahsia ini.
Aina hanya mengelengkan kepala, di
panggung kepalanya ke bahu Suhani, lagak seperti anak kecil.
“Ish! Kau Aina, esok dah nak masuk 18
tahun dah, macam budak-budak..,” Erma melemparkan bantal berbentuk hati ke arah
Aina, niat di hati ingin menyakat adik manja nan sorang tapi Aina sudah basah
di bahu Suhani.
“Aina…” Suhani memegang kedua belah pipi Aina
yang sudah banjir dengan air mata.
“mak su tolong Aina, kali ni saja Aina
mohon, itu pilihan hati Aina, walau macam mana rupanya. Tapi itu semua Aina fikir
untuk semua orang,”
“Aina janganlah buat pelik, tolonglah…” Erma
bersuara.
“apa yang peliknya, apa yang Aina nak tu
semua tu kesukaan adik-adik, kesukaan along jugak.” Balas Aina perlahan. Apalah
salah pilihan yang dibuat itu, esok semakin menjelang. Bukan dia tak mampu,
tapi hari bahagia esok dia teringin Erma menolongnya.
Jika mamanya di sisi, sudah lama dia memujuk
mama untuk menolongnya tapi sekarang harapannya hanyalah pada kakak nan sorang
tapi apa yang dia dapat? bantahan, sampai sekarang dia tak dapat memujuk
kakaknya untuk menerima permintaannya.
“apa yang tak peliknya, akak suruh pilih
yang lain, tapi Aina pilih yang tu jugak,”
“akak sekali ni je.. tolongla Aina, “ Aina
masih tidak berputus asa
Suhani hanya memandang sesi pujuk dan
merayu itu…
“sudah, sudah! Mak sue tahu nak buat apa.
Erma kita terima saja pilihan Aina tu…”
“Mak su…!!!” dua suara bertingkah. Aina
sudah menjerit kesukaan, Erma pula menjerit kesal.
Mak su mana ada orang sambut hari jadi
pakai kek pisang, Aina ni mentang-mentang along offer nak buat kek hari jadi
kenapa buat pilihan kek pisang je? Along tahulah, along tak sehebat mama yang pandai
buat kek… Cuma kek pisang yang Aina minta?” Erma akhirnya menyuarakan
ketidakpuasan yang berbuku di hati.
Aina menunduk, bukan itu maksudnya, Erma
setanding mama dalam membuat kek berbanding dirinya yang hanya tahu makan. Tapi
kek pisang adalah kesukaan keluarganya, dia ingin mereka semua menikmatinya
dengan bahagia esok.
Erma pula bukan dia hendak menentang
pilihan Aina tapi dia ada sesuatu yang lain untuk hari bahagia adiknya esok.
Salah dia juga yang beria mahu Aina membuat permintaan kepadanya, sekarang bila
permintaan sudah dibuat dia pula yang tidak berkenan dengan pilihan Aina.
“Erma… Aina… maksud mak sue, kita terima
pilihan Aina tu dan kita tolong dia tapi kita buat dengan versi kita…”
Tapi yang Aina pilih tu tetap harus ada
tau…” ujar Aina perlahan.
“iyaa apa yang Aina nak ada, tapi biar
kak long kamu yang urus…” ujar Suhani.
Erma diam membisu mencerna kata-kata
maksunya ‘versi kita…’ dia turut tersenyum tapi di sembunyikan senyumnya…Mak su
suhani yang amat memahami. Akhirnya masalah terlerai juga, malam itu bertungkus
lumus mereka menyediakan kek pisang.
Kenapa Iqlima pun kena tolong? Kan esok
kita nak makan je…” Iqlima memuncungkan mulutnya…
Hisshh.. adik ni tau makan jee.. “ Ikmal
menarik bibir adiknya dengan tangan yang penuh tepung..
“Ummp umpphh..” Iqlima meronta-ronta
minta di lepaskan bibirnya yang terasa kebas…
Ikmal ketawa mengekek melihat wajah
kembarnya yang merah. Baru sahaja kepalanya mahu di hempuk dengan dengan
plastik tepung…
Ting ting ting……..
Jam loceng di tengah rumah berbunyi kuat,
semuanya serentak diam tak berkutik, kecuali Aina yang masih leka menguli
tepung…
“selamat hari lahir angah…!!”
“Arghh… “ Aina tersentak tepung sudah
bertaburan di atas lantai, rambutnya yang hitam juga sudah bertukar menjadi
putih…
Detingan jam masih berbunyi dalam kiraan
12, Erma turut serta melemparkan telur yang di pegangnya ke arah Aina, berkejaran Aina
mengelilingi meja membalas perbuatan mereka…
Sungguh yang terindah itu adalah kenangan
di sisi mereka yang menyayangi dan mengambil berat tentang kita…
*********************
“Along mana kek pisang Aina?” Aina
memandang meja bulat yang dihias cantik, tapi kek pilihannya itu tiada… melilau
matanya mencari di mana letaknya kek pisang itu. Semalam dia di benarkan tidur
awal tanpa sempat melihat kek yang di sediakan siap. Tapi apa yang terjadi dia
tak mendapati kek pisang yang berwarna coklat hitam kecuali sebiji kek hari
jadi yang dihias cantik dan beberapa jenis cup cake yang berbagai rupa…
“comelnya cup cake tu…” Aina sudah
tersenyum, nak tergelak pun ada sepasang cup cake yang dihias dengan krim merah putih dan terdapat sepotong pisang
tercongok elok di atasnya. Majlis hari lahir yang di adakan hanyalah menjemput sepupu dan rakan
rapatnya…
“unik betul Aina, pandai kak long kau
buat kek versi pisang…”
“eh cup cake pisang comelnya…”
Aina dan Erma saling berpandangan…
“terima kasih kak long…” bisik hati Aina…
Erma seperti mengerti pandangan Aina turut tersenyum puas…
“Kak long… nanti hari lahir Iqlima ngan
abang, buatkan kitorang cup cake durian eehh…” Iqlima tiba-tiba memeluk Erma
dari arah belakang.
“apa?” Erma yang terkejut lebih terkejut
mendengar kata Iqlima…
Suhani sudah ketawa mengekek… bermacam-macam
kerenah adik beradik ini… bersama mereka yang menyayangi kita amatlah bahagia…
0 budak comel dah komen:
Post a Comment